Beginning of Love;
Loverboy. | Jjk♡ ♡ ♡
" saya akan berikan kamu semua sedikit lagi masa untuk siapkan projek kolebrasi kita ni. seminggu lagi kemudian wajib dihantar atau kamu akan fail. "
Puan Lee kemudian mengatur langkah keluar dari bilik yang kelihatan tidak ubah seperti tempat bermersyuarat. Jungkook yang tadinya memandang Puan Lee kini memandang Jihyo disebelahnya.
" kita perlu start shoot hari ni. petang nanti saya jemput awak dan kita pergi studio sekali. arra? "
Arahan Jungkook mendapat anggukan daripada Jihyo. Jimin yang duduk berhadapan mereka mula berkira-kira mahu membuka mulut." Hyo kenapa tak datang semalam? kook pun. naega wae? "
Akhirnya Jimin bersuara. Partner Jimin, iaitu Jisoo mula berdiri, memberi ruang untuk mereka bertiga berbual sendiri.Jin pula yang tadinya duduk dihujung meja panjang tersebut kini melabuhkan punggung disebelah Jimin manakala Taehyung disebelah Jihyo.
" hyo tak sihat "
" kook ada hal keluarga. kook dah hantar pesanan pada Hoseok hyung rasanya semalam tu "
Jawab Jihyo dan Jungkook berbeza dan berbohong.Jimin, Jin dan Taehyung sekadar menganggukan kepala mereka. Jimin pada mulanya berasa curiga. Betulkah apa yang diberitahu mereka berdua? Namun kemudian dia percaya apa yang Jihyo dan Jungkook katakan.
" dah semua, jom pergi kafeteria. makan dengan Bangtan dan Ethan sekali "
Kata Jin sebelum berdiri dari duduknya diikuti yang lain.Jihyo sungguh teruja kerana sebelum ini tidak pernah Ethan makan sekali dengannya jika Jihyo makan bersama Bangtan. Dalam kata lain, Ethan sebenarnya tidak begitu rapat dengan Bangtan.
" senyum je ni, wae noona? "
Soal Jungkook yang berjalan disebelah kanan Jihyo. Manakala disebelah kiri Jihyo adalah Jimin diikuti Jin dan Taehyung dibelakang mereka bertiga." tak adalah- cuma teruja nak lunch dengan Ethan dan bangtan "
Spontan Jihyo menjawab. Hairan Jungkook dibuatnya.
' lunch je pun. excited semacam tu dah kenapa? 'Jungkook sekadar bermonolog sendiri. Sesampai mereka berlima di kafeteria, terus mereka duduk dimeja yang sama dengan ahli Bangtan yang lain. Jihyo tanpa kata terus mengambil tempat disebelah Ethan.
Ethan tersenyum manis sebelum selamba memeluk pinggang ramping Jihyo. Bangtan hanya memandang tanpa kata.
" makan, semua "
Dan mulalah aktiviti menjamu selera bagi mereka semua.Jin berbual bersama Hoseok dan Taehyung, Namjoon dan Yoongi berbincang tentang hal department, sementara Jimin dan Jungkook hanya terdiam memerhatikan Jihyo dan Ethan.
Sungguh kedua mereka kelihatan sungguh mesra dengan ketawa, sentuhan dan tepuk tampar diantara mereka berdua. Tanpa Jungkook sedar, dia berasa cemburu dengan Ethan.
Jihyo yang merasakan dirinya diperhati lantas memandang Jungkook dan Jimin. Oleh itu segera Jimin larikan pandangan nya dari terus memandang Jihyo. Namun tidak bagi Jeon Jungkook.
Mata tajam Jungkook menikam mata bundar milik Jihyo. Jihyo menelan payah air liurnya apabila dipandang sebegitu rupa. Lantas Jihyo berhenti dari memegang lengan Ethan.
YOU ARE READING
[C] LOVERBOY
FanfictionA Jeon Jungkook Fanfiction. ❝ cinta saya ni memang boleh dipakai buang ya ? ❞ ❝ maafkan saya. saya tak bermaksud untuk punah hati awak ❞ he's, my loverboy . start: 28Sept2018 end: 7Dec2018 ❈#14 in fanfiction (8Oct2018) ✿#6 in fanfiction (21Oct2018) ...