BAB 57(FINALLY HE KNOWS)

143 12 0
                                    

***
2 minggu kemudian

Keadaan Ian makin pulih. Dia pun sudah mampu bekerja. Hal itu membuatkan pekerja Restoran Saranghae kembali ceria sekaligus menaikkan seri restoran itu.

"Welcome back boss!!" Mereka menyambut kehadiran Ian setelah pulang dari hospital.

"Wow. Siapa yang rancang ni?" Soal Ian.

Vivi menunjukkan ke arah belakangnya Dan Ian melihat seseorang yang dia sayangi.

"So welcome to you and me too." Kata Ain yang berpakaian uniform restoran Saranghae kembali.

"Bersemutnya..." Kak Timah membuatkan suasana kelakar.

Tapi bagi fatin, minggu ini merupakan minggu terakhir dia berada di situ. Namun! Satu bukti pun dia gagal perolehi. Ain pula tidak bekerja di situ lagi.

Dari dalam bilik, Reza melihat wajah Fatin. Sudah tiba masanya untuk dia beritahu perkara sebenar.

Fatin diminta masuk ke dalam biliknya. Reza berdiri sambil memegang fail hitamnya.

"Waktu lunch break nanti, saya nak awak bawak saya berjumpa dengan Nawwa. Ada hal yang perlu kita bincangkan." Fatin menelan air liur melihat wajah Reza. Amat serius seperti komander tentera. "Ok."

***
Reza memberhentikan keretanya di kawasan parkir yang berhadapan dengan Restoran Saranghae.

"Jom." Fatin hanya mengikutinya. Sepanjang perjalanan, dia langsung tidak berkata apa-apa. Mereka berdua masuk ke dalam restoran yang mendapat sambutan meriah itu. Meja no 10 menjadi pilihan Reza.

Ain datang mengambil pesanan setelah dia melihat Fatin tapi malang, dia tidak perasan kehadiran Reza. "Nak makan apa Long?" Soalnya. Reza mengerutkan dahinya.

"Erm..... Nawwa, ni Encik Reza." Gadis itu bagaikan diserang sakit jantung.

"Encik.....Encik..Reza?" Soal Ain.
"Kalau tak menganggu, boleh saya nak jumpa awak kejap?" Soal Reza serius. Dia juga hairan melihat tanda nama Ain. Namanya Ain dan bukan Nawwa.
"Kejap, saya bagitau boss saya." Ain berjalan menuju ke dapur untuk memaklumkan hal ini kepada Ian.

"So, ada apa ni Encik Reza?" Soal Ain. Reza memandang tajam ke arah mereka. "Siapa korang sebenarnya?" Soalnya.

Gadis-gadis itu saling berpandangan. "Takkanlah dia dah tahu?"."macam mana ni wei?". Mereka bercakap melalui pandangan mata.

"Saya ulang soalan saya. Siapa korang? Awak bukan Mimi kan? Dan awak bukan Nawwa kan, Ain?" Mereka mula gentar dengan persoalan itu.

"Hah? Saya Mimi lah. Apa Encik Reza merepek ni?" Fatin saja mahu menyelindungi segalanya. " Sudahlah tu. Is ok, saya takkan marah. Korang cuma bagitau je, siapa korang sebenarnya." Soal lelaki itu lagi dengan penuh sabar.

Fatin rasa inilah masanya untuk berterus terang. Tangan Ain memegang tangannya. Kepalanya menggeleng.

"Dah tiba masanya." Kata Fatin. Reza menantikan jawapan. "Kak...." Belum sempat Ain menghabiskan ayatnya, Fatin menjelaskan segalanya.

"Saya Fatin. Dia Ain, adik saya. Kami anak Tan Sri Faizal yang kena penjara sebab ada orang sabotaj dia." Kata Fatin jelas. Reza berasa terkejut sedikit.

"Anak Tan Sri Faizal?".

***

To be continued

SIBLINGS[F.A.D.S.A][COMPLETED]Where stories live. Discover now