BAB 39(MISSION DONE)

140 11 0
                                        

               Akhirnya mereka selesai melakukan 'tugas' mereka.Ain merancang sesuatu untuk melihat wajah Ian dengan lebih dekat.Dia menunggu Ian keluar dari bilik Dato' Zubir sambil memegang fail yang dipenuhi kertas.Bila pintu dibuka,dia terus berjalan.Dan mereka berlanggar sesama sendiri.Nasib baik Adam berjalan di belakang Ian.

                  "Ah!Mintak maaf,encik."dia sengaja berpura-pura kelam kabut.Ian hanya tertunduk sambil tersenyum.Mereka berdua mengemas kertas-kertas yang jatuh itu.Sekali sekala mereka bertentang mata melepaskan rindu.Adam hanya membiarkannya.Biarlah mereka mahu bercinta.

                      "Terima kasih,encik."kata Ain kepada Ian yang membantunya mengemas fail projek yang entah mana dia rembat."Sama-sama."balas Ian.Sedangkan dalam hati dia berbisik,"Nakal dia ni.".Ian berjalan meninggalkan Ain.Mereka berjalan tanpa melihat antara satu sama lain buat kali terakhir.Itu kerana dalam hati mereka tahu apa itu erti setia.Sejauh mana berpisah,pertemuan tetap akan menjadi titik tolaknya.

                   Firdaus berjalan selamba di hadapan Syed.Mata Syed mencari Fatin di mana.Ah!dia terlihat gadis itu sedang rajin melakukan kerja lalu memandang ke arahnya.Fatin mengukirkan senyuman.Dia pun tersenyum.Rasa bahagia lahir dalam hati.

                          "Finally done!"kata Syed setelah masuk ke dalam van itu."Sempat pula orang tu dating tadi."kata Adam pula yang khas ditujukan kepada Ian."Nasib lah.Siapa suruh awek kau tak kerja kat sini."Ian hanya mengukirkan senyuman.Firdaus melihat mereka dengan pandangan biasa lalu memandu van itu.Malas melayan.

                      Adam sedang bersiap tiba-tiba terkejut disergah Syed."Kau nak balik rumah ke lepas ni?"soalnya."Ha'ah.Asal?Kau nak ikut ke?"."Tak bolehlah.Aku kena balik Johor.Ada lawatan kat sana esok.Achuummm!!😷"Adam mengerutkan dahinya melihat keadaan Syed."Kau ni sihat ke tak?Take a rest,bro.".

                  "Aku ok je.Small matter jelah."katanya meskipun dia dapat merasakan badannya lemah.

                    Ian pergi dengan keretanya begitu juga Syed.Tika Adam hendak masuk ke dalam keretanya,Firdaus menegur Adam."Adam.".Lelaki itu menutup pintu keretanya kembali. "Aku nak minta maaf pasal isteri kau."Adam masih berdiam."Tapi kalau dia masih hidup pun,mesti dia kecewa dengan kau."Firdaus masih tak habis-habis dengan rancangan jahatnya.

               Bump!Adam menumbuk pipi Firdaus."Kau memang buat aku hilang sabar!"mereka berlawan."Ingat!Dee milik aku selamanya!"kata Firdaus."Aku bukan macam kau!Orang yang beri harapan palsu dekat Dee!Kalau niat kau nak berkawan semula,lebih baik kau berterus terang dekat Dee!"Adam berhenti.Dia rasa ini sudah cukup.Cukup lebam dan darah yang keluar."Kenapa?!Pukullah lagi!Ahaha!Kau dengan aku sama!Kita ni bagi fakehope dekat Dee!"kata Firdaus.

                      "Tak!Aku tak sama dengan kau.Niat aku jujur dengan Dee."Adam terus menuju ke keretanya.Dia terus memulakan keretanya lalu menekan minyak.Laju kereta Honda Accord itu pergi meninggalkan Firdaus.

                        Mata Firdaus melihatnya dengan penuh bara api.Dia meludah darah yang terkandung dalam mulutnya.Langkahnya terus menuju ke keretanya lalu meninggalkan tempat itu.

                                               *** 
                 "Kalau niat kau nak berkawan semula,lebih baik kau berterus terang dekat Dee!."."Tapi kalau dia masih hidup pun,dia mesti kecewa dengan kau."."Kita kawan je kan?".Ayat-ayat itu bermain dalam fikiran Adam.Kusut!Dia terus memperlajukan keretanya.

                                                 ***
                      Datin Faridah menunggu Adam pulang.Dato' Ismail hanya menggelengkan kepala memerhatikan kerenah isterinya."Awak ni bawak bertenang boleh tak?Hal ni sahih ke tak kita pun tak tahu."katanya."Abang ni kan.Sama macam Adam.Yang nak bela sangat budak ni dah kenapa?"Datin Faridah mula panas hati."Terserah pada awaklah."malas untuk bergaduh,Dato' Ismail mengakhirinya.

SIBLINGS[F.A.D.S.A][COMPLETED]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang