Beginning of Love;
Loverboy. | Jjk♡ ♡ ♡
" Jeon Jungkook! "
Teriak satu suara garau. Lantas Jungkook memandang kearah suara tersebut. Bibir Jungkook menarik segaris senyuman." hyungs! "
Jungkook gembira melihat keenam-enam hyung nya berjalan penuh gaya kearah dia.
" Jeon Jungkookie "
Maka mulalah sesi jejak kasih.Sudah naik sesak Jeon Jungkook apabila satu persatu dari enam lelaki kacak itu memeluknya silih berganti. Memang peluk sekatat yang mungkin. Sungguh mereka rindukan Jungkook.
" okay stop hyung-hyung sekalian. Lemas Kook ni, tahu tak? "
Kata Jungkook apabila Bangtan sudah berkira-kira mahu memeluk si maknae buat kali kedua. Bangtan mengekeh suka.Bukan Bangtan tak kenal dengan sikap Jeon Jungkook. Cepat rimas, cepat lemas, cepat merasa serabut. Oleh kerana mereka kenal lah, lagi rancak mereka usik si Jungkook.
" dah dah, jom pergi kafeteria. borak disana. lagipun semua dah selesaikan untuk hari ni? tak perlu balik ke department kan? "
Arah Jin beserta soalan." ya, semua dah settle. jom, kafeteria! lapar dah ni "
Sambung Namjoon yang mana Bangtan turutkan. Maka, terlihatlah tujuh lelaki kacak berjalan penuh gaya ke kafeteria.Mereka bertujuh sekadar membiarkan semua mata yang memandang mereka. Ada juga yang mengambil gambar mereka secara diam, fangirl secara terang-terangan dan secara diam. Bermacam lagilah.
Sesampai sahaja di kafeteria, mereka duduk disebuah meja bulat besar. Cukuplah untuk memuatkan kesemua ahli Bangtan. Jin,Namjoon dan Hoseok menawarkan diri untuk membeli makanan.
Jadi yang lain hanya perlu tunggu dimeja bulat itu.
" hyung semua dalam department yang sama ke? "
Soal Jungkook, menjadi yang pertama membuka topik untuk dibicarakan." eh taklah. hyung dan Taehyung dalam modelling department, Suga, Namjoon dan Hoseok dalam music and dances department. ha- kira Jimin acting photographer department macam Kook lah "
Terang Jin, lengkap semua. Jungkook sekadar menganggukkan kepalanya tanda faham.
" dah ada yeojachingu? "
Soal Jungkook spontan. Tersedak keenam-enam lelaki kacak dihadapannya pada saat itu." tak! nanti jatuh populariti! "
" euw- no! "
" nanti fans aku marah kalau ada yeojachingu em "
" masih belum bersedia "Jungkook memicit sedikit dahinya apabila pelpbagai jawapan berbeza diterima.
" huh apa-apa sahaja lah hyung semua ni "
Kata Jungkook, malas mahu berbicara.Jungkook kini menyuakan kimchi kearah mulutnya. Namun pergerakan lelaki kacak itu serta merta terhenti saat terlihat seorang perempuan yang memakai skirt pendek atas peha dipadankan dengan tshirt putih bersih.
Kali ini Jungkook tidak silap. Perempuan itu adalah perempuan yang telah dia langgar semalam. Dalam diam tidak henti-henti Jungkook memuji kecantikan semulajadi gadis itu.
' dari cara dia jalan, dia nampak macam students daripada modelling department '
Tebak Jungkook masih bermonolog dengan diri sendiri sementara mata tidak lepas memandang Jihyo.
YOU ARE READING
[C] LOVERBOY
FanfictionA Jeon Jungkook Fanfiction. ❝ cinta saya ni memang boleh dipakai buang ya ? ❞ ❝ maafkan saya. saya tak bermaksud untuk punah hati awak ❞ he's, my loverboy . start: 28Sept2018 end: 7Dec2018 ❈#14 in fanfiction (8Oct2018) ✿#6 in fanfiction (21Oct2018) ...