BAB 33(COINCIDENCE)

156 14 0
                                        

***
                    Fatin berjalan untuk meletakkan kembali fail yang telah dia siapkan itu.Tanpa dia sedari,Reza juga sedang berjalan menuju ke arahnya sambil bermain telefon.Apabila takdir menentukan mereka bertembung,Fatin tiba-tiba berada dalam dakapan Reza dan cermin matanya terjatuh.

                   Nafasnya kencang melihat wajah Reza dekat-dekat.Tidak mampu membayangkan wajah Syed.Reza pula tepat memandang ke arah anak mata gadis itu yang persis orang yang dia cintai dulu.Dia tahu gadis yang berada dalam tangannya itu bukannya Camelia.

                 "Erm!Maafkan saya,Encik Reza."Fatin segera bangun lalu mengutip cermin matanya manakala Reza pula hanya melihat reaksi Fatin.Yang dia bayangkan bukannya Mimi tapi Camelia.Gadis yang dia cintai.Tapi bukan Camelia yang berada di hadapannya.

               "Matilah aku!!!Kalau dia perasan macam mana??!!"hati Fatin sudah risau.Sudahlah wajah Reza tiada apa-apa reaksi.Kalau lelaki itu dapat membaca wajahnya,habis hancur punah harapan mereka."Mimi,masuk ke dalam bilik saya lepas ni."Fatin tersentak dengan arahan lelaki bernada tegas itu."Fatin!!Apa yang kau buat ni??!".

                      Reza menunggu Fatin di kerusi besarnya sambil mengingati sesuatu.Tawa.Senyuman.Wajah gadis itu.Indah dengan memakai gaun putih namun punah melihat dia berjalan pergi.Tanpa menoleh ke belakang sedikitpun,Camelia melepaskan genggaman Reza.

                 Fatin masuk ke dalam bilik Pengarah Syarikat Utama Berhad.Dengan jantungnya yang berdegup kencang,Fatin bermain dengan beribu perasaan.Namun segalanya bertentang dengan apa yang gadis itu bayangkan.

                "Kenapa boss nak jumpa saya?"soal gadis itu takut-takut.Namun tiga perkataan yang dikeluarkan oleh Reza membuatkan Fatin tergamam seketika."Saya sukakan awak.".

                                          ***
                      Hari ini,Solihah masuk ke pejabat kembali.Walaupun dia masih lagi penat,tapi dia gagahkan hati dan diri."Kalau kau tak ok,call aku tau!"kata Mira.Gadis itu mengangguk.Mira hanya menghelakan nafasnya lalu berjalan ke tempatnya yang jauh daripada Solihah.Dia melihat Mira pergi lalu Emir menegurnya.

                "Hai awak!"Mira terkejut."Assalammualaikum mana?"soal gadis itu.Emir tersenyum."Assalammualaikum cinta."tak habis-habis dengan ayatnya.Mira ketawa kecil."Balaslah balik.Bagi salam tu sunat,jawab salam tu wajib."kata Emir."Waalaikumussalam cinta intan payung cinta hatiku."lelaki itu terus tersenyum lebar mendengarnya."Jadi awak cinta cinta saya lah ni?".Mira mengerutkan dahinya."Cinta satu dahlah.Cinta pada Allah."menusuk ke dalam kalbu Emir."Aduii.Sakitnya.".Mira ketawa lalu berjalan bersama Emir ke tempat mereka.

                    Solihah melihatnya dengan mata yang redup.Mahu saja dia mengukirkan senyuman yang Rayyan buat khas untuknya.Tapi,hubungan mereka makin retak.Retak tanpa disedari.Dia duduk lalu melihat meja Ria kosong.Hairan.Namun,Solihah teruskan kembali kerjanya yang tertangguh.Tanpa dia menyedari,Rayyan memerhatinya.Walaupun baru sehari dia tiada di pejabat,mata lelaki itu rindu melihat wajah si dia."Huh.."keluhan yang berat.

                     Ain sibuk melakukan kerja sehingga panggilan telefon daripada Ian pun dia tidak perasan.Setelah 30 minit,barulah Ain merehatkan tangannya."Aaaa.."dia meregangkan badannya yang lenguh itu."Layan insta dulu.."dia terus mencapai telefon pintarnya.Matanya terbuntang saat melihat 29 missed call daripada Ian."Alamakkk.".

                     Dia terus menelefon Ian."Awak...saya minta maaf sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat."panjang benar 'sangat'nya di situ.Ian hanya terdiam."Datang pujuk saya waktu lunch break nanti."panggilan terus ditamatkan.Ain terkejut dengan sikap Ian.Nampaknya dia bersalah."Bianhe,oppa."katanya dengan muka sedih.

                                             ***
                  "Suka saya?"soal Fatin yang agak terkejut.Bukan lagi agak tapi terkejut sangat.Reza mengangguk."Bila awak pakai cermin mata,saya nampak Mimi.Tapi,bila awak bukak cermin mata,saya nampak seseorang.Seorang yang saya kenal.Camelia."Fatin mengerutkan dahinya.Siapa Camelia?

                   "Tapi saya bukan Camelia.Saya Syamimi Abdullah."kata gadis itu.Tidak mahulah dia dengan Reza.Memang lelaki itu ada rupa paras,bekerjaya namun Syed 1000 kali lebih baik berbanding Reza.Hati gadis itu hanya untuk insan yang bernama Syed Syazwi.Reza ketawa kecil."Sebab tulah saya nak awak jadi Camelia saya."Fatin runsing.

                     Hatinya bukan keliru tapi mindanya yang keliru.Apa ubat yang lelaki ini telan sehingga katakan suka kepada Fatin?Sedangkan pertemuan mereka sudah timbulkan kemarahan antara satu sama lain."Bagi saya masa,boss.Saya minta diri dulu."Fatin segera beralih keluar dari bilik Reza.Dia mengerutkan dahinya."Camelia?Apahal mamat tu?".

                       Reza melihat sekeping gambar wanita yang persis Fatin.Tertulis nama Camelia di situ.Dia hanya tersenyum.
  
                                             ***

                        Cik Sal menghampiri Solihah yang tidak perasan akan kehadirannya.Ada rancangan yang perlu diaturkan."Erm..Solihah."sapa Cik Sal sekaligus gadis itu beralih."Ya,kenapa?"soalnya."Tolong letakkan fail ni dekat meja Encik Rayyan.Cik Sal tetiba pula nak pergi bilik air.Please."wajah Solihah terus berubah."Sekarang ke?"soalnya.Cik Sal mengangguk.Gadis itu terus mengambil fail yang dipegang oleh Cik Sal lalu bergerak ke bilik Rayyan.

                     Cik Sal pula hanya tersenyum gembira."Oh yes!".

                      "Masuk."arah Rayyan setelah mendengar pintu bilik diketuknya.Solihah masuk lalu meletakkan fail milik Cik Sal di atas meja Rayyan.Lelaki itu yang tadi menaip sesuatu terhenti seketika melihat Solihah masuk."Ni fail Cik Sal."katanya lalu beralih pergi.Namun,langkahnya terhenti bila Rayyan memanggilnya kembali.

                     Hati ditabahkan terus lalu matanya memandang Rayyan."Kenapa?"soal Solihah."Awak....awak dah ok?"soal Rayyan kembali."Dah.Tu je?Kalau takde apa-apa,saya nak sambung kerja,Encik Rayyan."balasnya.Rayyan bangun."Ikut saya."gadis itu mengerutkan dahinya apabila Rayyan berjalan ke arahnya.

                Solihah hanya berjalan di belakang Rayyan sehinggalah mereka keluar daripada bilik Rayyan."Tunggu sini."kata lelaki itu.Mereka bagaikan berada di hadapan khayalak ramai.Staff-staff yang sibuk melakukan kerja mereka."Perhatian!"semua mata tertuju melihat mereka berdua.Gadis itu hairan.Emir dan Mira juga melihat apa yang berlaku.

                "Untuk pengetahuan semua,gadis yang berdiri sebelah saya ni adalah kekasih saya.Jadi,jangan sesuka hati menabur fitnah terhadap dia atau saya.Saya memang cintakan dia sampai akhir hayat saya."Solihah tergamam mendengarnya.Jantungnya berdegup kencang bila Rayyan melakukan pengumuman sebegitu."Dan dia bakal isteri saya."mereka semua tersenyum.Walaupun agak geli,tapi Rayyan berjaya mengembalikan senyuman di wajah Solihah.

                 Semua staff ACE HOLDINGS menepuk tangan.Jarang menjumpai lelaki seperti CEO mereka.Terlalu berterus terang dan berusaha dalam perhubungan."Semua orang dah tahu hubungan kita.Jadi,takkanlah kita nak.."soal Rayyan.Tapi gadis itu sempat menyambar."Maafkan saya."lelaki itu tersenyum.

              
                   Mira dan Emir tersenyum melihat mereka.Begitu juga semua.Mira mencabar Emir untuk melakukan hal yang sama seperti Rayyan."Awak berani tak buat macam tu?"soal gadis itu.Namun,tiada kata tidak dalam hidup Emir Shah."Kacang jelah.Awak nak saya buat sekarang ke?"."Eleh,cakap besar."kata Mira sambil mencabar Emir.

                 "Mira pun bakal isteri saya!"jerit Emir tiba-tiba dalam keriuhan staff-staff ACE HOLDINGS.Gadis itu terus menampar lengan Emir."Oi!"merah padam pipi Mira.Emir hanya ketawa lalu berkata"Ahahah..Tadi nak sangat."Mira mencebikkan bibirnya.Tiba-tiba,Cik Sal yang muncul entah dari mana menegur mereka."Amboi-amboi,kakak dengan adik sekali ni.Dashyat korang ye."Mira dan Emir tersenyum lalu memandang antara satu sama lain.

                 "Dan disebabkan saya terlalu happy hari ni,kita semua half-day!!!"lagilah pekerja-pekerja itu bersorak.Solihah ketawa melihat mereka.Akhirnya mereka berjaya mengembalikan hubungan yang dulu.Lebih utuh daripada dulu.Rayyan lega melihat Solihah tersenyum kembali.Tawanya membuatkan hati lelaki itu sentiasa gembira juga.Harapnya mereka kekal ke akhir.

Vote juseyoo

To be continued

SIBLINGS[F.A.D.S.A][COMPLETED]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang