➽ TFL; 029

1.7K 252 35
                                    

The Fallen Love ;
Loverboy. | Jjk

♡ ♡ ♡

“ sekejap! ”
Jihyo berlari anak kearah pintu apartment nya apabila bunyi ketukan dan loceng kedengaran. Tanpa melihat siapa yang hadir, terus pintu utama dibuka luas.

“ j-jeon? ”

Mata Jihyo sedikit terbuntang. Seingat dia, sudah hampir sebulan mereka tidak bertegur sapa.
“ sayang ”
Jungkook tersenyum sedikit. Tanpa menunggu kata balas,

Terus Jungkook menolak perlahan tubuh Jihyo lalu pintu apartment gadis itu ditutup rapat.
“ apa awak nak buat ni, Jeon? ”
Soal Jihyo apabila Jungkook mula mengunci pintu.

“ saya nak selesaikan semua ni, sayang. tapi sebelum tu, bagi saya peluk awak dulu. saya betul-betul rindukan awak ”
Dengan itu, terus Jungkook menarik Jihyo kedalam pelukannya.

Cairan hangat mula tumpah dari takungan mata Jeon Jungkook. Untuk kesekian kalinya, dia menangis kerana seorang perempuan. Perempuan yang dia sangat sayang selain ibunya.

Perlahan-lahan, Jihyo membalas pelukan Jungkook. Akhirnya Jungkook mampu tersenyum bahagia. Dia fikir Jihyo akan menolak dan memarahinya namun ternyata dia salah.

i miss you.. i miss you.. i miss you so bad, baby
Ucap Jungkook berkali-kali. Pelukan semakin diperkemaskan. Air mata Jihyo juga mula mengalir.
nado

Walaupun jawapan Jihyo ringkas, ia bisah mendatangkan rasa lega dan syukur dalam diri Jungkook. Pelukan dileraikan sebelum bibir jungkook memagut bibir lembut Jihyo.

Ciuman penuh lembut mereka bertukar kepada ciuman yang hangat. Menjadikan ruangan itu penuh dengan bunyi ciuman dan desahan kecil. Dan tanpa amaran, tubuh Jihyo dicempung Jungkook.

Lalu tubuh kecil gadis kesayangan nya dibawa ke kamar tidur dan diletakkan diatas katil. Ditindih tubuh Jihyo sebelum sekali lagi menyambar bibir yang sangat dia rindui.

Baru sahaja Jungkook mahu membuka butang teratas baju tidur Jihyo, tangan nya dihalang.
“ awak kata.. awak kata nak selesaikan semua ni dulu.. ”

Ucap Jihyo dengan nafas yang agak tidak teratur. Jungkook merengus perlahan.
“ ya. maaf, sayang. bangun ”
Akhirnya Jungkook membatalkan niatnya sebentar tadi.

Dia dan Jihyo bangkit dari pembaringan.
“ duduk sini, sayang ”
Arah Jungkook sambil menepuk pehanya. Tanpa kata bantah, Jihyo terus melabuhkan punggung diatas peha Jungkook.

Sempat Jungkook mencium puncak kepala Jihyo sebelum memandang Jihyo dengan pandangan yang penuh dengan rasa cinta dan sayang.
“ kita dah terlalu kerap bergaduh.. ”

“ awak tak penat ke? saya selalu jadi punca kita bergaduh.. tinggalkan saya dan cari yang lain ”
Kata Jihyo setelah pandangan mata dia dan Jungkook dileraikan.

“ tak, tak penat dan bukan salah awak. sayang, dengar sini. walau apa pun jadi, selagi awak tak bencikan saya sepenuh hati awak, saya akan tetap ada dengan awak ”

Balas Jungkook, ikhlas. Dia terlalu sayangkan Jihyo. Mana mungkin dia meninggalkan gadis cantik itu begitu sahaja. Itu sangatlah mustahil. Senyuman hangat Jungkook beri kepada Jihyo.

[C] LOVERBOYWhere stories live. Discover now