The Fallen Love ;
Loverboy. | Jjk♡ ♡ ♡
“ siapa yang hantar awak balik tadi? ”
Kedua bahu Jihyo terhincut tanda dia terkejut apabila satu suara menyapanya secara tiba-tiba.“ Jungkook? macam mana awak boleh masuk? ”
Soal Jihyo memandang Jungkook tidak percaya. Spontan Jungkook mengjungkitkan kedua bahunya.“ saya masih ada kunci pendua yang awak bagi, sayang. saya risaukan awak jadi— bagilah saya jaga awak untuk dua tiga hari, okay? ”
Terang Jungkook. Dia bangkit dari duduknya.“ keluar, Jeon. saya tak perlu awak jaga saya. saya dah besar dan saya bukannya sakit teruk pun ”
Balas Jihyo, masih dengan egonya yang tinggi melangit.Jungkook menghela nafas panjang.
“ jangan degil, sayang. lagipun saya rindu awak. dah hampir 2 bulan kita tak jumpa, tak bercakap. tolonglah— awak nak seksa saya selama mana lagi, sayang? ”Luah Jungkook. Jelas kesedihan dan keperitan dimata lelaki kacak itu. Pasti sahaja dapat melembutkan hati Jihyo. Namun, ego tetap ego.
“ saya perlukan masa lagi, Jeon ”Jihyo melarikan pandangan dari terus memandang wajah kesakitan Jeon Jungkook.
“ masa untuk apa?! saya tak pernah curang! semua ni— Roseanne Park tu, dia gila! saya rasa dia rancang semua ni sebab, dia sukakan saya! ”Balas Jungkook tidak berpuas hati. Dia menapak mendekati Jihyo. Langkahnya dimatikan betul-betul dihadapan Jihyo. Kini, mata mereka berdua bertembung.
Dalam kedua mata mereka, punya rasa sakit, punya rasa kecewa dan paling penting, masih punya rasa cinta. Berbeza sedikit dari Jungkook, mata Jihyo sudah berkaca.
“ hey, jangan menangis. saya ada dekat sini sekarang dan saya tak pernah curang. tak akan pernah curang. I'm yours and you are mine. Please stop hurting both of us ”
Nada suara Jungkook seolah-olah dia sedang merayu. Sambil itu, jari Jungkook menyingkirkan cairan jernih yang keluar dari mata cantik gadisnya.
“ Jeon.. ”
“ ya, sayang? saya ada disini sekarang. berhenti menangis ”
Tanpa sebarang kata lagi, Jihyo memeluk erat tubuh tegap Jungkook. Wajah disembamkan pada dada bidang lelaki kacak itu.Jungkook tersenyum sambil mengusap rambut Jihyo. Oh sungguh dia rindukan dakapan erat Jihyo padanya.
“ saya sayangkan awak, sayang. dan hanya awak. tak ada orang lain dah dalam hati saya ni ”Selesai mengungkapkan kata cintanya pada Jihyo, Jungkook mencium puncak kepala Jihyo. Penuh rasa sayang. Namun dalam kepalanya, ligat memikirkan sesuatu.
Siapa— yang menghantar Jihyo pulang dari hospital? Jungkook seolah-olah pernah melihat kenderaan mewah bewarna putih itu. Sungguh dia ingin tahu siapa.
♡ ♡ ♡
“ Joshua ”
Panggil Wonwoo yang baru sahaja melabuhkan punggung diatas sebuah kerusi empuk.
“ ya, tuan Jeon? ”
Joshua melangkah mendekati Wonwoo.“ Song Jihyo orang yang aku suruh kau selidik tempoh hari lalu, apa sahaja maklumat yang kau dapat? ”
Mata tajam Wonwoo menikam mata Joshua Hong.
YOU ARE READING
[C] LOVERBOY
FanfictionA Jeon Jungkook Fanfiction. ❝ cinta saya ni memang boleh dipakai buang ya ? ❞ ❝ maafkan saya. saya tak bermaksud untuk punah hati awak ❞ he's, my loverboy . start: 28Sept2018 end: 7Dec2018 ❈#14 in fanfiction (8Oct2018) ✿#6 in fanfiction (21Oct2018) ...