➽ BOF; 014

2.1K 214 17
                                    

Beginning of Love:
Loverboy. | Jjk

♡ ♡ ♡

" baby, lunch dengan saya "

" no, tak boleh. saya dah janji nak lunch dengan Eth la. maaf, Jeon "

" awak tahu— awak perlu dahulukan your boyfriend first. so, Eth atau saya, boyfriend awak sekarang ni, baby? "

Jihyo merengus perlahan. Mahu sahaja dia mematikan panggil pada saat itu juga.
" please? dinner nanti saya janji dengan awak. di apartment awak "

Jihyo cuba memujuk. Bukan dia tidak suka mahu makan tengahari dengan Jungkook yang merangkap teman lelakinya namun Jihyo dah ajak Ethan, tak akan nak batalkan pula.

Jungkook diam buat seketika.
" panggil saya sayang dan saya benarkan awak lunch with your lovely bestfriend "
Jungkook mengusik.

Kalaulah Jungkook berada dihadapan Jihyo pasti gadis cantik itu akan nampak dengan jelas senyuman nakal Jeon Jungkook.

Jihyo yang merasakan syarat itu terlalu mudah, menurut tanpa bantahan.
" sayang, saya nak lunch dengan Ethan tapi saya janji, I'll make it up to you tonight. please, sayang? "

Suara Jihyo sengaja dimanjakan. Hal itu mendatangkan getaran pada hati Jungkook. Oh sungguh dia tidak berdaya menolak kemahuan Jihyo pada saat ini.

Jungkook berdehem.
" permission granted. take care okay, baby? "
Balas Jungkook akhirnya bersetuju. Maka terlahirlah senyuman girang dibibir mungil Jihyo.

" yay! thankyou sayang! "
Panggilan terus dimatikan oleh Jihyo. Terus gadis cantik itu menapak keluar dari kawasan tempat parkir kereta.

Alkisahnya, semasa Jihyo baru sahaja sampai di U, Jungkook menelefon dia dan ajak dia makan tengahari bersama.

Namun terpaksa Jihyo tolak kerana pagi tadi dia telah mengajak Ethan Park terlebih dahulu. Lagipun pada Jihyo, untuk meletakkan Jeon Jungkook sebagai priority nya adalah terlalu awal.

Jihyo menapak penuh gaya memasuki pejalan kaki utama U tersebut. Cermin mata hitam yang dipakai diperbetulkan sedikit.
" Hyohyo! "
Mati langkah Jihyo.

Dia menoleh kemudian tersenyum apabila melihat Anna sedang berjalan menuju kearahnya.
" hai Anna! eodiga? "
Soal Jihyo. Anna tidak menjawab malah dia mula melangkah bersebelahan Jihyo.

" saje! saje nak tegur hyo sebab hyo nampak lain hari ni! "
Kata Anna bersemangat. Jihyo mengerutkan dahi. Lain? Dia rasa sama sahaja.

" maksud awak apa, Anna? "
Soal Jihyo ingin tahu.
" nampak lebih berseri— macam orang dilamun cinta! "
Seloroh Anna bersahaja.

Pipi Jihyo dibuat berbahang hebat. Dia pasti mukanya sedang memerah saat ini.
" e-ehh? mana ada lah. merepek je awak ni, Anna "
Nafi Jihyo cuba untuk tidak tergagap.

Anna sekadar tersengih. Bukan dia tidak perasan dengan wajah Jihyo yang kian membahang dan memerah. Tapi sengaja Anna tak tegur. Tak mahu buat Jihyo bersa tidak selesa.

[C] LOVERBOYWhere stories live. Discover now