BAB 77(GOT KILLED/BELOVED HOMETOWN VOL 2)

154 11 0
                                        

                       Telefon Encik Iskandar berbunyi."Hello?"."Encik Iskandar,ni saya Firdaus,pembantu Tan Sri Faizal."dia baru teringat."Oh ya."."Saya ada hal nak bincang dengan Encik Iskandar.Jadi,boleh kita jumpa?"soal Firdaus."Ok.".

                         Emir yang berada di ruang tamu terlihat Encik Iskandar bersiap-siap mahu keluar."Eh,malam-malam camni nak ke mana ayah?"soal Emir."Ada hal kejap."balas Encik Iskandar."Hal?Ke dating dengan mak janda nasi lemak yang selalu ngorat ayah tu?"usik Emir.

                       "Kemain kau ek.Adalah hal ayah."Encik Iskandar ketawa kecil."Yelah."Emir menuju ke arah ayahnya untuk menyalam Encik Iskandar."Jangan balik lambat.Ayah tu bukan sihat sangat pun."pesan Emir.Encik Iskandar merasakan sesuatu.Rasa rindu yang akan dirasainya.Dia memeluk Emir.

               "Bertuah ayah dapat anak macam Emir.Ayah harap nanti Emir tak jadi macam ayah."Emir hairan."Apa ayah ni?"."Ayah cuma pesan je.Ingat tau.Ayah sayang Emir."kata Encik Iskandar."Emir pun.Maafkan Emir selama ni."."Ayah maafkan.Ayah dah lama maafkan.".

                           Encik Iskandar masuk ke dalam sebuah restoran lalu menuju ke arah Firdaus."Encik Iskandar?"."Yes.Encik Firdaus?"soal Encik Iskandar."Firdaus.Firdaus Ilham."dia tersenyum sinis.

                       Sedang mereka berbincang,ada pelayan yang menghantar minuman yang dipesan oleh Firdaus awal tadi.Satu helah untuk memerangkap mangsanya."Terima kasih,Encik Firdaus."ucap Encik Iskandar."Is ok.".

                               Selesai perbincangannya,Encik Iskandar mengundur diri untuk pulang ke rumah.Ketika dia mahu memulakan perjalanan,dadanya mula sakit membuatkan dia terpaksa mengerang kesakitan.Dia cuba mencari ubatnya di laci kereta tapi tiada.Nafasnya mula sesak.Tiba-tiba,ada panggilan daripada seseorang.

                            Emir yang sedang minum air terlihat ubat ayahnya berada di atas meja."Ayah ni.Pelupa betul."katanya lalu menelefon Encik Iskandar.Tapi panggilan itu tidak diangkat.Hati Emir mula merasakan sesuatu.

                           Nafasnya yang dicari semakin hilang.Pandangan Encik Iskandar mula kabur.Dia bagaikan ikan di daratan."Ayah sayang Emir tau."."Emir pun.".Wajah Emir terbayang di ruang minda Encik Iskandar.Dia tersenyum seketika.Akhirnya,nafas yang ada dihembus buat kali terakhir.Mata yang kabur tertutup rapat.

                           Firdaus melihat dari jauh.Natasya menghampirinya."Not bad."kata Natasya.Firdaus atau Ilham tersenyum sinis.

                           Emir melihat jam di dinding yang menghampiri jam 1 pagi.Dia hairan kerana ayahnya masih belum pulang.Telefon pun tidak berjawab.Dia mula rasa tidak sedap hati sehinggalah Emir menerima panggilan daripada ayahnya.Tapi bukan suara Encik Iskandar.

                          "Hello,Encik Emir."."Kau siapa?Mana ayah aku?"jantungnya mula berdebar-debar."Saya polis.Saya nak maklumkan yang Encik Iskandar dikejarkan ke hospital.".

                              Emir terus berlari masuk ke dalam hospital."Doktor,macam mana dengan ayah saya?!"soalnya apabila melihat doktor yang keluar daripada bilik rawatan.Doktor itu menggelengkan kepalanya.Emir terduduk.Dia rasakan dunia baginya bagaikan terhenti.Air matanya turun dengan lajunya.

                            "Ayah harap nanti Emir tak jadi macam ayah."kata-kata itu terngiang-ngiang dalam kepalanya."Ayah..."dia menangis semahu-mahunya.Kini,orang yang dia anggap sebagai masalah sudah pergi.Doktor mengesahkan Encik Iskandar mengalami serangan jantung.

                                                 ***
                 Mira melihat Emir yang sugul pada pagi itu."Sabar,Emir."Syed cuba menenangkannya.Adam serba salah melihat Emir.Emir sudahpun kehilangan 2 orang yang paling dia sayang.Maya dan Encik Iskandar.Rayyan dan Ian pun turut rasa simpati.

SIBLINGS[F.A.D.S.A][COMPLETED]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang