Don't Let Go ;
Loverboy. | Jjk♡ ♡ ♡
|| Seoul City, December 18
“ lagi seminggu, kita akan berkahwin. awak happy, sayang? ”
Lengan kekar Jeon Jungkook melingkar erat dipinggang tunangnya. Jihyo tertawa geli apabila lehernya terasa dicium.“ mestilah saya happy! setahun lebih bercinta dengan awak dan akhirnya kita akan jadi suami isteri. siapa aje tak happy, hm? ”
Jihyo memusingkan badan yang tadinya dipeluk Jungkook dari belakang.Pipi lelaki kacak itu dikelus lembut. Jungkook memejamkan matanya, menikmati setiap sentuhan Jihyo diwajahnya. Jihyo tersenyum.
“ saya.. tak sangka yang kita dapat bertahan. yalah, awak tahu— ramai yang cuba kacau laluan kita ”
Jihyo mula membuka bicara kepada topik yang lebih serius.Kedua tangan Jihyo mula melingkari leher Jungkook.
“ sebab kita lakukan ni bersama. kita ada bila satu dari kita perlukan sokongan. sebab tu, we can make it together till the end, baby ”Selesai berkata-kata, Jungkook mencium lama puncak kepala gadis kesayangannya.
“ saya cintakan awak. hanya awak. biarpun bidadari datang jemput saya, awak tahu saya akan pilih awak, kan? ”Jihyo tersenyum senang mendengar kata-kata tunangnya. Wajahnya disorokkan didalam dada bidang Jungkook. Berada dekat dengan Jungkook, seolah-olah berada ditempat yang sangat selamat.
“ sayang, saya perlu balik. nanti apa pula omma awak fikir kalau saya bermalam disini, dengan awak ”
Usik Jungkook sebelum menyeringai. Terus dada bidangnya dipukul oleh Jihyo.“ gatal ya! ”
“ gatal pun dengan awak aje, sayang! ”
Terus wajah Jihyo dihujani dengan ciuman kilat. Ketawa dua pasangan bahagia itu meletus juga akhirnya. Bahagia.Buat masa ini, mereka benar-benar bahagia.
♡ ♡ ♡
“ Kookie dah ready untuk minggu depan? ”
Soal Puan Ahn Hae kepada anak lelakinya yang saat itu sedang berbaring diatas pehanya.Wanita diusia 50an itu tersenyum senang melihat anggukan dari Jungkook.
“ nanti Kook dah jadi suami orang.. Kook dah tak boleh manja-manja dengan omma macam ni dah, tahu? ”Puan Ahn Hae mengusap perlahan kepala anak lelakinya itu. Walaupun Jungkook bukanlah darah dagingnya, tetap saja Puan Ahn Hae sanggup bertumpah darah demi nya.
“ siapa kata tak boleh? ”
Seloroh Jungkook. Ibunya hanya mampu ketawa perlahan.
“ iya la iya. ikut Kook lah nanti. selalu-selalu lah bawa Jihyo balik rumah omma ni, okay? ”Jungkook berdecit suka. Dia tahu ibunya itu terlalu gembira untuk akhirnya dapat menjadi ibu mertua kepada seorang gadis pilihan Jungkook.
“ iya omma. Kook janji. oh ya, Wonu hyung kemana? dah lebih dua bulan kook tak nampak dia ”
Soal Jungkook tiba-tiba. Puan Ahn Hae mengeluh berat.“ dia dengan kerja-kerja dia dipejabat lah. mana lagi, kan? ”
Jungkook sekadar mengiyakan kata-kata ibunya sebelum kepala memikirkan sesuatu.‘ adakah ini bermaksud dia terima tawaran aku tentang syarikat tu? jadi— dia tak akan kacau Jihyo dah, kan? ’
Bisik hati kecil Jungkook. Sungguh dia risau.Risau jika Wonwoo akan melakukan sesuatu. Sudahlah perkahwinan dia dan Jihyo akan berlangsung lagi seminggu. Dalam tempoh seminggu itu, bermacam yang boleh Wonwoo cuba lakukan.
Serabutnya kepala Jungkook saat itu tiada siapa yang tahu.
♡ ♡ ♡
“ hey, kau kata kau mahu Jeon Jungkook jadi milik kau. kenapa sampai sekarang kau tak buat apa-apa? ”
Soal Wonwoo naik berang dengan Roseanne.Namun tanpa sedikit pun rasa gentar, Roseanne tersenyum sinis.
“ mereka akan berkahwin lagi seminggu, wonu-ah ”
Kata Roseanne tenang.“ ya, aku tahu ”
Balas Wonwoo mahu tidak mahu. Sakit hatinya bila memikirkan yang Jihyo akan dimiliki Jungkook sepenuhnya tidak lama lagi. Sungguh dia serabut dan tertekan.“ aku akan rosakkan majlis mereka nanti, Wonu. jadi tak perlu lah kau serabut-serabut fikirkan pasal mereka ”
Dahi Wonwoo berkerut mendengar kata-kata Roseanne.“ wah— kau berani dan gila! ”
Roseanne menyeringai suka dengan reaksi yang diberi Wonwoo.
“ kau perlulah gila untuk merosakkan sesuatu benda, kan? ”“ Rosey Rose Rosey. kau tahu, kau gila dan menarik. kau boleh dapatkan lelaki lain selain adik aku tapi kenapa? ”
Jemari Wonwoo mengusap bibir bawah Roseanne Park dengan pandangan seolah-olah sedang menggoda.“ sebab hati aku mahukan adik kau. hati, tak boleh diundur dan diubah sesenangnya, encik Jeon ”
Tenang Roseanne membalas. Jari Wonwoo yang ada pada bibirnya digigit perlahan.Wonwoo diam. Hati lelakinya sedang berbolak balik. Kenapa dia rasa yang dia mempunyai satu rasa aneh buat gadis didepan nya itu? Apa dia sudsh sukakan Roseanne?
Dia tidak pasti tetapi keinginannya untuk memiliki Jihyo masih ada. Atau sebenarnya, Jeon Wonwoo sudah lama mati rasa terhadap Jihyo.
Cuma dia tidak mahu kalah pada adiknya, Jungkook. Sebab itulah dia tetap mahu mengejar Jihyo sehingga keakhirnya. Kesiannya Jeon Jungkook.
Orang lain dihari perkahwinan, abang akan berada disebelahnya tetapi Jungkook tidak. Abangnya bakal merosakkan perkahwinan dia bukannya menyokong.
[ TO BE CONTINUED ]
2 more parts and this story
will meet its finale!
votes and comments also support my new
short story series_
YOU ARE READING
[C] LOVERBOY
FanfictionA Jeon Jungkook Fanfiction. ❝ cinta saya ni memang boleh dipakai buang ya ? ❞ ❝ maafkan saya. saya tak bermaksud untuk punah hati awak ❞ he's, my loverboy . start: 28Sept2018 end: 7Dec2018 ❈#14 in fanfiction (8Oct2018) ✿#6 in fanfiction (21Oct2018) ...