Mereka duduk bersembang di sebuah kedai yang berdekatan di situ.Mizah masih lagi belum tahu hal sepenuhnya."Kena tipu?Ni mesti dengan ulat tiket ni."katanya.Fatin mengangguk."Astagfirrulahalazim. Habis tu macam mana ni?"soalnya."Entahlah.Aku pun bajet-bajet je duit aku."nadanya berubah.
"Herm...macam nilah.Alang-alang aku pun nak pergi Johor,apa kata hang pun ikut sekali?Amacam?"ajak Mizah.Wajah Fatin terus berubah."Hah?Seriously?"."Serious.Dulu hang banyak tolong aku kan,akulah pulak tolong hang balik."Mizah mengenyitkan matanya kepada Fatin."Thank you so so much!"gadis itu gembira.Nampaknya harapan Fatin untuk berjumpa Syed sedang dipermudahkan.
***
Ain melihat Reza dari luar.Sejak kebelakangan ini,lelaki itu seperti sedang mendekati Fatin.Tidak tahukah yang kakaknya itu sudah dimiliki dengan bukan calang-calang lelaki."Eh, jenguk apa tu."tegur Erni dari belakang.Ain terkejut."Kau ni lah.".
"Kau jatuh hati dengan Encik Reza tu ke?"usik Erni.Ain terus membuatkan mimik muka menyampah.Sorry ye.Ian Zafry tetap di hati."Maaflah.Boyfriend aku lagi hensem."katanya penuh lagak.Erni ketawa kecil."Elele.Mimi pergi mana?"dia menyoal lagi."Dia..dia..dia balik kampung."itu alasan yang mampu diberi.
"Oh."mereka berdua berjalan menuju ke tempat mereka.Tiba-tiba Erni baru teringat sesuatu."Alamak,kau lah ni."Ain mengerutkan dahinya."Apahal pulak ni?"."Fail ni.Aku kena hantarkan dekat Encik Reza,dah bersembang dengan kau,boleh pulak aku lupa."Erni yang sudahpun duduk di tempatnya sedang merungut.
"Jadi.."."Jadi,tolong hantarkan.Alah letak je."Ain mencebikkan bibirnya."Bagus sangat."gadis itu mengambil fail yang dihulurkan oleh Erni lalu berjalan ke arah bilik Reza.
Pintu bilik diketuk.Tiada sebarang jawapan daripada Reza.Ain terus saja masuk dan melihat Reza tiada di tempatnya."Eh,tadi bukan ke mamat ni ada?"soalnya hairan.Fail yang dipegang terus diletakkan.Mata yang meliar membuatkan Ain terlihat sesuatu.Gambar Camelia."Kak Long?"dia hairan lalu mengambil frame gambar itu.
Memang wajah gadis di gambar itu seiras dengan Fatin."Kak Long?Tapi macam mana..Reza?"dia mula hairan.Tiba-tiba,Reza yang dari tadi sedang berada di belakang Ain membuka mulut."Dah habis?"soalnya di sebelah telinga Ain.
Tangannya terus meletakkan frame gambar itu."Maaf Encik Reza.Saya tak..sengaja.."suaranya terketar kerana terkejut dengan kehadiran Reza."Is ok."wajah tenang Reza membuatkan Ain bertambah takut.Dia berjalan keluar dengan meninggalkan seribu soalan."Siapa perempuan tu?".
Erni melihat wajah pucat Ain."Eh,kenapa ni?"soal Erni.Ain duduk di tempatnya."Nothing."balasnya." Terkejut ke crush kau buat suprise."sempat lagi dia mengusik.Tapi ayat itu hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Soalan di fikirannya masih belum dijawab.
***
Ria dan Fira melihat Solihah dari jauh."Segan lah."kata Ria."Segan konon.Buat jahat kau tak segan?Siap ajak aku pulak tu."kata Fira pula.Ria menjeling.Cik Sal yang terlihat mereka berdua asyik terjenguk-jenguk segera menuju ke arah mereka.
"Korang buat apa ni?"soal wanita itu.Dua orang gadis itu terkejut."Aish,Cik Sal ni.Buat kami terkejut je."kata Fira.Cik Sal melihat apa yang dipandang mereka tadi lalu tersenyum."Korang nak minta maaf kat Solihah ek?"wajah mereka berdua terus berubah."Hah?Mana ada."balas Ria segera."Eleh,mengaku jelah.".
"Memang pun.Tapi kami malu lah Cik Sal."Fira akhirnya menjelaskan segalanya.Cik Sal menggelengkan kepalanya lalu tersenyum lagi."Mintak maaf dan benda ni setel.Jangan risaulah,Solihah tu bukan macam korang.Hati dia baik."sempat lagi dia mengenakan Ria dan Fira.
ANDA SEDANG MEMBACA
SIBLINGS[F.A.D.S.A][COMPLETED]
Randomwe're here,,, finally meet again, because of one things that make us meet back after a few years... to save someone that very special for us. here we are,, the siblings ~~~ "Mana papa?" "Kita kena selamatkan papa!" "Malaysia?!" "Kerja?" "Nak stay ka...
![SIBLINGS[F.A.D.S.A][COMPLETED]](https://img.wattpad.com/cover/162090995-64-k345397.jpg)