Our Second Meet - Chapter 44

71 7 3
                                    

Berita berkenaan kepulangan Aunty Nur sekeluarga itu mula tersebar ke semua keluarga. Haqim diam merenung pisang goreng uminya itu. Fikirannya melayang entah ke mana.

Betul ke dia akan pulang? Takkan..

Dia tak mungkin pulang. Kepulangan Aunty Nur dengan suaminya tiga tahun lepas pun Jade tiada bersama dan sekarang mungkin juga dia tidak mahu ikut pulang?

Haqim menjongketkan bahunya dan berdiri membawa cawannya ke sinki.

"Kau nak ikut tak pick up diorang?" Soal Daniel yang tengah duduk menikmati minum petang itu buat Haqim tersentak.

"Ape?"

"Kau nak ikut ammek diorang ke?" Soal Daniel lagi. Entah sampai mana dah kau mengelamun emirhaqim.

Kening Haqim berkerut. Diorang?

"Maksud kau Aunty Nur dengan husband dia kah?" Soal Haqim sungul.

"Haa ye la. Takkan nak ammek minah saleh pulak bawa balik rumah." Balas Daniel sarkastik.

"Tengoklah macam mana. Tengah hari esok kan?" 

"Ye."

"Diorang tumpang rumah kita ke?"

"Tumpang? Diorang ada rumah sendiri lah. Duduk rumah diorang lah." Daniel memandang adiknya pelik. Kenapa slow sangat Haqim hari ni?

"What do you mean?" Bulat mata Haqim. Uminya sudah tersenyum memandangnya. Mesti anaknya itu senang kalau tahu berita yang satu itu.

"Rumah diorang kat mount kiara tu dah siap.." Kata Daniel.

"Diorang akan tinggal kat sini. Tak balik sana dah." Ujar Puan Enaida.

"Serious talk lah?" Haqim terkulat-kulat.

"Aunty Nur dengan husband dia je.." Kata Daniel ingin melihat riaksi adiknya itu. Uminya hanya tersenyum nakal.

"Ouh.." Terus berubah riak mukanya. Dia meneruskan basuhannya. Cawan di letakkan pada tempatnya, usai itu dia terus naik ke atas.

Haqim sudah agak pun yang dia takkan balik. Kalau dia ada sekali pun itu cuma hanya mimpi. Sedar lah Haqim, dia memang takkan balik. 

Jade. Takkan. Balik.



XXX


Nad mula mengambil tempat duduk di depan Haqim.

"Kau dah order ke belum?"

"Belum. Aku tunggu kau." Ujar Haqim dan meletakkan telephone di atas meja.

"So hows?" Soal Nad. Haqim mencebik memandangnya.

"Kalau ye pun, order lah dulu. Aku lapar ni." 

"Okay.."

Order di buat. Sementara tunggu makanan sampai Nad menyoalnya lagi. Dia tak sabar dengar cerita kawannya itu.

"Aunty Nur hari ni balik Malaysia.." Ujar Haqim.

"Jade ade sekali ke?"

"Nope. Aunty Nur dengan husband dia je." Nad memandangnya sepi.

"Aku rasa kau perlu buat something lah Qim."

"Buat pa?"

"Sampai bila kau nak macam ni? Orang lain dah kawin dan ada anak dah pun."

Her (Completed) Where stories live. Discover now