"Awak nak jin jilat dulu ke mee goreng tu baru awak nak makan?"agak kasar kata-katanya.Mira menjeling manakala Emir ketawa."Kenapa ni?Kakak awak tak sihat lagi ke?"soal lelaki itu.Mira mengeluh."Taklah.Dia ada problem sikit dengan Encik Rayyan.Kesian dia."jawab gadis itu sambil bermain dengan mee gorengnya."Masalah?Alah,biasalah tu gaduh-gaduh manja."Emir ketawa kecil."Ni bukannya gaduh-gaduh manja.Gaduh besar."lelaki itu terkejut.
Mira menyuapkan mee goreng tersebut ke mulutnya."Gaduh besar?Pulak dah."kata Emir."Apa yang jadi sebenarnya ni?"soalnya lagi.Tapi gadis itu malas memberitahu Emir.Malas lah menjaja masalah orang."Takde apalah."Emir mencebikkan bibirnya."Tadi kata ada masalah.Ni kata takde apa-apa pulak dah.Peninglah awak ni."katanya.Mira menggelengkan kepalanya.Stress dapat Emir!!
"Hei,Encik Emirku sayang.Jangan nak menyibuk hal orang boleh tak?"kata Mira.Emir mengukirkan senyuman apabila Mira memanggilnya sayang."Sekali lagi?Tak berapa jelas tadi."dia mahu mendengar lagi perkataan itu."Encik Emirku sayang..."Mira juga tersenyum dengan sikap manja lelaki itu."Lagi-lagi.Ada kereta hon lagi."dia masih lagi dengan sikap mengada-ngada."Eh,2 kali dahlah."kata gadis itu.
"Alah,Cik Miraku sayang.."Mira ketawa kecil."Taklehlah.Satu lagi sayang masa kahwinlah."Emir terkejut mendengar kata-kata Mira."Ok,saya tuntut!"mereka berdua ketawa.Hilang masalah yang berpusing dalam minda gadis itu.Hanya dengan senyuman bersama Emir Shah.
Waktu rehat telahpun tiba.Semua staff Utama Berhad mengemas barang mereka untuk pergi solat Zohor dan makan.Ain menegur Fatin yang sedang sibuk melakukan kerja sedangkan sekarang merupakan waktu rehat."Oi,Mimi.Dah rehatlah.Kau dah lupa date ke??"soal Ain.Baru gadis itu teringat.Pasti Syed sudah menunggunya."Ha'ahlah.Jom2,tak sabar nak jumpa Syed!"terus saja gadis itu menutup komputernya.Ain hanya ketawa kecil.
Selesai solat Zohor di masjid yang berdekatan,Ain dan Fatin menuju ke haluan masing-masing.Tempat untuk berjumpa cinta hati mereka sekian lama.
Ian menunggu di meja 3 kerana menantikan kejutan Vivi.Dia melihat Vivi di kaunter pembayaran dengan pandangan bosan namun gadis itu seakan menyuruhnya sabar.
TING~~!!
Loceng di pintu Restoran Saranghae berbunyi sekaligus mengalihkan pandangan Ian Zafry.Dia melihat seorang gadis yang dia rindui sambil mengukirkan senyuman manis.Terus lelaki itu terbangun.Vivi pula hanya tersenyum gembira melihat mereka.
Ain berjalan menuju ke arah Ian sambil mengukirkan senyuman yang paling paling manis.Dia rindukan masa bersama lelaki itu."Assalammualaikum."kata Ain."Waalaikumussalam.Awak ke ni?"soal Ian.Gadis itu ketawa dengan kerenah Ian."Sayalah,hajjumaa.".
Fatin masuk ke dalam kafe DeMaya.Dia melihat Ellie sedang sibuk melayan pelanggan membuatkan Fatin tersenyum.Langkahnya menuju ke meja 6 untuk melihat seseorang namun langkah Fatin berhenti."Mana pulak mamat ni?"soal Fatin sendiri.
Gadis itu duduk di sofa meja 6 sambil menantikan Syed."Kata dah balik semalam.Takkanlah kat sana lagi kot."bebel Fatin sambil mendail nombor telefon Syed.Tiba-tiba,Syed menyergah Fatin daripada belakang."Baaa!"terlepas telefon yang dipegangnya manakala Syed ketawa besar daripada belakang.
Pap!Lengan Syed ditampar."Awak ni!!"marah Fatin.Syed bangun lalu duduk di sisi Fatin."Alolo..janganlah marah."pujuk lelaki itu.Fatin beralih sambil menunjukkan riak wajah yang marah."Awak.."Syed mencuba lagi.Kali ini,Fatin beralih ke arahnya sambil mahu menampar lengannya lagi.Hanya lengan je yang mampu.Kalau sudah kahwin nanti,entah bengkak seluruh badan Syed.😂

YOU ARE READING
SIBLINGS[F.A.D.S.A][COMPLETED]
De Todowe're here,,, finally meet again, because of one things that make us meet back after a few years... to save someone that very special for us. here we are,, the siblings ~~~ "Mana papa?" "Kita kena selamatkan papa!" "Malaysia?!" "Kerja?" "Nak stay ka...