BAB 40(ACTING HUH)

136 11 0
                                    

                  "Siapa lelaki tu?Meh sini saya belasah dia."Emir mula berasa tercabar."Awak nak tahu?"soal Mira sambil mengukirkan senyuman."Mestilah."."Lelaki tu adalah...papa saya.Your father in-law."Emir mencebikkan bibirnya."Awak ni..mati-mati saya ingat siapa."katanya.Mira pula ketawa.

                         Comel pula melihat Emir begitu."Kalau papa awak no 1.Saya nombor berapa?"soal lelaki itu.Mira berfikir sejenak."Awak....saya rasa awak layak tempat terakhir sekali.Ok tak?"Emir membuntangkan matanya."Awak kata Emir Shah yang hensem ni number last?Apa saya ni tak cukup hensem ke?".

                       Mira menggelengkan kepalanya."Dahla,nak merajuk."Emir mula mendiamkan dirinya."Macam perempuanlah.Alolo buchuk2..."dia cuba memujuk Emir.Emir tidak menghiraukan Mira dan hanya melihat keadaan di luar.

                      "Ala...awak.."gadis itu mula rasa bersalah.Wajah serius Emir memang benar meyakinkannya."Awak..yelah-yelah..awaklah orang kedua dalam hidup saya.Yang hensem,comel,baik and macho.Dahlah tu merajuk..kalau awak merajuk,siapa nak belanja saya ni.."panjang lebar dia menyusun ayat kepada Emir.
    
                      Mira melihat Emir sambil membuat mimik wajah comel.Mata besar dan memuncungkan bibirnya yang merah jambu itu.Lelaki itu melihatnya."Kedua je?"soalnya."Kedua jelah.Bersyukur sikit."jawab gadis itu meskipun kasar."Aip!Nak saya merajuk lagi?"ugut Emir.Terus dia menggeleng.Hal itu membuatkan Emir tersenyum lalu ketawa kecil."Haa..tau takut.".

                      "Tak merajuk dah,kan?"."Kalau awak ulang balik ayat akhir awak tu,saya tak merajuk dah."."Yang mana?Yang bersyukur sikit tu?"."Erkk..yang tu tak payahlah.Yang hensem,yang comel pastu yang apa lagi??"."Yang gedik,kuat merajuk tu.."."Merajuklah camni!"."Ok2..yang cute tu,yang hensem,macho...".Emir tersenyum.

                           Mereka saling bertentang mata sambil ketawa.Biasalah tu gaduh-gaduh manja.

                Dee keluar dari tadika itu lalu terlihat Danish keseorangan.Bahaya dia duduk seorang begitu takut berlaku kes penculikan nanti.Dee mendekati anak kecil itu."Danish,kenapa tak duduk kat dalam?Bahayalah."katanya."Danish tunggu papa."jawab Danish dengan nada yang sedih.

                  "Dah,jom kita tunggu kat dalam."dia membawa Danish masuk menunggu Adam di dalam tadika itu.Dia mengambil telefonnya lalu menghubungi Adam."Sorry,the number that you called..."Dee mencuba lagi.Kata-kata yang sama."Ya Allah,mana dia ni?".Malangnya,Dee tidak tahu tentang apa yang berlaku dengan Adam hari ini..

                    Setelah gagal dihubungi,Dee duduk sebelah Danish."Papa sibuk kot.Takpe,cikgu teman kamu ok?"senyuman diukirkan kepada Danish bagi menyenangkan hati anak kecil itu.Tapi dia tidak memberi apa-apa respon melainkan dengan wajahnya yang tampak suram.

                           Sudah 1 jam berlalu sehinggakan Puan Halimah terkejut melihat Dee dan Danish."Eh,Dee,Danish.Buat apa kat sini?"soal wanita itu.Dee berdiri menghadap Puan Halimah."Encik Adam tak datang lagi.Bahaya kalau dia tunggu sorang-sorang kat luar."Puan Halimah jelas dengan penjelasan Dee.

                            "Kamu dah call dia?"."Dah.Tapi tak angkat."."Haish..takpelah saya hantarkan.Kalau kamu nak tumpang sekali,ate moh le kita."sempat lagi Puan Halimah dengan dialek Peraknya.Dee ketawa kecil mendengarnya."Takpelah.Puan hantarkan Danish je.Kesian saya tengok dia."kata Dee yang mahu exercise kononnya.

                     "Takpelah kalau kamu kata macam tu.Danish,jom ikut cikgu.Cikgu hantarkan kamu ye."nada lembut wanita separuh abad itu persis mamanya.Danish perlahan-lahan bangun mahu mengikut Puan Halimah manakala Dee tersenyum melihat Danish.Kasihan dia.

                  Tapi penghalang sentiasa ada.Secara tiba-tiba,Natasya,,, muncul di hadapan pintu tadika."Danish,aunty sorry sangat-sangat."dia meluru masuk memeluk Danish.Puan Halimah dan Dee saling berpandangan sambil mengerutkan dahinya.

                   "Maafkan saya ye cikgu.Tadi saya ada hal."jelas Natasyya yang kelihatan sedikit over."Oh,yaya.Lain kali,cik janganlah buat macam ni.Takut ada sesuatu berlaku.Nasib baik ada Cikgu Dee temankan Danish."nasihat Puan Halimah."Terima kasih ye Cikgu Dee."Natasya memeluk Dee sehingga membuatkan gadis itu terkejut."Dah hilang akal ke minah ni?"bisik hati gadis itu.

                    Puan Halimah pun hairan melihat Natasya."Kalau macam tu,saya balik dululah.Jom,Danish.".Puan Halimah dan Dee mengiringi Danish pulang.Namun,objektif Natasha belum tercapai.Dia memanggil Dee setelah Danish masuk ke dalam kereta.Takut nanti terdengar pula,habis disebarkan kepada papanya.

                     "Thanks Dee.Kau ni memang ada ciri-ciri ibu penyayang kan?Kau patut ajar aku tau macam mana caranya.Yelah,nanti bila aku kahwin dengan Adam taulah aku macam mana nak jaga Danish.Ops..harap kau tak sakit hati k."kata-kata yang keluar dari mulut Natasya memang menyakitkan hati Dee.Dee ketawa kecil.

           "Is ok.Aku rasa benda ni tak perlu diajar kot sebab memang dah ada dalam diri kita sebagai wanita.Lain lah kalau kau jenis yang selfish sampai sanggup lupa anak semata-semata pergi manicure ,pedicure and binatang kejadah apa lagi tu.Ops...sorry kalau kata-kata aku menusuk kalbu.".

                      Natasya memyembunyikan kukunya yang baru dibelai di salon tadi sambil memandang wajah Dee dengan pandangan marah."So,Cik Natasya..kalau takde apa-apa lagi,boleh aku pergi?"soal Dee yang sedang bergelak ketawa di dalam hati.Tanpa menjawab persoalan itu,Natasya terus masuk ke dalam kereta lalu menghempas pintu kereta tersebut.

                     Puan Halimah mengerutkan dahinya apabila melihat Natasya pergi begitu.Dia bertanya kepada Dee."Eh,kenapa tu?"."Entahlah.Tiba-tiba,dia terasa.Period kot."mereka berdua ketawa.

To be continued

SIBLINGS[F.A.D.S.A][COMPLETED]Where stories live. Discover now