Us - Chapter 59

113 6 1
                                    

"Makan." Arah Haqim.

"Tak nak." Jawab Jade tidak beriaksi.

"Makanlah.. Awak tak makan lagi dari semalam.." Lembut Haqim memujuknya. Dari semalam sampai sekarang Jade masih melayannya dingin. Tidak bercakap, ajak borak pun dia balas acuh tak acuh saja. Dia seolah-olah mengelak.

"Arahan suami mana boleh ingkar, nak jadi isteri derhaka ke?" Haqim mempamerkan wajah seriusnya.

Jade memandangnya dengan pandangan tidak puas hati. Eyy mamat ni saja je kan?Akhirnya Jade mencapai pinggan di atas meja. Ouh, mentang-mentanglah sekarang dah pegang title suami boleh suka hati arah-arah orang kan?

Haqim mencedokkan nasi ke dalam pinggan Jade. membuntang mata Jade.

"Banyaknya! I tak boleh habiskan nanti." Jade mendengus geram.

"Habiskan." Biar dia makan banyak, kurus betul isterinya ni, tapi pipi macam pau.

"Tak nakk!" Jade sudah menghentakkan kakinya di lantai.

"Nak jadi isteri derhaka?" Haqim menaikkan sebelah keningnya.

Jade mendengus dan menyuapkan nasi dan lauk ke dalam mulutnya. Ya Allah, aku hidup dengan dia ni selama-selamanya. Tolong lah kurangkan sikit sifat mengarah dia tu.

"Kalau I tak boleh habiskan, you tolong makan dan habiskan." Jade menunjukkan jari telunjuknya ke arah Haqim.

Haqim sekadar mengangguk.

"Ye, ye. Saya bantu awak habiskan kalau awak tak boleh.."

Suapan demi suapan. Dengan hanya berapa suapan sahaja perutnya dirasakan sudah penuh. 

"I tak boleh dah." Jade mencapai air dalam gelas yang Haqim tuangkan untuknya.

"Sikit lagi tu.."

"Im full.." Jade menggeleng manja.

"Alah, sikitnya awak makan?"

"Kata tadi kalau i tak boleh habiskan, you tolong i habiskan?" Jade menjuihkan bibirnya.

"Okaylah, okaylah, saya tolong awak makan. Kita sama-sama habiskan ye.." Haqim merapatkan tubuh pada Jade.

"No. I dah tadi, sekarang you pulak yang habiskan."

"Nope. Kita sama-sama habiskan." Haqim menyuap nasi ke mulutnya.

"I dah kenyang..."

"Nope. You have to." Haqim menyuakan makanan itu ke mulut Jade. Jade menggeleng laju.

"Say aaaaa, open your mouth sayang.." Haqim memujuknya lembut.

Mahu tidak mahu Jade terpaksa membuka mulutnya. Dia terpaksa menelan makanan itu walaupun perutnya sudah penuh.


XXX


Haqim sudah selesai solat isyak. Setelah habis berdoa Haqim melipat sejadah lalu meletakkan sejadah tersebut ditempat asalnya serta kopiah yang dipakai juga di buka dan dia simpan di atas sejadah itu.

Kelihatan Jade sedang leka dengan laptopnya di atas sofa panjang yang bersebelahan dengan meja kerja miliknya yang terdapat di hujung sudut berhadapan dengan tingkap. Langsir tersebut sudah di buka. Dari dulu sampai sekarang Jade suka letak meja belajar atau meja kerjanya berhadapan dengan tingkap.

Haqim mengambil tempat di sisih Jade. Mengeras badan Jade apabila tersedar Haqim sudah duduk di sebelahnya. Dia buat-buat tidak nampak Haqim. Di tepinya ada sedikit ruang, Jade mengesot sedikit ke tepi. Mukanya jangan cakap lah takut habis.

Her (Completed) Where stories live. Discover now