Don't Let Go ;
Loverboy. | Jjk♡ ♡ ♡
{ typo ahead }
" jimin hyung.. please.. jangan bagitahu Jihyo pasal ni. please, hyung. I'm begging you. please keep this secret "
Jimin tersenyum sinis mendengar rayuan demi rayuan yang ditutur oleh Jungkook.
" kau takut, ya? takut bila dia tahu, dia pergi? "Soal Jimin sinis sahaja bunyinya. Jungkook hanya diam. Pandangan nya juga sedari tadi hanya ditundukkan. Sumpah dia malu untuk memandang Jimin. Jungkook fikir, dia lebih teruk dari Jimin. Walhal, Jimin itu sudah meniduri lebih dari 10 orang gadis.
Jauh beza dari Jungkook yang masih belum pernah meniduri mana-mana wanita. Kejadian dirumah Roseanne beberapa jam yang lalu juga hanyalah satu kesilapan. Syukur Jimin datang dan memberhentikan perlakuan Jungkook tadi.
" tolonglah, hyung. kook tak mahu kehilangan Jihyo lagi dah "
Sayu sahaja bunyi suara Jungkook. Jimin sekadar mengeluh perlahan.
" dahlah. pulanglah, kook. mesti semua orang sedang cari kau. dah hampir pukul 1 pagi ni "Lembut Jimin berkata. Tangan nya juga menepuk perlahan bahu Jungkook. Terus wajah Jungkook diangkat lalu membalas pandangan dengan Jimin.
" hyung, baliklah sekali dengan kook. batalkan penerbangan esok "Jimin tertawa perlahan dengan permintaan jungkook itu.
" kook, ticket flight tu mahal tahu? sirius terlalu membazir kalau batalkan. lagipun, hyung tak layak ada dekat dengan korang semua sampai lah hyung betul-betul berubah nanti "Terang Jimin dengan senyuman sayu. Jungkook dibuat diam untuk seketika.
" kenapa hyung kata macam tu? "
Perlahan Jungkook menyoal. Sekali lagi Jimin tersenyum.
" sumpah, hyung lah lelaki yang paling keji atas dunia ni "Cukup dengan satu ayat Jimin itu, Jungkook terus mendiamkan diri. Dapat dia lihat dengan jelas rasa bersalah mengalir dalam mata Jimin.
♡ ♡ ♡
Bamm!!
Bangtan dan Jihyo terus memandang kearah pintu utama yang dihempas kuat. Langsung Jihyo yang tadinya menangis didalam pelukan Jin berdiri tegak. Gadis cantik itu berlari kearah Jungkook yang baru sahaja pulang.
" sayang! awak okay? awak dari mana? kenapa lewat sangat awak balik? "
Soal Jihyo berdas-das sambil memeluk lengan sasa Jungkook. Namun, spontan Jungkook menepis kasar tangan kecil Jihyo dengan rengusan geram.Jihyo dibuat terkesima.
" awak..? kenapa ni? "
Soal Jihyo lembut. Sekali lagi dia cuba mencapai lengan Jungkook namun kasar ditepis.
" Jeon Jungkook! "
Teriak Namjoon.Namjoon seolah-olah memberi amaran keatas perangai Jungkook pada Jihyo yang padanya agak kasar dan tidak logik.
" tolong, jihyo. bagi saya bersendirian dulu. jauhlah— serabut dan merimaskan, tahu?"
Sinis Jungkook berkata.Kepala Jihyo tertunduk kerana mahu menyembunyikan airmata nya yang sudah mula bertakung. Jungkook sekadar memandang Jihyo sekilas sebelum melangkah ketingkat atas. Jeritan dari Bangtan juga dihiraukan begitu saja.
Sekali lagi Jihyo ditarik kedalam pelukan Jin. Dia mengusap perlahan belakang badan Jihyo, memujuknya mungkin.
" mungkin, kookie penat atau ada masalah. jihyo jangan lah menangis. bagi dia sikit masa, okay? "
Jihyo sekadar mengangguk." hyo, hyo tidurlah dalam bilik Tae dulu. tak perlu masuk bilik kookie. biar dia seorang dulu. Tae pula boleh tidur dengan Jin hyung "
Cadang Taehyung yang mana dipersetujui semua orang termasuk Jihyo." dah, pergi tidur, hyo. jangan fikirkan sangat pasal Jungkook tu. esok dia okay lah tu. good night "
Kata Yoongi sebelum mencium kilat dahi Jihyo. Pastinya sama seperti ahli bangtan yang lain, mereka menganggap Jihyo bagaikan seorang adik perempuan.Sementara didalam bilik, Jungkook terbaring diatas katil dengan kepala yang kusut. Pertama, kusut kerana mengenangkan dia hampir meniduri Roseanne Park dan kedua, kusutnya bertambah apabila dia tidak sengaja melayan Jihyo dengan layanan yang dingin.
" dia tidur dimana? "
Soal Jungkook sendirian apabila dia berpaling kesisi dan Jihyo tiada disebelahnya. Perlahan Jungkook bangkit dari baring dan duduk dibirai katil. Lelaki kacak itu menghela nafas berat.Jungkook kemudian melangkah kearah sebuah meja yang ada dipenjuru bilik. Diatas meja tersebut terdapat gambar dia bersama Jihyo. Ditatap lama wajah Jihyo.
" maafkan saya, sayang. kalau lah awak tahu, pasti awak akan pergi jadi untuk kali ini, saya terpaksa tipu awak "Perlahan Jungkook berbicara pada gambar tersebut. Akhirnya, Jungkook terlelap dengan kepala beralaskan meja keras itu.
♡ ♡ ♡
" eth, haritu Jihyo bertunang, awak tak pergi? "
Soal Areum saat merasakan tangan Ethan melingkari pinggang nya.
" malangnya, tak "
Balas Ethan sebelum menyembamkan wajah kedalam leher jenjang Areum.Areum tertawa perlahan, geli.
" tak baik, tahu? dia kan kawanbaik awak, hm? "
Lembut Areum bertutur. Tangan Ethan berpindah tempat, menyentuh perut Areum yang jelas kelihatan bonggolan bayi. Sengaja jarinya dimainkan disitu." macam mana saya nak pergi kalau hari tu awak dan baby perlu buat check up dihospital? "
Soalan dibalas soalan. Areum menarik segaris senyum.
" tapi- dia kan bestfriend awak dan saya dah cakap, saya boleh pergi sendiri "" untuk hal ni, ya dia bestfriend saya. tapi, awak Areum, bakal isteri saya. siapa lagi penting? "
Sungguh senyuman dibibir Areum melebar hebat.
" lagipun, Jihyo dan Jungkook bertunang, bukan kahwin pun. kalau kahwin tu ya, wajib saya pergi! "Bersungguh Ethan berkata-kata yang mana mendatangkan tawa Areum.
" bila awak akan jumpa dia? setahu saya, selama awak sampai Seoul ni, awak belum pernah jumpa Jihyo kan? "
Soal Areum lagi. Entah mengapa dia begitu ingin tahu." hm, belum. tapi tak apa, esok saya pergi. awak ikut, ya? "
Balas Ethan beserta ajakan. Perlahan areum memusingkan badannya. Kini, dia dan Ethan berbalas pandangan.
" saya.. segan "
Mata Areum berlari dari terus memandang Ethan." awak segan? segan sebab perut awak ni ada baby? Segan sebab awak dah bergelar ibu? atau segan sebab awak dah tak ke kuliah dan cita-cita awak seolah-olah tak akan tercapai lagi dah selepas ni? "
Areum terdiam seribu bahasa mendengar perlian Ethan itu.Ethan menghela nafas berat.
" Areum sayang.. biarkan semua tu. perdulikan apa yang mahu orang lain kata asalkan awak tahu yang saya akan sentiasa ada dengan awak "
Bisik Ethan perlahan sebelum mencium dahi Areum, penuh kasih sayang.[ TO BE CONTINUED ]
votes and comments!
sorry for the late update, guys_
©JammyChimz_2018
YOU ARE READING
[C] LOVERBOY
FanfictionA Jeon Jungkook Fanfiction. ❝ cinta saya ni memang boleh dipakai buang ya ? ❞ ❝ maafkan saya. saya tak bermaksud untuk punah hati awak ❞ he's, my loverboy . start: 28Sept2018 end: 7Dec2018 ❈#14 in fanfiction (8Oct2018) ✿#6 in fanfiction (21Oct2018) ...