Subuh - chapter 23

67 9 0
                                    

"Jade. Bangun sahur Jaddy." Kedengaran sayup-sayup Puan Enaida memanggil Jade di depan pintu bilik milik Jade. 

Dia turun dari katilnya sambil mengusap lembut kelopak matanya lalu membuka langkahnya kearah pintu. Arggg nak tido lagiii. 

Jade membuka pintunya bilik. 

"Dah bangun?" 

Jade tidak menjawab. Matanya amat mengantuk dia rasakan sekarang ni. nak tido balik boleh tak? semalam dia tido pukul 1 pagi buat homework dan study.

"Umi dah nak turun ni." Jade memejamkan matanya. Dalam keadaan dia berdiri matanya dipejam.

"Heh budak ni. Boleh pulak tidur balik. Bangun sahur" Puan Enaida menarik Jade tubuh Jade sampai ke toilet.

"Awal lagi lah Umi.." Ya Allah... Pak guard sekolah belum bukak pagar lagi.

"Pergi basuh muka tu. Nanti kejut Adek dengan Dani turun bawah tau."Jade hanya mengangguk dalam keadaan mamai. Jade tahan kantuknya.

"Turun bawa tau.." 

"Lepas basuh muka jade turun ye Umi."

"Kejut Haqim dengan Abang Dani tau."

"Ye, ye.." Jade menganggukkan kepalanya macam burung belatuk.

XXX

"Haqim wake up!"

Tubuh Haqim digerakkan perlahan. Siapa pulak yang berani kacau sleeping handsome aku ni? aku bagi makan epal snow white nanti baru tau! terus tido tujuh kaki bawah tanah.

"Woiii wake up!!" Ni mesti budak Jaddy ni kejutkan. Kalau Umi takdenya kasar macam ni. aishhhh kacau betul lah.

Haqim hanya membiarkan saja tangan yang sibuk menggoncang tubuhnya. Nasib baik berlapik. Aku dah lah penat, tired, letih! tak paham bahasa punya! 

"Emir Haqim Azahari! Bangun lah cepat! semua orang dah tunggu kat bawah dah tu!" Jerit Jade ditelinganya. Wahhh!! pecah gegendang telinga aku ni! siapa nak ganti kalau telinga aku pekak? nak tukar telinga dengan dia? tak nak aku. 

"Yang jerit-jerit kat telinga aku ni kenapa? aku tahu lah nak bangun sendiri" Kata Haqim yang masih dalam keadaan mamai. Jade hanya menyerotkan bibirnya mengajuk perlahan kata kata Haqim sebentar tadi.

"cepat bangun. Umi dah lama tunggu kat bawah tu. Dari tadi orang kejut tak reti-reti nak bangun."

"Kenapa ni? Malam-malam  kejut aku. Aku mengantuklah. Esok pagi tak boleh ke?" aihh kacaulah orang tido.

"Bangun sahur la!" Jerit Jade ditelinga Haqim. Menyirap pulak aku orang yang tak reti bangun ni. tidur mati ke ape? alah Jade kau pun sama. Haqim menekup telinganya.

"Kau nak bagi aku pekak ke, ha?!" marah Haqim. Sumpahhh bingit siaa!

Jade hanya tersenyum sinis.

"Kalau tak nak pekak, turun bawah cepat. Semua orang dah tunggu tu" Jade terus menuruni anak tangga. 

Haqim yang sedang mengantuk tu mula naik darah. Kacau betul lah minah ni! tak boleh tengok orang senang sikit. Ade je yang nak di kacaunya.

Lepas basuh muka Haqim terus turun bawah. Mukanya? Jangan cakap lah... Masam habis. Jade hanya tersenyum kambing melihatnya. 

"Adek tidur pukul berapa malam tadi? lesuh je muka tu." Tanya Umi yang sedang menuang teh panas itu.

"pukul 12 macam biasa umi." Mendatar sahaja suaranya.

"Selalu tidur lambat. Tak baik tau tidur lambat nanti terbiasa. Benda tu tak sihat untuk tubuh" Umi dahhh start dahhh, dahh start. Umi dengan Jade takde beza, 24 hours nagging.

Her (Completed) Where stories live. Discover now