🤓
Ain melihat Ian sedang mengemas dapur lagi.Hari ini memang mereka buka separuh hari."Awak..sibuk lagi ke?"soalnya yang bosan."Kejap je lagi.Awak duduklah depan dulu.Bukannya ada orang pun."Ian sedang sibuk melakukan kerjanya.Ain mencebikkan bibirnya lalu bangun.
Dia mencapai sebuah kain lalu bergerak ke depan tanpa Ian sedari.Bila kerjanya selesai,Ian menoleh ke belakang mencari Ain."Awak...Eh,dah hilang?"soalnya.Dia berjalan lalu melihat gadis itu sedang mengemas meja pelanggan.Hal itu membuatkan Ian tersenyum sendiri.Dia mendekati Ain.
"Rajinnya.Nak tarik hati boss ke ni?"usik Ian dari belakang."Alah,dah lama dah saya tarik awak."jawab gadis itu sambil tersenyum.Dia beralih melihat wajah Ian."Cuma boss je ni,jual mahal sangat.Padahal suka."merah pipi Ian sambil ketawa kecil."Jangan risau.Nanti,awak pulak jadi boss saya."kata Ian.
Ain ketawa kecil.Dia melihat Ray lalu di situ.Lelaki itu sedang melambai tangan kepadanya."Hai!".Ian hairan lalu beralih ke belakang.Ray lagi."Pergi jauh-jauh..."bibir Ian mengungkap ayat itu kepada Ray dengan nada yang tidak begitu kuat.Melihat saja reaksi Ian,Ray tahu maknanya apa.Dia segera tersengih lalu pergi.
"Awak buat apa tu?"soal Ain pelik dengan Ian."Hah?Mana ada apa."jawab Ian menyembunyikan kerenahnya."Awak jeles ye.."gadis itu mula menyedarinya."Mana ada."mata Ian cuba mengelak daripada memandangan anak mata Ain."Tipu.Elele,jeles rupanya orang tu.Comelnya."pipi Ian tak habis-habis merah menahan malu.
"Ray tu sukakan Vivi lah.Cuma dia tak berani nak mengaku je."Ain menjelaskan segalanya."Hah?"."Yelah.Dia crush dekat Vivi.Saya ni cuma tempat dia meluahkan perasaan je and saya ni jodoh awak je."Ain tersenyum.Ian menggaru kepalanya yang tidak gatal.Malu pula."Kalau macam tu...."Ian mula mengutus sesuatu."Jap-jap.Saya lapar.Kita makan dulu boleh?"niat di hati mula terbatal."Aa...ok.".
***
Reza kembali ke pejabat 10 minit awal.Sebenarnya dia mencari gadis itu.Mengapa Fatin tinggalkan dia begitu tanpa mengucapkan selamat tinggal?Tiba-tiba,Reza terlihat Fatin berada di mejanya sedang duduk menutup wajahnya.Kelihatan seperti gadis itu sedang menangis.Dia berjalan mendekati Fatin."Mi..."matanya sempat lagi melihat apa yang terpampang di kaca komputernya.Hatinya mula bermain teka teki.Daripada mahu menegur,Reza terus batalkan niatnya lalu menuju ke biliknya.
Waktu rehat sudahpun tamat dan semua staff kembali masuk menyambung kerja mereka kembali.Ain masuk dengan perasaan takut.Mana tidaknya dia tinggalkan Fatin dengan Reza.Pasti teruk dia dikenakan nanti.Ain berjalan ke tempatnya lalu melihat Fatin masih lagi dalam posisi sama.
Dia duduk di tempatnya lalu mencuit lengan Fatin."Mimi?".Tapi tiada sebarang reaksi."Mimi?Maafkan aku."Ain mula serba salah.Tiba-tiba,Fatin memeluknya."Syed...Syed masuk hospital."Ain terkejut.
Selesai semuanya,Fatin berjalan ke bilik Reza sambil memegang sehelai kertas."Masuk."."Encik..."belum sempat Fatin habiskan ayatnya,Reza masuk campur."Just go.Saya faham."kata Reza tenang.Fatin kaget."Macam.."sekali lagi dia ditepis."Is ok.Family awak kan duduk jauh."kali ini terbit senyuman pula di wajah lelaki tersebut."Terima kasih,Encik Reza."kata Fatin sambil mengukirkan senyuman sebagai hadiah yang mampu dia beri.
Selepas Fatin keluar,Reza bangun mencari fail di raknya.Dia membuka sebuah fail berwarna hitam.Senyuman sinis pula terukir."Identiti kau perlahan-lahan terbongkar.".
***
Rayyan berjalan dengan Solihah sambil mengukir senyuman bahagia.Kali ini tiada lagi berita yang akan digemparkan oleh Mira kerana..."Awak serius nak naik ni?"soal Mira sambil melihat Berjaya Times Square Theme Park itu."Bestnya awak."mata Emir bagaikan pegun melihat kelajuan roller coaster itu."Tapi ni untuk budak-budak kan.Jomlah,makan aiskrim."Mira menarik baju Emir ke belakang supaya dia boleh menjauhkan diri daripada tempat itu.
"Ala..ala...Jomlah main.Sekali je.Saya belanja."Emir memberatkan badannya membuatkan dia dan Mira terhenti."Tapi saya takut."rungut Mira pula."Jangan risau.Abang ada."Emir berlagak macho.Mata gadis itu menjeling."Abang pun lembik."."Lembik?Abang buktikan yang abang kuat.Moh kita."giliran Emir pula menarik beg sandang Mira.
Mereka berdua meluangkan masa bersama di taman tema itu.Katanya sekali tapi berkali-kali.Melihat tawa dan senyuman yang diukirkan membuatkan mereka seperti pasangan yang sudah berkahwin.
"Yang tu pulak!"Mira menudingkan jari ke arah permainan lain pula."Jom!".Selesai itu."Yang tu,yang tu!"."Hah?Yang tu?Oklah."Emir mula penat."OMG,yang tu pun best.Jom awak!"Mira berlari laju meninggalkan Emir yang kepenatan di belakangnya."Kita..kita stop kejap boleh tak?"kali ni dia pula yang menyerah kalah.
Lain pula krisis di sini.Sudah berejam,Rayyan menunggu Solihah memilih baju.Mahu terlelap matanya."Dah ke?"."Belumlah.Saya confusedlah."."Awak ni."Rayyan mencapai sehelai baju dress labuh yang cantik berwarna ungu muda."Ni?"."Erm..ikut body sangatlah.".Solihah memberikan alasannya.
"Ni?"kali ini baju yang lebih cantik."Crowded sangatlah hiasan dia."pulak dah!
"Ni?"baju yang lebih lebih cantik.Tapi masih lagi ada masalah di mata gadis itu."Mahal sangatlah."Rayyan terus bengang."Aish,chicha..banyaknya alasan awak."kata Rayyan.Solihah hanya tersenyum."Saya tak naklah baju ketat.Cukup sekdar buat saya selesai pakai dan ada hiasan yang penting-penting je."kata-kata Solihah terus membuatkan Rayyan terfikirkan sesuatu.
***
YOU ARE READING
SIBLINGS[F.A.D.S.A][COMPLETED]
De Todowe're here,,, finally meet again, because of one things that make us meet back after a few years... to save someone that very special for us. here we are,, the siblings ~~~ "Mana papa?" "Kita kena selamatkan papa!" "Malaysia?!" "Kerja?" "Nak stay ka...