BAB 52(TEST 2)

133 12 0
                                        

UJIAN KBAT👏

Tiba di rumah,dia perlu menolong Puan Saffiya masak pula.Nasib baik awal-awal dia bertanya kepada abang ikan tadi macam mana cara memasak asam pedas.Memang seronok memasak dengan Puan Saffiyah lagipun Fatin sudah lama tidak merasa semua itu.

Memang seronok memasak dengan Puan Saffiyah lagipun Fatin sudah lama tidak merasa semua itu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Syed pun kadang kala curi-curi tengok.Manalah tahu,dia kuat mengeluh.Tapi,Syed kenal dengan Fatin.Gadis singa itu tak mungkin cepat mengalah.

Masa makan tengah hari tiba,mereka bertiga makan seperti keluarga.Rasa rindu terhadap keluarganya terubat bila makan bersama.Terutama sekali dengan Tan Sri Faizal."Family Fatin tinggal kat mana?"soal Puan Saffiyah.Soalan KBAT itu membuatkan Fatin terpandang Syed."Erm..kat KL."balas Fatin."Tinggal dengan mak dan ayah ke?"soalan lagi."Tak.Tinggal dengan adik-adik je.Diorang pun kerja kat KL jugak.".

"Habis tu mak ayah buat apa sekarang?"lagi."Erm...."soalan itu sukar untuk Fatin jawab.Takkanlah nak katakan yang ayahnya sedang dipenjara?"Erm..."tiba-tiba Syed saja menukar topik."Eh,asam pedas ni siapa masak?Sedaplah."nasib baik ada dia menyelamatkan Fatin.Gadis itu lega.

***
I'M SORRY BUT I love YOU

Sejak hari itu,Dee langsung tidak bertegur sapa dengan Adam.Kini,urusan antara dia dan Adam hanyalah sebagai seorang cikgu dan bapa kepada pelajarnya.Begitu juga Adam.Dia tidak lagi tersenyum bila melihat gadis itu.Tapi,hati mereka sedang menidakkan sesuatu perasaaan.

Dee melihat Adam menyambut Danish dari jauh.Natasya pun ada.Gadis itu mengeluh sendiri.Fia menegurnya dari belakang."Dee."."Ya,kenapa?"soalnya."Apa yang jadi sebenarnya?"Fia dapat tahu yang mereka memang ada masalah.Mata Dee melirik melihat Adam di luar bersama Natasya."Entahlah.Tiba-tiba,dia berubah.".katanya.Fia tiada respon.Nak beri nasihat pun dia tidak pernah laluinya.

Namun,ada seseorang menantinya."Hello."seseorang menelefon Dee."Dee,mana kau?Aku tunggu kau ni."suara Firdaus."Kau kat luar ke?Kejap."Dee menamatkan panggilan itu lalu mencari Firdaus dari luar.Firdaus sedang menunggu sambil mengukirkan senyuman.Dee membalasnya lalu mengemas barang di atas mejanya.

Dan pada masa yang sama,kereta Adam pergi dari situ.Mereka langsung tidak bertembung.Sempurna dirancang oleh waktu."Kau tak bagitau pun nak ambik aku."kata Dee."Well,saja.Hari ni aku nak bawak kau tempat special."Firdaus penuh misteri."Tempat special?".

Dee menghirup udara segar di taman itu.Firdaus hanya mengukirkan senyuman bila melihat gadis tersebut."Kau ingat lagi taman ni?"soal Firdaus."Tak mungkinlah kalau aku tak ingat.Tempat kami satu family spend time.Kau pun ada time."memorinya terimbas kembali."And time aku confess perasaan aku dekat kau.Masa kita Form 3."ayat itu membuatkan Dee tersenyum.

Firdaus juga teringatkan saat itu."Mak kau macam mana?"soal Dee menukar topik."Mak aku dah takde.Dia meninggal tahun lepas."jawab lelaki itu dengan rasa sebak di dada."Maafkan aku."."Is ok."senyuman tabah dia ukirkan."Jadi,sepanjang kau kat England,ada jumpa pengganti aku?"usiknya.Dee ketawa kecil."Erm..entahlah.".Mereka berdua mengimbas memori yang ada ketika mereka kecil dahulu.Lupakan segala masalah mereka.Firdaus juga rasa hilang beban di bahu bila bersama dengan Dee.

SIBLINGS[F.A.D.S.A][COMPLETED]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang