BAB 62(PLAN BACK TO HOMETOWN?)

127 8 0
                                        

***
                       Dato' Razman sedang menyiapkan kertas kerjanya.Semak mejanya dipenuhi dengan projek-projek besar.Tiba-tiba,Natasya masuk tanpa mengetuk pintu."Holla Papa."katanya lalu duduk di atas kerusi yang berhadapan dengan papanya."Kerja dah siap?"soal Dato' Razman."Not yet.Saja je I datang sini."kata Natasya sambil membelek kukunya.

                           "Go finish it."otak lelaki tua itu semakin menerima tekanan tinggi."Kejap lagilah.I malaslah." namun itu yang dibalasnya. "Go, Natasya!" dia menengking Natasya sehingga gadis itu terkejut.Natasya mula marah seperti papanya."As you wish,Pa!"dia terus keluar lalu menghempas pintu dengan kuat.

                     Semua staff terkejut dengan hal itu."Cik Natasya,saya perlukan.."dia memang mencari nahas."Kau nak apa?!Nak makan penampar?!Blah lah!"Natasya menolak staff perempuan itu selepas memarahinya."Aduh.."staff yang lain menolongnya.Natasya berjalan kembali ke biliknya.

                      "Macam tu pun ada hati nak jadi CEO."kata salah seorang staff lelaki di situ."Ah!"dia duduk di tempatnya. Natasya mula rimas dengan keadaan hidupnya.Kalau dulu dia cintakan jawatan ini,tapi kali ini dia lebih rindukan kehidupan bebasnya.Tiba-tiba,telefonnya berbunyi membuatkan dia tersenyum.

                            "Tolong ambilkan Danish nanti."mesej dari Adam rupanya."Ok,baby."katanya dengan hati yang mulai gembira.

                                             ***
                               Masa belum lagi menghampiri waktu rehat tapi Natasya sudah keluar awal.Alasannya mahu mengambil Danish.Setibanya di tadika Al-Fateh,dia menunggu Danish di dalam kereta.Telefonnya berdering kali ini.Natasya tahu kenapa."Hello,Papa."dia menjeling."Where are you?!"Dato' Razman memarahinya lagi.

                       "I'm waiting for Danish.Adam busy."jawabnya."Itu bukan alasan untuk Natasya keluar awal."Dato' Razman cuba berlembut."Yaya.."namun gadis itu acuh tak acuh."You is CEO now.So,please jalankan tanggungjawab you as.."dia sudah mula menyampah."Kk..."jarinya ringan pula menekan tamat panggilan."Boring..."katanya sambil menjeling.Dato' Razman pula menahan sabar melayan kerenah anaknya.

                         "Bye,Danish."Dee melambaikan tanganya kepada Danish yang masuk ke dalam kereta.Natasya tersenyum lalu dia terlihat balutan di pergelangan tangan Dee."Eh,kenapa ni?"dia terus memegang tangan Dee dengan kasar.Gadis itu pelik.Tapi dia bukannya terlalu prihatin.Niatnya untuk menyakiti Dee lagi.Natasya mengenggam tangan Dee yang luka itu sehingga gadis itu mengadu sakit."Hehe.."dia tersenyum.

                             Firdaus yang terlihat hal itu segera menuju ke arah Dee."Hoi."Natasya terhenti.Firdaus memandang gadis itu dengan pandangan marah membuatkan Natasya melepaskan tangan Dee."Pergi dari sini."kata Firdaus yang berdiri di hadapan Dee.Natasya memandang Firdaus sambil menjeling.Dia pun pergi dari situ.

                              "Kau ok?"soal Firdaus."Ok."."Siapa tu?"soalnya lagi."Natasya."."Dah jom balik."Firdaus berjalan bersama Dee.Dia beralih ke belakang melihat kereta Natasya.Sama ada mahu membalas dendam.

                                           ***
                       "Kitorang tak pernah setuju pun."kata Solihah."Tau pun tak."Mira menghentak meja Rayyan membuatkan Solihah dan Rayyan terkejut."Sabar-sabar.Abang ipar tahu perasaan kau."Solihah pula terkejut."Sejak bila pulak."."Adalah."melihat mereka berdua sweet,Mira terus tamatkan adegan itu.
                                      "Bersemutnya.....Menyampass." katanya. Alah,Emir tiada di sisi, memanglah begitu."Ok,back to point. Sekarang ni korang langsung tak tahu kan pasal hal tu.So,mesti Dato' Razman tu buat dokumen palsu. So, kita kena cari dan buktikan dokumen tu salah."jelas Rayyan.

                             "But how?"Solihah menyoalnya.Rayyan berfikir sebentar lalu dia tersenyum.Nampak seperti ada mentol bercahaya di atas kepalanya."Nanti saya ada appointment dengan Syarikat Jauhari Angkasa.So,.."dua orang gadis itu tersenyum.Tapi,Mira memikirkan yang masih ada lagi halangan."But,macam mana nak ambil?".

                                Ayat itu membuatkan mereka buntu kembali. Kebetulan,Emir lalu di hadapan bilik Rayyan lalu Solihah terlihatnya. "Rasanya Emir boleh tolong kot."katanya sambil tersenyum. Rayyan dan Mira mengerutkan dahinya.

                                                 ***
                              Masing-masing terdiam.Tiada lagi mood gembira dalam diri Fatin.Ain pula tiada selera nak tengok makanan Korea.Dee keliru dengan lelaki yang hadir dalam hidupnya.Solihah memikirkan kembali detik dia dikenakan dadah itu.Perasaan rindu kepada papa dan mamanya mula bermain dalam jiwa Mira.

                             "Hurm..."mereka mengeluh serentak seperti kembar."Aku..tak tau nak rasa apa."kata Fatin sambil memandang remote tv."Aku pun."Ain mengskroll ke bawah tanpa melihat gambar-gambar di Instagramnya."Confused."Dee menggelengkan kepalanya."Malu.."Solihah pula menunduk."Aku rindu mama papa."suara Mira seakan mahu menangis.

                              Tiba-tiba,Fatin mendapat satu idea."Apa kata kita balik kampung!"dia berdiri dengan bersemangat.Mira mengerutkan dahinya."Kita ada kampung ke?"soalnya hairan."Ada,Adik."Ain,Dee dan Solihah serentak menjawabnya."So??"Fatin masih menanti jawapan.Ain terbayang suasana kampung yang lama dia tidak jelajahi.Dee mendambakan ketenangan yang hidup dalam kampung itu.Solihah pula hanya selesa berada di mana-mana.

                        "Ok."balas si Angah. "Absolutely agree."Alang memang setuju 100%."Rindunya kampung!!" Achik pun sama seperti mereka berdua. Cuma Adik saja."Wait?Kita ada kampung?Aku ingatkan kita memang dari KL."Mira mula hairan dengan asal usulnya."Memang kita ada kampung.Tapi papa lama tak balik sebab busy.Kau pernah pergi masa kecik dulu cuma kau je yang tak ingat."jelas Solihah.Mira mengerti. "Ermm..oklah.Aku setuju."akhirnya persetujuan Mira si bongsu melengkapkan semua...Tapi..

                                               ***
                     "Encik Adam,saya nak...Aish!Kau dah cuti sebulan,kau nak apa lagi?Tapi kau bukan pergi bercuti,kau pergi investigate untuk papa.Tapi,nak bagi ke Adam tu?Dah lah gaduh dengan Alang.Alang pun satu,elok-elok dengan Adam,kau gatal dengan Firdaus pulak...Aish macam mana ni??"Fatin bercakap sendiri ketika sedang membuat kopi.

                          Idea pulang ke kampung itu cepat saja tanpa memikirkan cutinya.Sedang dia membebel dengan diri sendiri,Ellie terlihat kerenah Fatin.Dia ketawa kecil."Oi,kau apasal ni?"soal Ellie seraya menepuk bahu Fatin.Lantas gadis itu terkejut."Ish kau ni.Saja je aku nak berleter sendiri."balas Fatin.

                        "Eleh,kau gila ke bercakap sendiri,sejak hilang sebulan ni,macam-macam perangai kau."kata gadis itu.Fatin tersenyum lalu meletakkan kopi di atas dulang yang di bawa oleh Ellie."Nah,sebelum perangai aku yang bermacam keluar,baik kau hantar ni."Ellie hanya menjeling."Yelah-yelah.".

                             Sedang Fatin menyambung kerjanya kembali,telefonnya berdering."Siapa pulak ni?"dia menjawab panggilan itu tanpa melihat siapa pemanggilnya."Assalammualaikum,orang di sana..."suaranya seperti pernah didengari."Waalaikumussalam,Mizah!"dia tersenyum gembira.

                      "Ok..Janji datang tau."Fatin tidak sabar mahu berjumpa Mizah."Ya,cik adik oi.Hang balik pukui berapa?Boleh terus pi rumah hang."soal Mizah."6 petang nanti.Dalam 5:30 kau datang lah."."Ok.".Panggilan ditamatkan tapi kegembiraan di hatinya belum tamat."Seronoknya.."Fatin tersenyum sorang2.

to be continued

SIBLINGS[F.A.D.S.A][COMPLETED]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang