BAB 30(GETTING WORST)

183 14 0
                                        

 
                                              ***
                       Solihah sudah discharged kerana keadaan badannya mengizinkan.Sepanjang perjalanan,bermain pelbagai kata-kata dalam fikiran Rayyan.Dia menghantar Solihah dan Mira ke rumah meskipun sekarang waktu kerja.Dalam hati Solihah pula,dia tekad melakukan keputusan untuk mendamaikan suasana.

                      Kereta diparkir di hadapan rumah Siblings."Adik,kau masuk dulu."kata Solihah.Mira yang hairan terus masuk sambil membawa barangnya.Rayyan menghelakan nafasnya."Awak pasti ke ni?"anak mata lelaki itu tepat memandang wajah Solihah."Keputusan ni untuk menyenangkan orang ramai.Bila kita dah takde apa-apa hubungan,orang lain takkan pandang sinis dekat saya.Dekat awak.Everything gonna be fine."gadis itu mengukirkan juga senyuman meskipun ianya menyimpan seribu kedukaan.

                      "Tapi.."keadan itu sebenarnya seperti memburukkan kehidupan Rayyan Mikael Kim."Maafkan saya,Rayyan.Saya bukan gadis yang awak cari selama 5 tahun tu.Saya cuma persinggahan pertama awak je."kata Solihah.Namun,Rayyan tetap dengan prinsip cintanya."Solihah!Kenapa kita nak kena ambil tahu pasal pandangan orang lain?!Ini hidup kita.Cinta kita.Please,berikan saya seminggu lagi untuk teruskan hubungan kita.Awak gadis tu.Saya yakin."air matanya menitis membuatkan Solihah pun mengalirkan mutiara itu.

                  "Ok.Selepas seminggu,anggaplah antara kita hanya boss dan pekerja."gadis itu terus keluar dari kereta.Rayyan menunduk.Entah apa salahnya.

                   Dee melihat Mira masuk lalu meneliti jam pula."Aik?Awal lagi kot."kata Dee."Achik.Dia pengsan dalam stor."jelas Mira.Dee terus terbangun lalu melihat Solihah masuk."Achik,kau kenapa ni?Ok tak?"soal Dee apabila melihat gadis itu pula masuk sambil menangis.Mira meletakkan begnya lalu mendapatkan Solihah.

                  "Aku..aku nak break dengan Rayyan.Aku dah tak sanggup dengan semua ni."Dee dan Mira memeluk Solihah."Kenapa ni?Cuba kau cerita betul-betul."mereka bertiga duduk di sofa.Solihah mengelap air matanya."Satu office pandang hina kat aku.Diorang kata yang aku ada scandal dengan Rayyan.Sampaikan ada yang kata aku ni perempuan murahan Rayyan.Telinga siapa yang sanggup dengar semua tu?Dan pasal aku pengsan tadi,sebenarnya ada staff yang kenakan aku."ujar Solihah.

                 Dee dan Mira memeluk Solihah."Bawak bertenang,Achik.Semua ni mesti ada jalan penyelesaiannya."kata Mira.Retak seribu hati gadis itu.Dee teringat saat dia bersama Firdaus 2 tahun lalu.Saat lelaki itu yang mahu memutuskan hubungan yang mereka bina."Menangis,Achik.Menangis sampai kau lupa yang kau sakit.".

                                           ***
               MALAM...

              Seperti biasa Ain menceritakan tentang Dato' Zubir.Cuma Solihah seorang sahaja yang tidak dapar menyertainya kerana mahu berehat."Gatal betul orang tua tu!Aku benci-benci dia sangat!!!"kata Ain.Fatin hanya tertawa kecil.Kata-kata yang dia terima  tadi membuatkan hatinya panas meskipun disimbah air."Aku rasa kita kena percepatkan tugas kita sebab ramai yang salahkan papa."Ain,Dee dan Mira  mengerutkan dahi."Means?".Fatin terus mengambil jamnya lalu memperdengarkan rakaman yang dirakamnya tadi ketika berada di pantri.Sekaligus,riak wajah masing-masing sudah berubah.

               "What the?!Diorang tak tahu ke yang kita ni bukannya meminta sangat papa."Ain mula geram."So,now macam mana kita nak teruskan plan kita?"soal Mira."Aku rasa kita kena tukar plan.But first better call Firdaus dulu.At least dia boleh tolong kita."Dee segera menghalang."Jangan.Aku tak suka dia ada kat sini."kata Dee."Kau dah kenapa ni?"soal Ain hairan.Memang patut mereka hairan kerana tiada seorang pun yang tahu bahawa Dee dan Firdaus pernah bercinta.

                    "Sebenarnya aku ada rahsia lama yang aku tak pernah ceritakan dekat korang."suasana diselubungi suspen."Rahsia apa?"soal Fatin."2 tahun lepas,aku pernah bercinta dengan Firdaus."semuanya terkejut bukan kepalang."Seriously?"."Yes.Tahun akhir aku dekat U kami berpisah sebab dia mintak break.Sebab tu aku pergi England duduk dengan Kak Long."Dee menunduk."Kenapa kau tak pernah bagitau kitorang?"Fatin mempersoalkannya."Aku takut korang bagitahu papa.Papa mesti marah bila dapat tahu hal ni.Sebab tu aku rahsiakan.".

SIBLINGS[F.A.D.S.A][COMPLETED]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang