BAB 37(SPECIAL FATIN)

161 14 0
                                        

"And how about us?Kami masih perlukan dan amat perlukan papa.".Lama dia tidak memeluk ayahnya.Lama dia tidak mencium tangan lelaki yang sentiasa berusaha demi dia."Papa akan sentiasa ada.".

Akhir sekali,Mira.Dia memegang telefon itu."Takde apa yang Adik nak katakan cuma nak tau satu je."."Bukan papa kan?"soal Mira.Tan Sri Faizal menggeleng."Then why you need through all of this?! I miss you.I need you.We really need you."dia menangis terus dan terus."Maafkan papa.".

"Adik nak peluk papa.Ingatkan yang papa nak bercuti dengan kami semua.Ingat kan?"ayahnya menangis."Maafkan papa.Setakat ni je kudrat papa nak melawan.".

Mereka semua keluar dari kawasan penjara itu.Semuanya diam membisu.Akhirnya mereka berjaya melepasinya.Melangkah meninggalkan ayah mereka di dalam konkrit dan besi itu bersendirian.Nampaknya mereka perlu tabah bersama menghadapi apa yang berlaku ini.

***
Firdaus datang ke keretanya lalu menyeluk poket seluar untuk mendapatkan sesuatu.Adam menjeling sedikit matanya melihat apa yang dilakukan oleh lelaki itu.Rupanya Firdaus mencari rokoknya.Adam hanya ketawa kecil.Pemetik api dinyalakan lalu didekatkan ke hujung rokoknya.

Kepulan asap dilepaskan.Dia melihat Adam lalu menjeling dengan sebelah mata tanda menyampah dengan kehadiran lelaki itu."Patutlah Dee break dengan kau."kata Adam tiba-tiba.Firdaus mendengarnya lalu menjawab "Habis tu kau layak sangat ke dengan dia?".Mereka saling berlawan kata."At least aku tak lukakan hati dia."ketawa kecil Adam membuatkan Firdaus panas hati.

"Lukakan hati dia lagi baik daripada bagi dia harapan palsu.Kau dah berkahwin.Tak cukup satu ke?"katanya kembali."Kau tak tau kisah aku."."Buat apa aku nak ambik tahu.Aku rasakan mesti isteri kau kecewa dengan kau.Dalam diam,menggatal dengan Dee.So sad."kata-kata itu pula membuatkan Adam marah.

Dia melangkah ke arah Firdaus tapi suara Dee menghalangnya."Adam."lelaki itu beralih."Jom balik."matanya merah melihat Adam.Firdaus hanya tersenyum melihat Adam.Dapat juga dia membalas.

***
Fatin baru selesai mandi lalu terus masuk ke dalam biliknya.Ketika dia sedang mengeringkan rambut,telefonnya berbunyi. "Assalammualaikum,sayang." suara Syed yang sudah lama tidak kedengaran menusuk ke dalam telinganya."Waalaikumussalam.Lama tak dengar cerita.Dah lupa ke?"Fatin cuba mengawal suaranya yang berubah daripada menangis.Tapi Syed tahu."Awak kenapa?Menangis ke?Rindu kan saya lah tu."usik lelaki itu.Dia tersenyum.

"Mana adalah.Tak rindu awak langsung."Fatin masih lagi cuba menjual mahal meskipun dia sudah menjadi milik Syed."Alah,saya tahu.Mesti awak tersengih sorang-sorang tengok saya kat TV.Janganlah jual mahal sangat.Awak dah jadi isteri saya dah...."dia sengaja tersasul.Fatin membuntangkan matanya."Eh,silap-silap.Bakal isteri saya,mak kepada anak-anak saya and nenek kepada cucu saya."dia berjaya membuatkan gadis itu ketawa.

"Betullah kata orang.Syed Syazwi memang berfikirkan jauh.Sampai ke nenek dia berfikir."kata Fatin."Alalala,blushing lah tu."."Sikitlah.Awak kena jadi lagi-lagi romantik."."Yelah.Esok saya free,jom jumpa."ajak Syed."Kat mana?"."Tempat saya set siap.Jangan risau.Awak cakap yes or no je.".Fatin saja berdiam sebentar."Erm..yes."."Ok,cun!Esok saya jemput awak."dia hanya tersenyum.

Ain termenung sendiri.Wajah papanya masih lagi bermain dalam fikirkan Ain.Sukar untuk dia lupakan sebenarnya."Huh.."dia mengeluh.Mira faham."Kami semua rasa macam tu,Ngah."katanya lalu memeluk Ain dari belakang."Kita semua kekuatan papa."Dee dan Solihah memeluk Ain.Gadis itu menitiskan air matanya.Dia mendiamkan diri.

Fatin yang baru keluar dari bilik melihat mereka.Bibirnya mengukirkan senyuman.Masih lagi teringat kata-kata Tan Sri Faizal pagi tadi."Long,jaga adik-adik macam mana Papa dan Mama jaga korang.Walau macam mana sekalipun,Long kena kuat demi adik-adik.".

Segala kerinduan telah dilepaskan.Hanya tingga untuk masa pembalasan yang bakal berlangsung.

***
Dato' Razman menelefon Natasya untuk memberitahu sesuatu."Hi,lovely.So are you ready for next week?"soal ayahnya."Hi,papa.Dah lama ready.But I curious.Why kita tak jemput Adam sekali?!"dia mula merungut.Dato' Razman hanya menggelengkan kepalanya."Sia-sia papa hantar kamu belajar tinggi-tinggi."."Why?!"."Think Natasya!Kalau Adam tahu,habislah rancangan kita.Diorang akan tahu.Lain kali makan benda berkhasiat sikit!"jelas ayahnya yang bernada benggang.

SIBLINGS[F.A.D.S.A][COMPLETED]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang