Akhirnya Ain berjaya menyiapkan kerjanya tepat-tepat jam 1 tengah hari.Dia tahu dia sudah terlambat tapi Ain tetap mahu pergi ke sana.Ian sedang menunggunya.Namun ada saja yang menghalang.Tiba-tiba saja Dato' Zubir memanggilnya."Nawwa,boleh tak awak masuk ke bilik saya sekejap."Ain mengeluh.
"Masuk."."Kenapa,Dato'?"soal Ain."Rak saya bersepah.Tolong kemaskan kejap."mendengar saja arahan itu,hati Ain melenting."Kau dah kenapa ek orang tua?!".
Ian melihat jam lalu melihat lantai pula."Lama lagi ke?"soal Kak Timah yang sudah menguap."Kejap,Kak.Mana Ain ni?"soal Ian sendiri."Dah call dia?"Vivi memberi cadangan.Baru Ian teringat.Tapi malang,Ain meninggalkan telefonnya di atas meja kerja.Jadi,panggilan Ian tidak berjawab.Dia mula tidak sedap hati.
Ain sedang mengemas rak itu.Tiba-tiba,dia merasakan seseorang sedang berdiri di belakangnya.Ain segera beralih dan melihat Dato' Zubir cuba memeluknya dari belakang."Dato'!Apa ni?!"dia menjauhkan dirinya."Ni antara boss dan pekerja je.Is ok."senyuman gatalnya membuatkan Ain lagi berasa terancam.Dia berlari ke arah pintu lalu cuba membukanya tapi malang."Tak berguna."kata Dato' Zubir sinis.Ain mula takut.
Solihah yang bosan melihat laptop hidden camera itu.Apabila dia melihat apa yang berlaku,dia terus menelefon Ian."Ian!"."Kenapa ni?"Ian mula risau."Ain!Selamatkan Ain sekarang!"katanya.Ian terus tamatkan panggilan lalu keluar daripada restoran itu."Eh,boss nak pergi mana tu?!"Vivi cuba mendapatkan Ian.Kak Timah pula tertidur sehingga berdengkur.
Kereta AUDI dipandu laju menuju ke Syarikat Utama Berhad."Ain!"jerit hati Ian."Ian!Tolong saya."air mata gadis itu menitis.Dato' Zubir masih mahu mendapatkan dia.Ian tiba di hadapan bangunan syarikat itu lalu dia terus naik ke pejabat Ain tanpa menghiraukan pengawal keselamatan yang cuba menahannya."Encik!".
Dia berlari penuh kencang.Bila Ian berada di pejabat Ain,dia tidak melihat di mana gadis itu sehinggalah Ian terdengar jeritan Ain."Ain.".Gadis itu masih mencuba membuka pintu itu manakala Dato' Zubir seronok mempermainkannya.Ian melihat kejadian itu."Ain!"hatinya mula panas.Lelaki tua itu mengerutkan dahinya.
"Ian!Tolong saya!"Ian melihat gadis itu merayu dengan air mata yang menitis.Dia terus dengan amarahnya.Ian menolak pintu itu menggunakan badannya.Beberapa kali dia mencuba dan akhirnya dia berjaya.Dato' Zubir kaku."Ain!"gadis itu bersembunyi di belakangnya.Tanpa sebarang kata,Ian terus menumbuk Dato' Zubir."Ian!"dia cuba menghalang tapi trauma mengatasi dirinya.
"Kau memang tak guna!".Dua orang pengawal keselamatan tadi melihat apa yang berlaku lalu menahan Ian."Dato' tak apa-apa?"soal salah seorang daripada mereka.Dato' Zubir bangun sambil mengelap darah di mulutnya."Ikut kami ke balai!"saat mereka ingin membawa Ian ke balai polis,Dato' Zubir menghalangnya."Jangan!Aku tak nak reputasi aku tercemar.Lepaskan dia."arahannya pelik.
Ain menangis lagi dan lagi.Dirinya trauma.Bila Ian dilepaskan,dia cuba mendapatkan lelaki itu."Saya takut."katanya."Saya ada.Jangan risau."Ian menenang Ain.Dua orang pengawal itu pergi setelah diarahkan."Kau siapa?!"soal lelaki separuh abad itu kepada Ian."Kau dengar sini!Aku akan buat laporan polis atas apa yang kau lakukan kat dia!"Ian membawa Ain keluar dari bilik itu."Tunggu!Cakap kau nak berapa dan aku akan bagi."dia cuba membuat tawaran.
"Dia lebih berharga daripada duit-duit kau."kata Ian.Dato' Zubir berasa tercabar.Ain mengambil segala barangnya lalu pergi dari situ bersama Ian.Melihat mereka pergi dengan ugutan oleh Ian,Dato' Zubir menelefon seseorang."Hapuskan dia.".
![](https://img.wattpad.com/cover/162090995-288-k345397.jpg)
YOU ARE READING
SIBLINGS[F.A.D.S.A][COMPLETED]
Rastgelewe're here,,, finally meet again, because of one things that make us meet back after a few years... to save someone that very special for us. here we are,, the siblings ~~~ "Mana papa?" "Kita kena selamatkan papa!" "Malaysia?!" "Kerja?" "Nak stay ka...