New Place - chapter 6

112 17 0
                                    

Jade membuka matanya. kepalanya terasa berat sekali. Tadi sampai sahaja di rumah Aunty Ida setelah wanita itu menunjukkan biliknya dia terus mencari katil untuk tidur.

Aunty Ida kata dia mahu masak untuk lunch dan sementara itu dia disuruh rehat.

akibat terlampau penat dia terus memejamkan matanya dan tidak sedarkan diri.

dia mencapai telephone yang berada di meja bersebelahan katilnya. unlock screen. "huh its already 10 PM! lama jugak aku tidur"

Dengan malas dia bangun sambil menggosok lembut matanya. suasana bilik itu gelap hanya cahaya lampu dari tingkapnya sahaja kelihatan.

dia turun dari katilnya dan melangkah menujuh ke bilik air.

hal pertama dia mahu lakukan ialah mandi. dari kemarin lagi dia belum menukar pakaiannya itu. badannya juga sudah melekit dia rasakan.

Dia memandang sekeliling bilik itu. bagasi aku mana? dia yang masih berkeadaan mamai tu mencari cari beg bagasinya. semua alat mandi dan pakaiannya itu berada di dalam beg tersebut.

pandangannya jatuh di tepi almari makeup. terdapat sebuat cermin besar dan di tepinya dia melihat beg bagasinya berada disitu. asal kat situ? hmp maybe budak tadi kot yang angkat. Jade meneka sendiri.

Tanpa membuang masa dia menapak ke arah beg bagasinya itu lalu membukanya. Dia keluarkan tuala mandi yang berwarna pink itu lalu menyangkutnya di bahu serta alatan mandi juga dikeluarkan.

Melihat tuala yang berada di bahunya membuatkan Jade tersenyum. colour pink? every mom in this world always know what their children want and what they don't. rinduu mama.

Dia meneruskan langkahnya ke bilik air, suis on di tekan serta merta bilik mandi itu terang dengan cahaya lampu lalu menutup pintu kamar mandi itu dan membersihkan dirinya. sesungguhnya dia memerlukan kesegaran sekarang.

XXX

Setelah hampir 20 minit membersihkan dirinya. Baju tidur berwarna rose gold itu sudah pun tersarung di tubuhnya. rambutnya yang basah itu digosok lembut menggunakan tuala kecil sambil berjalan ke arah cermin bulat besar yang berada di almari makeup.

setelah dua minit menilik tubuhnya di cermin tersebut dia bergerak kearah beg bagasinya. esok je lah aku kemas pakaian ni, tak pun sumbat je masuk dalam almari HAHAHAHA! Dia berkata dalam hatinya sambil mengeringkan rambutnya basah itu.

dia mengeluarkan selipar tidur dari beg bagasinya. hehe colour pinklah. Jade love you mommy. Dia memang tahu tiada lain dan bukan orang yang memasukkan alamende tu semua kecuali ibunya. semua barang-barang keperluan Jade ibunya sediakan. semuanya kena dengan citarasa Jade dan itu semua adalah yang diperlukan oleh Jade.

Mom, you are the best mommy in the world!

Jade mengambil keputusan untuk turun ke bawah. tekaknya terasa perit dan pahit.

I need some water right now!

Dia rasa dahaga dan ingin membasahkan tekaknya. Jade menuruni satu persatu anak tangga itu sambil mengosok lembut rambutnya menggunakan tuala kecil.

Tiba di bawah dia pelik. Dia memandang sekeliling ruang tamu itu. asal gelap? Ni baru pukul 10 for not mistaken. hmp maybe diorang da tido kot?

Jade meneruskan langkahnya ke dapur. dia menujuh ke peti ais yang terletak di hujung sudut lalu membukanyaa. dia menundukkan sedikit kepalanya mencari cari air putih di dalamnya.

Dia bernyanyi kecil sambil mengeluarkan botol mineral dan satu botol lagi air yang berisi susu jenama Dutch Lady.

sebelum tu dia ambil gelas yang telah tersedia di atas meja lalu menuang susu Dutch Lady tersebut ke dalam gelasnya.

Her (Completed) Where stories live. Discover now