BAB 68(WATERFALL MOMENT)

122 12 0
                                        

Mereka tiba di homestay

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Mereka tiba di homestay.Sama seperti petang tadi."Korang agaklah,Tok Wan tu nak test kita apa lagi?"soal Rayyan. "Entahlah.Biarlah.Sekarang ni aku nak tengok tv."Ian terus membuka televisyen.Mereka berseronok sehingga tengah malam.Tengah malam yang menyeramkan.

"Ngantuk ah.Aku masuk tido dulu."Adam bangun lalu masuk ke dalam bilik yang pertama."Bapak orang memang ngantuk awal!"usik Ian.Rayyan dan Emir ketawa. "Alah,kau pun nanti bapak orang jugak!". Sedang asyik menonton televisyen,Ian mahu ke bilik air pula. Dia bangun lalu menuju ke arah bilik air.

Ketika dia selesai melakukan apa yang patut,tiba-tiba saja lampu tertutup dan terbuka."Emir!"dia menyangka Emir yang melakukannya. Terdengar juga suara seseorang ketawa kecil."Oi,Emir!Better kau stop kalau nak rasa penumbuk aku!"dia membuka pintu.Tapi tiada sesiapa dan lampu kembali bernyala seperti biasa."Cepatnya lari."kata Ian dengan hatinya yang berdebar-debar itu.

Dia kembali ke ruang depan dan terlihat Emir masih duduk di sebelah Rayyan."Kau memang cari pasal an Emir."kata Ian."Aik apasal lak?"soal Emir."Yelah,main lampu plak malam-malam ni."."Main lampu?Emir kat sebelah aku je kot tadi.Ko dah pahal?"Rayyan pun hairan.Begitu juga Emir.Ian mula merasakan sesuatu.

"Serius?!"."Seriusla."kata Emir. Tiba-tiba,mereka terdengar sesuatu dari dapur.Pang!Masing-masing menggigil."Aaaa...apa tu?"soal Emir takut."Pergilah check!"kata Rayyan."Kau gila ke apa?!"Ian pun sudah takut.Mereka berjalan rapat-rapat menuju bilik Adam. "Weih,Adam."Ian mengetuk pintu bilik Adam."Apa dia?"lelaki itu masih mamai."Pergi tengok jap kat dapur.Ada bunyi tadi."kata Rayyan. "Ish,korang ni macam-macamlah!".

Adam berjalan di depan manakala mereka bertiga di belakang.Mereka tiba di dapur dan tiada apa-apa pun yang berlaku."Tengok!Mana ada apa!Korang tu yang penakut lebih."kata Adam.Mereka masih nafas lega.  Tiba-tiba Emir terlihat sesuatu.Dia mula takut."Tuu...tu.."dia menunjukkan kepada Rayyan.

"Apa..dia..tu weih?!"Rayyan pun melihatnya."Korang ni macam-macamlah! Kacau aku nak tido.Ni dah kenapa pulak ni?!"Adam memarahi mereka."Adam,cuba kau tengok kat tingkap tu."Ian menunjukkan apa yang mereka nampak.Rupanya ada lembaga di tingkap itu."Aaaaaa!!!!!!!!".

***
"Assalammualaikum,Tok!"Adam mengetuk pintu rumah Tok Wan dengan kuat."Apa dia pagi-pagi ni?!"Tok Wan membuka pintu.Mereka berenam pun terjaga."Kenapa ni Tok Mah?"soal Solihah.Tok Mah pun tidak tahu.Bila Tok Wan membuka pintu, terlihat lelaki-lelaki itu sedang melutut di depan pintu.

"Tok!Tolong kami, Tok!" masing-masing memeluk kaki Tok Wan."Awat hampa ni?!"dimarah pula. Kesian.Gadis-gadis itu mengerutkan dahi melihat mereka."Pasaipa ni?" soal Tok Mah mesra."Kami..kami kena kacau dengan hantu!"Rayyan menangis. Solihah ketawa kecil. "Dah-dah,tidoq sini ja."ajak Tok Mah.

Mereka berempat tidur di ruang tamu berlapikkan toto Itu pun dah cukup melenakan mereka.Mereka kelihatan seperti kawan rapat apabila tidur saling berpelukan sebegitu. Gadis-gadis itu sempat lagi menjenguk melihat mereka berempat. "Asallah aku tak rakam tadi?!"kata Mira sambil ketawa kecil."Kesian do aku tengok diorang."balas Solihah pula."Kesian?"Dee tiada apa-apa perasaan."Aku tak tau aku nak gelak ke nak sedih ke nak kata comel."Ain pula keliru dengan perasaannya. "Nasib baik Syed tak join."Fatin lega."Macam-macamlah boyfriend hampa ni."Mizah menepuk dahinya.

***
Jam 8 pagi,Tok Wan menemani mereka ke homestay itu kembali untuk mengambil barang-barang mereka.Cepat saja mereka keluar daripada kawasan itu.

"Maaflah Tok sebab ganggu Tok semalam."kata Ian."Takpa aih. Ingatkan Tok nak bawak hampa pi ayaq terjun.Tapi dah ada orang demam takpalah."mendengar perkataan air terjun terus mereka teruja kecuali Adam."Eh takpe Tok. Orang demam duduk kat darat. Kitorang je terjun."balas Emir. "Betui ni?"soal Tok Wan betul-betul.

"Betullah Tok.Kat KL sana mana ada air terjun."Rayyan pun boleh tahan. "Kadang2,kurang ajar jugak korang ni."bisik hati Adam."Betul tu Tok!Takpe,Adam ni kuat!Badan sado."Ian menepuk lengan Adam."Boleh ka Adam?"."Takpe Tok.Saya ok je.".

Mereka pun berseronoklah ketika berada di air terjun

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Mereka pun berseronoklah ketika berada di air terjun.Adam hanya mampu melihat kerana demam akibat disampuk.Dee menegurnya."Teruk ke demam kau?"soal Dee yang risau dengan Adam sebenarnya."Buat apa kau nak ambik tahu pasal aku.Aku kan penyibuk."kata Adam dengan egonya..

"Ok fine!Sorry sebab buat kau marah." akhirnya ego gadis itu tunduk. "Lagi?"."Thanks sebab datang sini."."Lagi?"."Erm..tu jelah."Dee mula pelik."Ada lagi."."Ish!Ngadalah dia ni!'. Dee memukul air ke arah Adam lalu pergi."Sejuk lah oi!'Adam tersenyum.

"Achik,tak dalam ke kat sini?"soal Mira."Tak.Sini seronok."ajak Solihah. Rupanya dia silap."Tolong!Tolong!" yang lain tersentak bila terdengar jeritan Mira.Rayyan terus pergi ke arahnya lalu terlihat Solihah hampir lemas.Tanpa berkata apa,Rayyan terus terjun mendapatkan Solihah.

"Tulah kau!Degil!'marah Mira. "Terima kasih Rayyan.Solihah nilah. Nasib baik ada Rayyan."kata Tok Mah.Gadis itu menunduk."Dah,jom kita balik."arah Tok Wan.Mereka pun berkemas lalu pulang ke rumah.

Balik ke rumah,Dee mula rasa semacam. Dia menggigil.Rupanya dia demam."Aik?Solihah yang lemas,hang yang demam?"soal Mizah. "Alah, husband dia pun demam."usik Fatin. Dee hanya menjeling.Memandangkan matahari pun tegak meninggi,mereka mengutuskan untuk balik selepas solat Zohor.

"Sebelum balik,Tok ada nak tunjuk sesuatu kat hampa."kata Tok Wan selepas solat Zohor di rumah."Apadia Tok?"soal Fatin.Tok Wan dan Tok Mah menghelakan nafas mereka.

Tok Wan membawa mereka ke sebuah villa yang tersergam indah di kawasan sawah padi itu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Tok Wan membawa mereka ke sebuah villa yang tersergam indah di kawasan sawah padi itu.Namun villa itu terperangkap dalam pagar yang terkunci."Kenapa Tok Wan bawak kami ke sini?"soal Fatin."Ni tapak rumah hampa yang lama.Villa ni ayah hampa punya."jelas Tok Wan.Mereka terkejut."Ayah hampa buat villa ni untuk hampa semua.Dia nak luangkan masa dengan hampa."air mata mereka mula menitis.

Rayyan dan Emir terlihat mengerti.Ian pun sama.Adam pula tertidur di dalam kereta.Mizah mengosok belakang Mira bagi memujuknya."Lama dah dia nak buat villa ni.Untuk mak hampa.Tapi dulu dia tak senang.Jadi,bila dia mampu..dia buat villa ni untuk isteri dan anak-anak dia.Pernah sekali dia cakap kat Tok,kalau lah mama hampa ada lagi..mesti meriah rumah ni."hati mereka diruntun kesedihan.

"Terima kasih Tok."mereka memeluk Tok Wan."Dah,jangan nangis.Cucu-cucu Tok kan kuat."kata Tok Wan.Mereka ketawa kecil tapi air mata tetap bertakung.Mizah hanya mampu mengukirkan senyuman."Dapatkan balik kebahagiaan papa."bisik hati masing-masing.

To be continued

SIBLINGS[F.A.D.S.A][COMPLETED]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang