Beginning of Love ;
Loverboy. | Jjk♡ ♡ ♡
Jihyo cuba menahan air matanya dari tumpah saat melihat berkeping-keping gambar yang Jimin tunjuk padanya.
Ya, sekarang gadis cantik itu berada disebuah cafe bersama dengan Park Jimin. Mereka makan tengahari bersama.
Jimin hanya diam memerhati Jihyo yang masih lagi menatap gambar didalam iphone nya. Gambar Roseanne Park sedang duduk beriba dengan Jeon Jungkook.
" maaf, hyo. tu yang saya nak awak tengok. Jungkook curang dibelakang awak. takkan saya nak diam je. saya kesian pada awak sebab tu saya bagitahu ni "
Jimin mencapai tangan Jihyo yang memang berada diatas meja. Digenggam lembut tangan halus itu.
" saya.. tak percayakan semua ni.. "
Sayu sahaja suara Jihyo." saya pun sama hyo. saya ingatkan Jungkook setia tapi rupanya.. "
Jimin berpura-pura hampa dengan sikap Jungkook. Oh sungguh hebat lakonan lelaki kacak itu.Jihyo mula bangkit dari duduk lalu menarik tangannya yang digenggam Jimin tadi.
" maaf, Jimin. saya perlu pergi "
Jihyo terus berlari tanpa menghiraukan jeritan dari Jimin.BUPP!!
jihyo jatuh terduduk saat melanggar tubuh tegap seseorang. Kepala digosok sambil mengomel. Terus hilang rasa mahu menangis dia tadi. Perlahan kepala didongakkan.
Mahu memandang apa yang telah dia langgar tadi.
Cukup.
Dunia Song Jihyo bagai berhenti berpusing.
Masa juga seakan akan berhenti bergerak.
Degupan jantungnya pula seakan akan tidak berdetak lagi." Jeon.. Wonwoo.. "
Terpacul juga nama lelaki yang telah dia langgar tadi. Lelaki kacak bermata tajam tadi merendahkan badannya. Sekarang dia sama aras dengan Jihyo." sayang.. jumpa pun awak "
Wonwoo terus menarik Jihyo kedalam pelukan hangat nya. Jihyo yang memang perlukan seseorang sekarang ini kerana hati dia hancur hanya biarkan.Malah dia membalas pelukan hangat Jeon Wonwoo. Dan Jimin yang tadinya mengejar Jihyo melihat Jihyo dipeluk lelaki lain. Dia merengus kasar.
" fuck. selepas Jeon Jungkook, ada orang lain ke yang perlu aku singkirkan? "
Jimin mencarut sebelum beredar dari situ dengan marah yang tertahan." shuhh.. kenapa menangis ni, sayang? tak apa, saya ada dengan awak ni "
Wonwoo memujuk Jihyo tidak ubah seperti memujuk anak kecil. Yang mana berjaya menenangkan gadis cantik itu.♡ ♡ ♡
" kenapa ni, hyo? kau nampak serabut " kata Ethan prihatin terhadap rakan karibnya itu. Dia malah sanggup membatalkan janji temunya dengan Areum kerana Jihyo menghubungi dia secara tiba-tiba.
" Eth.. kau tahukan aku dengan Jungkook bercinta..? dah 6 bulan lebih, Eth "
Luah Jihyo.
" pasti. sudah pasti aku tahu. i mean, boleh nampaklah cara Jungkook tu. memang sayangkan kau "Jihyo tersenyum sinis mendengar kata-kata Ethan.
" sayang huh? Eth, dia curang dibelakang aku "
Tersedak Ethan apabila mendengar apa yang Jihyo beritahu.
YOU ARE READING
[C] LOVERBOY
FanfictionA Jeon Jungkook Fanfiction. ❝ cinta saya ni memang boleh dipakai buang ya ? ❞ ❝ maafkan saya. saya tak bermaksud untuk punah hati awak ❞ he's, my loverboy . start: 28Sept2018 end: 7Dec2018 ❈#14 in fanfiction (8Oct2018) ✿#6 in fanfiction (21Oct2018) ...