BAB 25(THE PLAN START)

171 17 0
                                        

***
                     Solihah sedang sibuk membuat kerjanya.Wajahnya serius sambil tangan menaip komputer itu tanpa mengira masa.Tiba-tiba,Ria yang duduk disebelahnya ketawa kecil."Kau tak payahlah acah-acah nak rajin bekerja.Takkanlah bos tak bagi kau bonus setiap bulan kot."kata pedasnya bermula.Solihah hairan lalu tangannya berhenti menaip.

                           "Bonus?Awak cakap apa sebenarnya ni?"gadis itu masih menganggap yang Ria sedang bergurau."Buat-buat blur pulak.Satu office dah tau lah yang boss ada affair dengan kau.Tak sangka orang yang sopan macam kau ni,rupanya.."pandangan mata Ria yang melihat Solihah atas bawah membuatkan hati gadis itu mula panas.

                                               ***
                        "Awak..."suara mendatar Mira membuatkan Emir beralih."Kenapa?Rindu?"usik lelaki itu.Mira menjeling lalu berkata"Takde maknanya."Emir ketawa."Kenapa Cik Mira?"kali ini dia serius."Saya nak minta tolong.Boleh?"soal gadis itu sambil mengukirkan senyuman yang paling lebar pernah Emir lihat.Hal itu membuatkan Emir mengerutkan dahinya."Tolong apa?Tolong jagakan hati awak?"dia main-main lagi.Pap!Mira menampar lengan Emir."Serius boleh tak?!Tumbuk kang!"marah Mira.Emir yang ketawa berasa lucu melihat Mira.Comel pun ada."Apa?"."Saya nak...".

                                               ***
                        Fatin berpura-pura seperti seorang gadis yang innocent sambil menerima tunjuk ajar daripada salah seorang staff di situ.Ain juga berada di situ.Nasib mereka amat baik kerana duduk bersebelahan.Jadi,senanglah kalau nak berbincang sesuatu.Mata Ain sempat juga menjeling ke arah bilik pengurus syarikat.Rasanya penambahan idea dia dan Fatin mungkin akan berkesan.

                         "Faham?"soal Kak Wahida setelah selesai mengajar dua orang gadis itu."Faham.Terima kasih,kak."jawab Ain.Fatin hanya mengangguk sambil melakar senyuman manis."Kalau macam tu,akak pergi dulu ok?Apa-apa,tanya je akak."sikap peramah wanita yang sarat mengandung itu membuatkan Fatin dan Ain selesa.

                         Setelah melihat Kak Wahida jauh daripada mereka,Fatin terus mengambil telefonnya.Risau-risau kalau Syed menelefonnya walaupun hal itu sudahpun berlaku."30 missed call?Aaa...sorry!!"raung hati Fatin apabila melihat missed  call daripada Syed.Ain juga melihat sama ada Ian menelefonnya atau tidak.Tapi,wajahnya tiada senyuman.

                  "Busy kot.Takpelah."dia berfikiran positif.Barangkali pelanggan di Restoran Saranghae ramai dan Ian tidak sempat membuat sebarang panggilan peribadi.

                 Fatin membawa dirinya ke pantri lalu cuba menelefon Syed kembali.Pasti lelaki itu marah.Baran Syed dia tidak tahu lagi."Awak...sorry.."katanya perlahan sambil membuat mimik muka risau bercampur takut.

                   Syed sedang memandu  ke MSSM untuk membincangkan sesuatu tentang hal sukan negara.Dia tidak menyedari pun yang telefonnya bergetar akibat daripada panggilan Fatin.

                  "Mana pulak dah mamat ni?"soal hati Fatin.Dia menelefon sehingga panggilannya dijawab.Tut...tut...dan Syed menjawabnya."Awak."gadis itu lega."Ha..kenapa saya call awak tak angkat?Whatapps x reply?Awak tak bagitau pun yang harini awak  cuti."soalan bertalu-talu daripada Syed membuatkan dia ketawa kecil."Awak ni memang nak jadi rapper ke sebelum masuk politik?Saya sebenarnya..."tiba-tiba ada suara menegur Fatin daripada belakang.

                  "Eherm!"gadis itu beralih ke belakang dengan wajah cuak.Rupanya Reza empunya suara tersebut."Awak??"Syed hairan dengan panggilan yang tergantung.Fatin terus menyimpan telefon di belakang lalu menekan end call."Awak..Lah dah end call?"hari itu penuh dengan tanda tanya yang bermain dalam minda Syed.

                "Boss,saya sebenarnya nak call.."gadis itu cuba menjelaskan segalanya tapi pantas dipotong oleh Reza."Sebab nilah aku tak nak ambik intern dekat syarikat ni.Masuk bilik aku!"suara keras lelaki itu menambahkan ketakutan Fatin.

                                             ***
               Reza duduk di kerusi besarnya.Gayanya yang kacak seperti model tapi mimik muka yang serius sekaligus menukarkan dia persis mafia."Maafkan saya,bos."wajah Fatin ditundukkan."Maaf,maaf.Dengar sini,keadaan kat U dengan suasana bekerja tu lain!Kat sini,kau tak boleh sesuka hati nak curi tulang masa kerja.Kalau kau nak jadi permanent kat sini,buang sikap biadap kau tu!"mata Fatin sempat meliar melihat keadaan pejabat Reza.Lensa mata yang secekap kamera dapat menangkap jelas apa yang ada dalam bilik lelaki angkuh itu.

                Dalam hati gadis itu berbisik niat jahatnya."Aku akan pastikan bapak kau dengan kau sekali meringkuk dalam penjara tu.Sama macam korang buat dekat papa.".

                                           ***
                     Hari ini,Adam terpaksa bergerak ke Kuantan untuk sebuah projek di sana.Jadi, Natasya saja menawarkan dirinya untuk menjemput Danish di tadika.Lagipun,ada hal yang perlu dibincangkan bersama Dee.

                    Dari jauh, Natasya menunggu Danish keluar dari tadika.Hatinya asyik ketawa sinis apabila membayangkan apa reaksi Dee."Aku pasti lepas ni kau takkan boleh dekat dengan Adam.Seinci pun."kata gadis itu.

                   "Hari ni,Danish balik dengan siapa?"soal Dee sambil mengiringi anak kecil itu seperti biasa."Aunty Natasya."jawab Danish."Oh."dia mengerti.

Vote juseyo 😂

To be continued

SIBLINGS[F.A.D.S.A][COMPLETED]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang