Beginning Of Love;
Loverboy. | Jjk♡ ♡ ♡
" drop that smile off your face. ya! sexy like that! "
Director Jang terus menerus memberi arahan kepada Jihyo sementara photographer menjalankan tugasnya.Dengan itu, pelbagai ekspresi muka yang Jihyo lakukan. Itulah kerja nya sebagai pelajar dari modelling department. Hampir setiap hari perlu melakukan photoshoot atau catwalk.
Kadang-kadang sahaja mereka diberi taklimat tentang modelling.
" nice! we have all the shots. thankyou Hyohyo-ah! "
Director Jang tersenyum melihat semua gambar yang telah diambil.Sungguh dia berpuas hati dengan kerja Jihyo. Sebab itulah, Jihyo antara model kegemarannya yang memang Director Jang sayangi. Jihyo sekadar menghela nafas lega sebelum keluar dari kawasan photoshoot.
" okay semua model perempuan- berkumpul disini cepat. yang lelaki boleh dismiss ya"
Arah Puan Lee.Salah seorang yang juga menguruskan modelling department bersama Director Jang. Maka semua pelajar perempuan yang ada berkumpul tanpa sebarang bantahan.
" kamu semua akan diberi tugasan baru yang tak pernah kita buat sebelum sebelum ni "
Kata Puan Lee bersemangat. Senyuman yang tidak pasti maknanya bergayut dibibir wanita diseparuh usia tua itu." apa dia, Puan Lee? "
Soal seorang model bernama Anna. Dia betul-betul teruja. Puan Lee tersenyum suka sebelum memberi isyarat supaya Director Jang pula berkata-kata." kamu akan berkolebrasi bersama pelajar dari acting photographer department! Kamu semua akan menjadi model mereka. dalam tugasan dia, kamu akan bantu mereka dapat gred yang baik, mereka juga akan bantu kamu dapat gred yang baik. menguntungkan dua dua pihak lah katakan "
Penerangan dari director Jang mendatangkan jeritan suka dari para gadis itu. Sungguh mereka tahu pelajar-pelajar dari department itu kebanyakannya kacak-kacak belaka.
Sementara Jihyo hanya beriak biasa. Langsung tidak teruja seperti gadis-gadis lain. Padanya benda ini leceh. Cuba kalau dia dapat partner yang tidak boleh memberi kerjasama dengan baik?
Pasti jadi sukar buatnya. Setelah agak lama berdiam diri, Jihyo mengangkat tangan nya, mahu bersuara.
" ya, miss universe Jihyo? "
Soal Puan Lee sekali bergurau." kami yang akan pilih partner atau pelajar dari department tu yang akan pilih? "
Soal Jihyo ingin tahu.
" mereka yang akan pilih "
Jawab Puan Lee yakin.Maka terdengarlah bunyi-bunyi keluhan kesal. Melepas mereka mauu memilih Park Jimin atau Jeon Jungkook, ahli hot boys yang dikenali sebagai Bangtan.
" okay mereka dah sampai, tolong jaga kelakuan kamu semua okay, girls! "
Puan Lee memesan atau lebih kepada memberi arahan. Tidak mahu dimalukan oleh gadis-gadis dihadapannya itu.Maka kelihatanlah 12 orang lelaki kacak dari acting photographer department.
Mata Jeon Jungkook lantas bertemu mata Jihyo. Jungkook tersenyum samar. Jihyo hanya kekal dengan wajah tanpa riaknya. Walaupun sebenarnya Jihyo sudah berdoa agar dia dapat Jungkook sebagai partner nya.
YOU ARE READING
[C] LOVERBOY
FanfictionA Jeon Jungkook Fanfiction. ❝ cinta saya ni memang boleh dipakai buang ya ? ❞ ❝ maafkan saya. saya tak bermaksud untuk punah hati awak ❞ he's, my loverboy . start: 28Sept2018 end: 7Dec2018 ❈#14 in fanfiction (8Oct2018) ✿#6 in fanfiction (21Oct2018) ...