Sulking - chapter 11

96 10 7
                                    

Jade berjalan menujuh ke cafeteria untuk membeli air mineral sebab harini dia lupa membawa air putih dari rumah.

Sudah dua minggu dia berada di sekolah ini dan hari ini adalah hari yang pertama dia lupa bawa air ke sekolah.

Sakit hatinya dengan Haqim belum redha lagi. Adakah patut lelaki itu menyuruhnya a.k.a memaksanya memasuki kelas tambahan Add mathh dan Science? bila masa dia kata dia lemah subject itu? dan kalau dia memang tak boleh nak faham sekalipun guru kan ada? kelas tambahan itu untuk orang yang tak boleh bawak subject tu atau sebut secara kasar kelas itu untuk orang yg lemah sahaja and setakat ni dia boleh faham apa yang cikgu ajar.

sesungguhnya benda yang berkaitan dengan paksaan ini dia paling benci! dan mamat tu boleh pulak arah aku masuk kelas tambahan tu tanpa aku rela? kau memang nak carik nahas.

kau tunggu kat rumah ehh mamat peliks!

membara sekali hatinya. sakit hatinya itu tidak dapat dibendung lagi.

Tekak yang sedia haus ni tambah perit oleh kerana sakit hatinya!

budak Haqim ni la kan, suka hati tulang belakang telinga mulut dia je! buat something tak pernah nak bincang dengan dia dulu. sakit hatinya dia tahan sahaja.

kenapa semua benda mamat tu nak control? apa ingat aku ni budak lagi kah?

Buang masa je la pergi kelas tu. aku ada banyak lagi kerja nak buat. masa aku akan terbuang sebanyak dua jam semata mata turun kelas tu padahal kat rumah aku boleh je study atau buat revision.

Tapi mamat tu ruined everything! dia rosakkan waktu weekend aku. yang sepatutnya aku rehatkan minda dan otak.

You ruined everything Haqim!

Jade meneruskan langkah laju. dalam dia membebel maki hamun budak Haqim tu tiba-tiba..

Bukk!

aduhh siapa pulak yang celik pandai langgar aku yang besar gedabak ni? tak nampak aku yang nak bertukar jadi hulk ni? buta ke apa? takde mata? ke sengaja menambahkan minyak yang dah memang mendidih ni?

"ehh buta ke?" sinis empunya suara yang melanggar Jade itu.

ewahh ewahh kauu... engko yang langar aku dulu.

Jade yang dah jatuh menyembah lantai tu menoleh kepalanya ke atas. siapa la manusia yang bertuah yang langgar aku ni? eyyy takde manner ke? hormat takde? dah lah langgar orang.

Jade berdiri sendiri tanpa bantuan. gerangan yang melanggarnya tadi hanya berdiri di depannya dan melihatnya dengan pandangan sinis.

"excuse me, you yang langgar I then you kata I yang buta? whats a innocent human being" Jade berkata geram sambil membersihkan belakang baju yang kotor terkena habuk lantai tadi.

"kau cakap apa? innocent? oii kau yang langgar aku dulu lepastu kau nak salahkan aku? weh budak baru yang mentah! jangan nak acah suci ehh. kau yang langgar aku dulu" Bergetar suaranya. cuba menahan amarahnya.

Jade menaikkan bebola matanya ke atas. huh malas nak layan orang macam ni. please jauh dari aku. buang masa nak bertekak dengan orang macam ni.
l"okay im sorry okay? IM SORRY" Jade mengalah. malas melayan benda remeh ini. baginya buang masa dan kalau mereka bertengkar hanya di sebabkan perkara kecil ini baginya agak kebudak-budakan dan memalukan.

Jade membuka langkahnya untuk pergi dari situ. malas melayan perempuan itu. ye orang yang melanggarnya adalah seorang perempuan. kalau tak, takdenya ayat pedas dan sinis itu dikeluarkan.

"ehh kau nak kemana ahh pompuan? aku belum habis cakap lagi dengan kau!" perempuan itu berkata sambil menahan lengan Jade untuk beredar dari situ.

Jade berkerut dan mengigit bibirnya menahan bengang. huh sabarrrr kau still budak baru lagi Jade jangan buat hal..

Her (Completed) Where stories live. Discover now