BAB 50(ALONG AND ADEK)

128 13 0
                                        

***
                     "Jadi korang dah kenal lah ni?"soal Encik Iskandar.Mira dan Emir mengangguk."Dia rakan sekerja saya."balas Mira.Namun berlainan dengan Emir."Dia girlfriend Emir."kata-kata berani oleh lelaki itu membuatkan Mira tercengang."Tak!"gadis itu menidakkan.Depan bapak mertua kot."Yes,ayah."kata Emir pula sambil tersenyum."Tak!"."Ya."."Tak!"."Yeeee.".

                   Encik Iskandar mengerutkan dahinya.Dia keliru dengan apa yang berlaku."Wait,sapa yang betul ni?"soalnya."Saya."Mira cepat-cepat melontarkan suara."Emirlah.".Lagi sekali lagi dia keliru.Untuk menamatkan segalanya,dia terus mengajak mereka ke meja makan.Lagipun perutnya sudah lapar."Saya betul,saya betul.Tak kisahlah siapa pun gang betul,ate moh kite ke meja makan.Lapo dah ni."nahh...terkeluar loghat Peraknya.

                      Di meja makan,Mira hanya terdiam.Emir hanya memerhatikan gadis itu sambil tersenyum.Encik Iskandar hanya mengukirkan senyuman.Sudah lama dia tidak melihat anaknya tersenyum sejak pemergian Maya."Well,lama dah kenal?"soalan itu memecah keheningan di meja makan."Baru je."."Lama jugaklah."Mira dengan jawapannya manakala Emir dengan jawapannya.Hal itu membuatkan Encik Iskandar ketawa kecil.

                       "Jadi,Mira.Macam mana boleh kenal Emir?"."Dia duduk sebelah meja saya.So,hari-hari dah biasa."jawab gadis itu."Oh,Emir banyak ganggu awak?"mata Encik Iskandar memandang Emir yang mengalih pandangannya.Mira mengukirkan senyuman."Ganggu?Erm...bolehlah."hatinya sedang gelak ketawa mengenakan Emir.

                       "Ha,ngadu-ngadu."Emir mempertahan dirinya.Mira dan Encik Iskandar ketawa."Mana ada.Realiti."kata Mira.Melihat Emir dan Mira,satu memori bermain dalam fikiran Encik Iskandar."Tengok kamu berdua ni,teringat masa  ayah dengan ibu pertama kali kenal."pipi Mira merah.Emir tiada reaksi.

                       "Harap kamu berdua ni akan bahagia selamanya."barulah Emir melihat wajah ayahnya.Kali ini terbit keikhlasan di wajah itu."So,ayah dah settle  bagi restu ayah."sempat lagi dia bergurau.Mira ketawa kecil.Emir mahu tersenyum tapi egonya menyelindungi segalanya.

                       Emir selesai makan lalu dia bangun menuju ke dapur.Encik Iskandar melihat anak lelakinya.Jarang dapat makan malam bersama Emir.Selalunya ada saja alasan,makan kat luar lah,kenyanglah.Tapi malam ini memang istimewa,makan bersama calon menantu."Mira."panggil Encik Iskandar."Ya."."Uncle harap Emir layan Mira sebaiknya dan Mira pun layan dia sebaiknya.Sejak kakak dia meninggal,Emir banyak berubah.Jarang bercakap dengan uncle.Tapi takpelah,cukup ada Mira jadi teman bual bicara dia.Kan?".

                     Hati Mira tersentak mendengarnya.Memang benar Emir Shah banyak menyembunyikan kedukaannya di sebalik senyum dan tawa."InsyaAllah,uncle.".

                       "Terima kasih ye Mira sebab sudi luangkan masa dengan uncle.Harap layanan uncle baik-baik untuk Mira."segan gadis itu dibuatnya."Ya Allah,uncle ni.Uncle dah layan saya macam puteri takkanlah tak baik lagi.By the way,terima kasih jugak sebab uncle sudi jemput Mira."Emir hanya mendengar setiap ayat yang mereka bualkan.Malas mahu masuk campur dengan Encik Iskandar.

                       "So,lepas ni bolehlah datang rumah uncle bila-bila masa.Emir kan ada.Kan,Emir?"dia cuba bermesra dengan Emir."Herm."itu saja balasannya sambil memandang ke arah lain dan bukannya wajah ayahnya.Mira menyedari perubahan Emir.Kalau di pejabat,happy go lucky bukan main tapi kalau dengan ayahnya,macam bukan Emir Shah."Oklah,Emir hantar Mira baik-baik.Jangan pergi dating pula malam-malam gini."Mira ketawa kecil mendengarnya."Ok.".Emir tetap dingin.

                        Mira memerhati wajah Emir ketika memandu."Kenapa awak lain sangat?" soalnya. "Lain?". "Yes. Awak macam bukan Emir Shah.Kalau awak bukan Emir Shah,awak siapa?!Siapa hah?!"Emir ketawa melihat perangai Mira yang gila-gila itu."Sayalah Mr Ragaman.Emir Shah yang hensem nilah.The only one pakwe awak."katanya."Ha..ni baru Emir yang saya kenal.".

                          Di dalam kereta barulah Emir menjadi dirinya yang sebenar.Penuh dengan tawa,gila-gila dan sudah pasti pick-up line."Awak."Emir beralih."Sudahlah gaduh dengan ayah awak.I think he's not really bad.He's ok actually."kata-kata membuatkan senyuman Emir hilang."Saya bukan memaksa tapi dia dah tua kot.Awak patut bersyukur sebab masih ada papa yang awak boleh tengok hari-hari tapi saya.Papa saya kena penjara atas kesalahan yang dia tak lakukan."Mira sebak teringatkan papanya.

                          Emir menghelakan nafasnya."Ok.Saya cuba."dia mengukirkan senyuman kepada Mira.Begitu juga gadis itu.Akhirnya,hatinya dapat menerima ayahnya perlahan-lahan.Tapi bukan semudah itu.
                          
                                               ***
                           "Macam mana awak boleh sampai sini?Saya mimpi ke?Ibu,Syed mimpi ke ni?"reaksi Syed membuatkan Fatin ketawa kecil.Puan Saffiya dan Syarifa pun sama."Mana adalah."kata Puan Saffiya."Jadi,takut makan ubat ye.."kata Fatin sambil tersenyum.Syed hanya mengenyitkan matanya dengan pipi yang kemerahan.

                           Syarifa saja mengajak Puan Saffiya keluar dari bilik Syed untuk menemannya ke tandas.Saja mahu Syed meluangkan masa bersama Fatin."Macam mana awak boleh sampai kat sini?"soal Syed lagi.Fatin ketawa sambil menggelengkan kepalanya."3 kali kot awak tanya soalan tu."."Saya risaukan awak.Saya pun takut yang saya tengah mimpi ni."lagi Fatin ketawa mendengarnya."Taklah."lengan Syed ditampar.Alahai,macam tak pernah jadi mangsa.

                "Auch!Sakit macam biasa.Sah ni bukan mimpi."dia tersenyum sambil mengusap lengannya."Tau pun.Maafkan saya tau."ucap gadis itu."Maafkan awak?Untuk?"."Yelah,saya banyak susahkan awak sampai awak jatuh sakit macam ni."gadis itu menunduk malu."Alolo,takpe.Mungkin dalam drama akan kata,untuk awak saya sanggup lakukan apa je.Tapi tak bagi saya.We complete each other."kata Syed.Fatin melihat wajahnya dengan mata yang hampir berair."Drama sangat!".

                    Jam sudahpun menghampiri jam 10 malam."Fatin balik dulu ye Aunty,Akak."dia menyalam Puan Saffiya dan Syarifa."Hati-hati tau."kata Puan Saffiya.Syed hanya melihat mereka.Dirinya bertambah baik pula bila melihat Fatin tiba-tiba muncul di hadapannya.Dia melihat Fatin berjalan menuju ke arahnya."Esok saya datang."katanya."Ok.Take care."Puan Saffiya memerhati Fatin dan Syed sambil mengukirkan senyuman.Nampak cocok bila dipandang.

To be continued

SIBLINGS[F.A.D.S.A][COMPLETED]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang