The Fallen Love ;
Loverboy. | Jjk♡ ♡ ♡
Jihyo berjalan keluar dari department setelah dia menghabiskan masa dengan ber- photoshoot. Dia melangkah dengan langkah yang kini sangat berbeza, tidak lagi penuh keyakinan dan elegan.
Semuanya selepas insiden sebulan lepas. Dimana dia dan teman lelaki keduanya membuat keputusan untuk berehat dari menjalinkan hubungan cinta diantara mereka berdua.
Putus dan berehat, ada bezanya.
Jihyo terus melangkah ketempat parkir kereta. Langkah Jihyo mati betul-betul berhadapan keretanya. Riak tenang cuba dipamerkan.
“ wonu? awak nak apa? ”
Soal Jihyo kepada lelaki yang sedang bersandar pada keretanya, Jeon Wonwoo.
“ hey, sayang ”
Wonwoo tersenyum samar.“ nak apa, Wonu? ”
Soal Jihyo sekali lagi. Wonwoo mengeluh lalu tubuh ditegakkan, tidak lagi bersandar. Lelaki kacak itu menapak mendekati Jihyo.Bibir dibawa betul-betul ditelinga gadis cantik itu.
“ saya nak apa? semestinya saya nak awak, sayang ”
Datar Wonwoo berkata.Jihyo merengus perlahan.
“ Wonu, sudahlah. antara kita berdua, dah tiada apa-apa lagi dah. Semuanya berakhir 4 tahun lepas. awak lupa? awak yang tinggalkan saya, Wonu-ah ”Balas Jihyo sinis. Kali ini giliran Wonwoo pula merengus geram. Dijarakkan sedikit tubuhnya dan tubuh Jihyo.
“ saya menyesal. lagipun awak tahukan saya terpaksa? ”Tangan Wonwoo naik, ingin menyentuh wajah yang telah lama dia rindukan itu.
Namun, lantas Jihyo menepis kasar tangan gagah lelaki kacak itu.“ terpaksa? awak terpaksa pilih untuk ikut keluarga awak sebab awak tak mahu hidup susah dengan saya. tengok, Wonu. awak tak boleh nak bekorban untuk cinta kita. bukan macam Jungkook yang sanggup buat apa sahaja demi saya.. ”
Balas Jihyo, memerli Jeon Wonwoo. Namun ayat terakhir itu hanya dikatakan dalam hatinya. Jujur, dia rindukan Jungkook. Dan tanpa dia tahu, walau sudah sebulan tidak bertegur sapa,
Jeon Jungkook masih sahaja memerhati dan kisah pasalnya dari jauh. Jungkook juga masih setia tunggu Jihyo dan masa rehat bagi mereka berdua tamat.
“ bukan macam tu, sayang. bukan macam tu. and please, forget about those. I'm here now and i want you back ”
Kata Wonwoo sambil memegang kedua tangan Jihyo.Jihyo sekadar menggeleng dan memandang Wonwoo dengan pandangan kosong.
“ saya dah ada kekasih, Wonu ”
Ringkas balas dari Jihyo.Wonwoo diam untuk seketika sebelum mata tajamnya memandang Jihyo dengan tatapan dalam.
“ awak fikir saya kisah? saya akan rampas awak dari kekasih awak tu. saya tak main-main, Hyo ”Tegas sahaja nada suara lelaki kacak itu. Membuatkan Jihyo kurang senang dengan kata-kata Wonwoo.
“ sudah, saya perlu pergi. baliklah, Wonu. dan jangan cari saya lagi ”Jihyo merentap kasar tangan nya yang dipegang Wonwoo lalu berlari anak memasuki keretanya. Wonwoo sekadar mengeluh panjang dan memerhati kepemergian gadis pujaan hatinya.
YOU ARE READING
[C] LOVERBOY
FanfictionA Jeon Jungkook Fanfiction. ❝ cinta saya ni memang boleh dipakai buang ya ? ❞ ❝ maafkan saya. saya tak bermaksud untuk punah hati awak ❞ he's, my loverboy . start: 28Sept2018 end: 7Dec2018 ❈#14 in fanfiction (8Oct2018) ✿#6 in fanfiction (21Oct2018) ...