BAB 3(NEW START IN MALAYSIA)

408 33 2
                                    

"Wei, bangun!" Ain menggoyangkan badan Fatin. Sudah berkali-kali dia cuba mengejutkan Fatin tapi kakaknya masih berada dalam alam mimpi. "Cepatlah. Kita dah nak gerak ni." desak Dee sambil melilit tudungnya.

Fatin menggosokkan matanya lalu bangun. "Cepat Long. Dah pukul 6:15 ni." kata Solihah yang juga turut bersiap. Masing-masing bersiap mempersiapkan diri untuk hari pertama mereka bekerja di Malaysia.

Keluar sahaja dari pintu pagar, langkah-langkah kaki mereka ke haluan masing-masing. Tiada lagi sikap bermanja dan mengharapkan duit daripada ayah mereka. "Papa, we will save you." terdetik dalam hati gadis-gadis cekal itu.

***

Tan Sri Faizal duduk di dalam sel sambil memikirkan apa salahnya. Siapa yang sanggup menganiayanya? Dan bagaimana dengan keadaan anak-anak gadisnya? Fikirannya kusut. Rasanya Firdaus sudah membuat apa yang sepatutnya. Sebenarnya Tan Sri Faizal telah dituduh kerana memecah amanah Syarikat Jauhari Angkasa.

Alasan bankrap hanya digunakan oleh Tan Sri supaya anak-anaknya tidak merisaukan keadaanya. "Macam manalah korang semua? Ya Allah, lindungilah anak-anak aku." bisik hati seorang ayah.

Tiba-tiba, datang seorang anggota polis untuk membawanya ke bilik soal siasat. "Tan Sri." lelaki separuh abad itu faham dan hanya mengikut arahan polis itu.

***

"Hi!" Fatin menyapa kawan barunya, Ellie. "Holla. Eh,bos nak jumpa kau." kata gadis manis itu. Dia pelik. "Ok." mula timbul rasa takut dalam diri Fatin. Mana tahu bosnya itu ibarat ahli sihir seperti cerita Snow White? Ataupun sotong kurita yang jahat dalam cerita The Mermaid. Tak sangka fikirannya persis budak persis 5 tahun kerana masa interview,, Fatin tidak sempat berjumpa bosnya itu.

Pintu bilik bosnya dibuka dengan perasaan takut-takut. "Boleh saya masuk?" soal Fatin yang cemas. "Awak dah masuk dah pun." suara lelaki di sebalik kerusi besar. "Ok." langkahnya perlahan.

"Ada apa ye boss nak jumpa saya?" soal Fatin sambil menunduk. Kerusi besar itu dialihkan dan dia terlihat wajah seorang lelaki yang bermisai. Kacak dan 100% lain dari tanggapannya. "Awak pekerja baru kan?" soalnya. Fatin mengangguk dan terlihat nama di meja bossnya. "Adam Haiqal." ."Awak pandai buat kopi? Pernah jadi barista sebelum ni? Kerja di mana-mana kafe?" soalan yang begitu banyak.

Fatin ketawa kecil. "Relax, boss. Saya pernah bekerja sementara dekat salah sebuah kafe di England and I'm a barista." jawab gadis itu sambil mengukirkan senyuman. Wajah Adam kelihatan sedikit kagum dengan jawapan Fatin. "Wow. Good. Tapi ingat, keadaan di Malaysia dan England lain. Boss pun lain." kata Adam sebagai peringatan kepadanya.

"So, awak boleh masuk kerja and thanks jugak sebab kemaskan dapur semalam." barulah lelaki itu mengukirkan senyuman. Dia kelihatan macho di wajah Fatin. Mata gadis itu meliar lalu terlihat sebuah gambar. Gambar perkahwinannya. Hatinya agak remuk. "Dah kahwin pulak dah. Melepaslah kau nak.."bisik hatinya.

Ain berjalan kembali mencari kedai Korea yang menjadi tempat makannya semalam. Ketika dia sedang melintas jalan, tidak semena-mena sebuah kereta berada di hadapannya dan hampir melanggar dirinya. Hal itu membuatkan Ain terjatuh dan pemandu kereta itu berjaya menekan brek mengejut.

 Hal itu membuatkan Ain terjatuh dan pemandu kereta itu berjaya menekan brek mengejut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SIBLINGS[F.A.D.S.A][COMPLETED]Where stories live. Discover now