BAB 14( THE HATE INSIDE HER)

218 21 0
                                        

***
         Pagi Isnin yang membuatkan mereka semua perlu bangun awal kerana perlu bersiap-siap ke kerja.Penggera yang dikunci pada pukul 4 pagi membuatkan Dee terjaga dari tidurnya.Dia bangun dari katilnya lalu mengeliat.Ada sesuatu yang dia lakukan.Khas untuk lelaki itu.

               Mira yang bangun pada 1 jam kemudian segera ke dapur kerana bau akan sesuatu yang wangi.Dia mencapai tualanya dan cermin mata yang diletakkan di atas meja solek.Dengan keadaan yang agak mamai,Mira memerhatikan apa yang berlaku di dapur.Dia melihat Dee sedang memasak sambal ikan bilis."Kau buat apa tu?"soal Mira.Dee hanya tersenyum."Adalah.Bekal untuk kita semua."jawabnya namun itu hanya separuh dari niatnya.

"jawabnya namun itu hanya separuh dari niatnya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

                   "Ok."Mira pergi ke bilik air untuk mandi.Selepas setengah jam,barulah mereka bertiga bangun.Nasi lemak yang dimasak oleh Dee pun hampir siap.Fatin mengerutkan dahinya."Kau buat apa ni,Lang?"soalnya."Nasi Lemak.Nanti korang bawaklah sorang sikit.Bekal."balas Dee sambil menggosok bajunya.

                "Eleh,ke untuk Adam?"usik Solihah.Gadis itu ketawa kecil."Bakal abang ipar kau jugak."kata Dee.

                                     ***
              Danish bersiap dengan kemas.Begitu juga Adam."Danish nanti Aunty Natasya ikut sekali tau."kata Adam tetapi wajah anaknya segera bertukar riak."Ok."balasnya."Kenapa ni?"soal Adam hairan.Danish beralih melihat papanya."Ni bukan ke perkelahan keluarga.Kenapa Aunty Natasya kena ikut?"soal Danish.Papanya tersenyum."Aunty Natasya kan keluarga kita jugak.Dia kan kawan Papa."."Ok."anak kecil itu mengerti.

                Adam dan Danish turun bersama sementara itu Datin Faridah sudah selesai menggoreng mee.Dia perasan yang anaknya hanya mengukirkan senyuman.Lama dia tidak melihat senyuman itu."Happy nampaknya.Tak sabar nak dating dengan Natasya ke?"usik Datin Faridah.Adam mengerutkan dahinya."Mana adalah,Ma."katanya.Bukan dia teringatkan Natasya tapi dia membayangkan bagaimana dia meluangkan masa bersama Dee.Dato' Ismail dapat membaca fikirannya."Takpelah.Kalau bukan Natasya pun,apa salahnya."katanya.Adam kembali tersenyum.Ada jugak yang faham perasaanya."Alah,Papa teringat Cikgu Dee lah tu."kata Danish.

                  "Cikgu Dee? Dee mana pulak ni?Dee hati ke Dee matamu? "usik ayah Adam.Dia hanya ketawa."Dee hatilah."jawab Adam.Anak beranak itu ketawa.Datin Faridah yang terdengar segera menanyakan siapa Dee sebenarnya."Siapa Dee?"soalnya dalam nada yang agak tegas."Cikgu baru kat tadika Danish,Tok Mama."Danish pula yang menjawab."Kawan Adam dengan Maya masa kat U dulu."balas Adam.Datin Faridah hanya mendengar tanpa mengeluarkan sebarang kata.Adam faham dengan reaksi Mamanya itu.Begitu juga Dato' Ismail.Tapi dia tahu bagaimana hendak memujuk isteri kesayangannya itu.

                                       ***
 

                                       *** 

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
SIBLINGS[F.A.D.S.A][COMPLETED]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang