Kejadian Hitam - Chapter 46

65 8 0
                                    

"Good morning Jaddy." Ibunya datang bersama makanan di atas dulang. Senyuman manis di ukirkan untuk anaknya itu.

Kelihatan anak perempuan itu sedang tekun melakukan rutin hariannya.

"Good morning too mom." Jade tersenyum lembut. Tiada siapa yang tahu makna senyuman itu.

"Tadi aunty Ida call. Dia ada tanya pasal Jade." Beritahu Ibunya. Mendengar ucapan ibunya itu buat senyuman bertukar jadi dingin.

"Sampai bila nak mengelak?" Soal ibunya yang sedang membuka langsir biliknya. Suasana biliknya itu tidak seceria dulu. Tiada lagi hiasan-hiasan gembira dan kata-kata semangat yang selalu dia gantungkan. Semuanya suram dan gelap.

Dia membiarkan soalan ibunya itu sepi dan meneruskan lukisan yang tergendala tadi. Berus yang satu lagi di ambil dan di contengkan di atas kertas putih di depannya itu. Begitulah rutin hariannya. Melukis, menulis, membaca dan menonton movie atau drama. Dia tidak bergaul langsung dengan orang sekelilingnya. Grandma, Mommy dan daddy-nya sahaja temannya.

"Mommy ke dapur dulu, hari ini kita ada appointment dengan doctor. Jangan lupa." Ibunya itu beredar dari situ.

Setelah bayangan ibunya itu hilang dari pandangan, Jade meletakkan kembali batang berus melukis tersebut di tempat asalnya. Dia mengeluh perlahan. Tujuh tahun..

Tujuh tahun dia cuba kuat untuk semua ini dan cuba sebaik mungkin untuk tidak mengingati kejadian itu tetapi dia gagal.

Kejadian tujuh tahun lepas yang meragut lima puluh nyawa pelajar Archbishop Carroll High School dan hanya dua orang sahaja yang terselamat. Dia dan guru vocalnya yang terselamat daripada kemalangan itu.

Kejadian itu masih segar diingatannya.

"Help.."

"Help.."

"Help us.."

Kedengaran sayup-sayup suara itu. Dia cuba membuka matanya tetapi kesakitan yang dialami membantutkan segalanya. Banyak darah yang mengalir dia rasa begitu hanyir dan pekat sekali. Dia cuba bergerak tetapi gagal. Sebelum kejadian bas yang terbalik jatuh ke gaung itu, badannya terlempar keluar dari tingkap bas tersebut. Dia rasakan kejadian itu bagai mimpi, Di terhumban keluar dan sekarang dia terkulai lemah di jalan raya yang sunyi lengang itu.

Panas terik mentari buat dia semakin lemah, dia rasakan nyawanya sekarang bagai berada di hujung tanduk.

"Assyaduhallahilahailla..Waassyhaduanna..Muhammadurrasullulah.."

Terngiang-ngiang di kepalanya ucapan yang pernah Haqim ucapkan.

Nafasnya tersekat-sekat dan kesakitan yang di rasakan di wajah dan di belakang tubuhnya sangat hebat. Wajahnya dia rasakan sangat sakit dan mencucuk-cucuk. Bagai ada sesuatu benda halus yang masuk dan menoreh wajahnya.

"Mommy.."

Airmatanya merembes keluar dengan banyak. Kesakitan yang amat dasyat dia rasakan. Inikah yang dinamakan roh terpisah daripada jasad? Sangat yang amat dasyat. Tiada bisa menandingi kesakitan ini.

Adakah kematian semakin hampir? sakaratul maut adalah kedahsyatan, tekanan, dan himpitan kekuatan kematian yang mengalahkan manusia dan menguasai akal sihatnya.

Kedengaran bunyi siren ambulan, dia sudah tidak mampu bertahan. Kesakitan yang tidak terperih itu tidak dapat lagi ditanggungnya.

Gelap dan sunyi dia rasakan..

Detak jantungnya laju, nafasnya tersekat-sekat dia rasakan. Jade memegang dadanya. Dia sesak nafas dan sukar bergerak. Hampir setiap malam dia mimpi dan hadapinya benda yang sama. Her heart was racing and her breath came quickly Her heart was starting to flutter. He come again.

Her (Completed) Where stories live. Discover now