Don't Let Go ;
Loverboy. | Jjk♡ ♡ ♡
Jungkook yang baru sahaja hendak masuk kedalam bilik hotelnya terkejut mendengar suara jeritan Jihyo dari dalam. Segera pintu dirempuh masuk.
" jihyo?! "Suara Jungkook ditinggikan. Dia semakin hampir ke kamar utama. Alangkah terkejutnya Jungkook melihat rakan karib merangkap lelaki yang telah dia anggap seperti seorang abang sedang menindih tubuh teman wanitanya.
Segera langkah Jungkook mara merapati Jimin lalu tubuh Jimin ditolak sangat kasar sehingga Jimin terdorong kebelah kanan. Badan Jimin kemudian jatuh keatas lantai.
Langsung Jihyo masuk kedalam dakapan erat Jeon Jungkook.
" Jimin hyung?! what the fuck are this?! why are you here and.. what did you do to my girl?! "
Tegas kedengaran suara Jungkook.Uratnya juga mula timbul, matanya memerah dan nafasnya turun naik tidak teratur menahan rasa marah. Jimin sekadar tersengih sinis setelah dia berdiri dihadapan katil.
" aku nak dia "
Selamba Jimin berkata.Jelas kelihatan api kemarahan didalam pandangan mata Jungkook yang menikam Jimin.
" kau gila ke hyung?! kau tau dia aku punya jadi apa yang kau cuba lakukan ni?! "
Jungkook melepaskan pelukan Jihyo kasar.Kakinya mara mendekati Park Jimin. Tanpa sebarang kata lagi, wajah dan perut Jimin ditumbuk Jungkook berkali-kali sehingga Jimin rebah. Jeritan Jihyo yang meminta Jungkook untuk berhenti pun hanya diendahkan.
" Jeon Jungkook, berhenti! tolonglah berhenti! "
Jihyo sudah mula merangkul kemas pinggang Jungkook dari belakang. Serta merta pergerakan Jungkook mati. Dia memalingkan wajah memandang Jihyo.Air mata gadis kesayangan nya itu masih deras mengalir.
" kau- pergi pakai baju! biar aku uruskan lelaki tak guna ni! "
Kata Jungkook separa menjerit. Jihyo dibuat terasa hati. Sudahlah Jungkook menjerit padanya, malah panggilan saya awak juga sudah ditukar." cukup, Jeon. tolonglah cukup. apa awak nak bunuh dia ke baru awak akan berhenti? awak nak dia mati? "
Sindir Jihyo dalam tangisnya. Jungkook sekadar memandang Jihyo tajam. Rahang dikejap beberapa kali." Jimin, aku tak kisah kau okay atau tidak, keluar sekarang. keluar sebelum kau kena lagi sampai kau mati! "
Mendengarkan amaran Jungkook, Jimin tersenyum sinis sebelum kembali berdiri.Walaupun sukar, tetap sahaja Jimin mencuba. Jimin tersenyum polos kearah Jihyo seolah-olah dia tidak pernah melakukan perbuatan yang salah kepadanya. Jungkook yang perasan akan hal itu sedaya upaya mencuba untuk kekal sabar.
Setelah Jimin keluar dengan menghempas kuat pintu bilik hotelnya, Jungkook kembali fokus pada Jihyo. Perlahan, rasa marah Jungkook mengendur.
Pandangannya menjadi sayu dan sedih. Wajah Jihyo sudah merah, pasti kerana menangis terlalu banyak dan demam yang masih belum kebah. Laju Jungkook menyambut Jihyo apabila gadis cantik itu tiba-tiba pengsan.
" ya tuhan, apa yang jadi ni? kenapa aku tak pernah nampak yang Jimin hyung seteruk itu..? "
Akhirnya air mata Jungkook menitis sebelum dia menyembamkan wajahnya kerambut Jihyo yang masih lagi tidak sedarkan diri." maafkan saya sebab jerit pada awak, sayang "
Oh Jeon Jungkook, tak penat ke kau menangis untuk hanya seorang perempuan?
YOU ARE READING
[C] LOVERBOY
FanfictionA Jeon Jungkook Fanfiction. ❝ cinta saya ni memang boleh dipakai buang ya ? ❞ ❝ maafkan saya. saya tak bermaksud untuk punah hati awak ❞ he's, my loverboy . start: 28Sept2018 end: 7Dec2018 ❈#14 in fanfiction (8Oct2018) ✿#6 in fanfiction (21Oct2018) ...