BAB 67(HOMESTAY UNGU?)

127 13 0
                                        

                Gadis itu serba salah.Dia menelefon Syed juga namun tidak terangkat."Tak angkat.See,dia tengah rehat kot."kata Fatin."Herm.."Mizah malas memberi apa-apa komen.

                   Pelbagai mesej yang dihantar oleh Fatin namun Syed masih lagi offline.Entah mengapa hatinya sedih."Ish,mana awak ni.".

                                                ***  
                           "Mana depa ni?"Tok Wan masih mencari bayang bakal cucu menantunya."Sabaqlah sat.Maila duduk sini dulu."ajak Tok Mah yang sedang bersila di pondok kecil sebelah sawah padi mereka."Nanti diorang datanglah,Tok."panggil Dee. Gadis-gadis itu juga berada bersama dengan Tok Mah.

                             Tepat pada masanya, mereka tiba di rumah Tok Wan. "Assalammualaikum,Tok Wan!"sapa Emir setelah keluar daripada kereta. Semenjak kena puji tadi,makin berani dia."Waalaikumussalam."

                           "Jemput makan. Belambak kuih Tok Mah hampa buat."pelawa Tok Wan.Ain pula acah-acah ayu ketika sedang menuang air kopi panas. Solihah dan Mira ketawa melihatnya. Dee membayangkan yang Adam tiada di situ."Hampa dok sini berapa hari?"soal Tok Mah."Esok kami balik. Maklumlah,semua busy kerja esok." jawab Adam.

                           "Tadi,Emir azan kat surau.Tak sangka sedap jugak suara dia."Mira terkejut lalu memandang Emir.Tok Wan saja mahu melihat reaksi cucunya dan kesungguhan bakal cucu menantunya yang lain. Seronok bersembang antara satu sama lain,masa untuk berdua pula.

                         "Ya Allah,indahnya cuaca petang ni.Kan,Tok kan." tiba-tiba pula Ain.Ian menyedari yang itu satu petanda."Pilah."kata Tok Wan. "Lagi indah segalanya."kata Ian lalu berjalan bersama Ain menuju ke sawah padi itu."Erm.."Solihah mahu bersuara tapi Tok Wan bersuara dulu."Mana yang nak nenghargai keindahan alam lagi,pilah."apa lagi, Solihah dan Mira terus bangun. Rayyan dan Emir perlahan-lahan pergi ke arah mereka.Tok Mah ketawa kecil melihat mereka.

                              Tinggal Dee dan Adam saja."Aik?Awat tak indah ka petang ni?"soal Tok Mah."Mendung je."balas Dee."Mendung pulak dah."kata Tok Wan. Mereka duduk di situ tanpa bertegur sapa dan tidak melihat antara satu sama lain."Abang nak kopi lagi?"soal Tok Mah mesra."Ha,boleh jugak.Sedap kopi Mah buat.Macam biasa."puji Tok Wan.Dee dan Adam mula tidak selesa."Ala,abang ni." mereka pun nak bersweet."Erm..Dee nak ke sana jap."akhirnya Dee mengutuskan untuk pergi.Adam pun mengikut Dee.Tok Mah dan Tok Wan ketawa kecil.

   

                          "Cantik jugak kampung awak

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

                         "Cantik jugak kampung awak."puji Ian."Kan.Lama saya tak balik kampung."kata Ain sambil melihat langit biru.Ian berfikir sebentar."Kalaulah awak tak balik Malaysia,mesti kita takkan jumpa kan."Ian memandang Ain."Awak ingat saya nak jumpa awak sangat ke?" gadis itu mengusiknya."Eleh,siapa yang nangis masa saya kat hospital tu?Sampai bengkak mata dia."."Aa..awak ni."Ain ketawa kecil.

SIBLINGS[F.A.D.S.A][COMPLETED]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang