Sorry - chapter 26

74 7 0
                                    

Haqim merebahkan tubuhnya di atas tilamnya yang empuk itu. Huh, legahnya exam dah habis. So far okay lah semua dia jawab paper takde susah sangat soalan itu, cuma iya lah stress tu mood tak baik melanda salah timing, thats why haqim stress. Haqim memejamkan matanya.

Habis exam ni cuti seminggu dan termasuk cuti raya jadi dua minggu. Minggu depan dah mula cuti. Dah tiga minggu umat islam berpuasa, siapa sangka minggu depan adalah jumaat terakhir dalam Ramadhan. Sedihnya nak tinggalkan Ramadhan. Hari ini dia balik awal dari sekolah. Pukul satu suku dah sampai rumah, tadi abangnya Daniel jemput dari sekolah. Katanya abah tak dapat nak jemput sebab ada meeeting dengan client.

Bulan bulan puasa macam ni kalau petang selalu buat apa ya? nak study exam dah habis. Kalau nak makan pun agak-agak lah ni bulan puasa kut. Kalau nak main kat taman luar matahari tengah panas. Baca blog? scroll twitter? Insta? Ke tengok YouTube? Bosannya hidup kalau macam ni. Budak Jaddy tu buat ya agaknya? Ye, budak tu masih marahkan aku. Hari ini dah masuk hari ke lima kitorang tak bercakap. Tadi masa dalam kereta pun dia buat-buat tak nampak aku. Aku dibuatnya macam tak wujud doh, dia layan Daniel je. Diorang cerita pasal kuih raya dan baju raya. Aku hanya mampu jadi pendegar je lah. Malas jugak aku nak menyampuk. Dah orang tak nak layan kita, kita nak buat apa? Diam lagi bagus.

Tapi kata Nad aku ego. Aku ego ke? Mengapa aku rasa Nad macam memihak pada Jade? Aku buat benda betul kut? Tapi Nad kata lagi aku kena mengalah? Nad suruh aku mintak maaf kat Jade? Betul kata abah, benda yang paling susah manusia ungkapkan adalah ungkapkan kata maaf tu. Kita mintak maaf tak semestinya kita salah or kalah, kita mintak maaf sebab kita tahu memaafkan adalah sifat yang mulia dan Allah suka.

Nad sampai bagi Hadis sent kat WhatsApp lagi. Saja mamat tu perli sehari memang tak bahagia hidup dia. Saja buat aku rasa bersalah.

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." (Surah Al-Hujurat: 10)

Kelebihan orang yang memaafkan orang lain ini adalah mendapat kecintaan dan keampunan daripada Allah serta mendapat pembelaan daripada-Nya. Apa yang penting kita berusaha memperbaiki ukhwah tersebut dan mahu cuba perbaiki kesilapan diri untuk tidak lagi mengulanginya. Dalam islam kalau kita tiga hari tak bertegur berdosa besar. Aku dengan Jade bukan setakat tiga tapi dah lebih dari tu. Ya Allah berdosanya aku..

Haqim menekup wajahnya dengan tangan. Ingat pasal dosa jadi takut pulak. Dah lah bulan puasa, bulan mulia kut. Kau nak ke Haqim Allah tak terima semua amal kebaikan yang kau dah buat? tak rasa sia-sia? Kau tak rasa rugi? Allahuuuu.

Haqim telan air liur. Eiii.. aku kalau bab dosa pahala ni mula cuak. Agak-agaknya, aku ni dapat masuk syurga tidak ni? alahai, pehal rasa macam semacam je ni.

Haqim bangun dari pembaringannya. Teleponnya dia ambil di laci meja sebelah katilnya. Unlock screen. Ikon WhatsApp di tekan, nama Jade di cari.

Haqim

Jade. lepas asar main basikal round taman jom?

Tengok Jade tengah online, butang sent ditekan. Setelah beberapa saat menunggu Akhirnya Jade typing.

Jaddy

Assalammualaikum.

Terus mati senyuman Haqim mendadak. Elemak aih. Jawapan kau takde yang lebih deep lagi ke? okay aku deep sena nya.

Haqim

Walaikumsalam. Jom lah petang ni round taman. Aku bosan.

Jade

Her (Completed) Where stories live. Discover now