Solat - chapter 15

103 15 8
                                    

Suasana lengang pada petang itu. Jade duduk di pondok depan surau sekolah sambil bermain dengan phonenya. tunggu usrah si Haqim yang tak habis lagi.

Usrah pelajar perempuan buat di surau manakalah bagi pelajar lelaki pulak di bilik redaksi bangunan block B.

Jade membelek aplikasi WhatsApp dan Instagramnya. Masih penuh dengan message dan comments. malas nak balas satu persatu. nanti je lah dan sampai sekarang ibunya belum menelefonnya. Teringat pasal itu buat Jade terus mengeluh perlahan.

Dia malas mahu fikirkan benda itu. apa nak jadi, jadilah. im so tired of this.

Bosan tengok feed news di instagram dia bukak aplikasi YouTube pulak. search tutorial cara-cara nak pakai tudung dan shawl di type.

Sedang Jade leka menonton tutorial shawl di YouTube sampai tak pandang sekeliling, ada bunyi hon menyapa gegendang telinganya dan dengan pantas dia mengangkat kepalanya. hampir terlepas telephonenya di tangan. eyyy terkejut aku kau tauu. kurang asam! Melihat gerangan yang berada di dalam kereta itu buat dia menjeling tajam. tersengih kerang busuk budak berdua itu.

ahh eloklah tu hon hon orang. beradap sangat perbuatan itu Encik Nazreen. Jade terus bangun dari tempat duduknya. dia memasukkan hands-freenya ke dalam beg sandangnya lalu masuk ke dalam perut kereta.

"korang ni kan, lain kali jangan buat macam tu lagi"

Emir di depan, Naz yang pandu kereta. budak tu memang bawak kereta pergi sekolah pun. budak hot stuff kat sekolah Sri Gombak lah katakan. tadi pergi usrah ni tumpang Naz lah. sebab abah kerja so tak boleh ambil. umi pulak ada meeting dengan persatuan.

"hehe sorry Jade. Kau tu yang fokus sangat sampai kereta depan kau pun tak nampak" Ujar Naz. Tangannya menekan pedal minyak lalu kereta itu pun bergerak.

"baik sangatlah perangai. Korang kenapa lama sangat?" soal Jade.

"Kitorang singgah surau solat asar tadi"
Jawab Haqim.

Jade mengangguk diam. dia mahu solat asar jugak tadi tapi dia tidak pandai solat sendiri. Jade nak sangat pandai solat sendiri. Tidaklah dia susah nanti bila sendiri atau bila umi atau Haqim tiada sebab selama ni kalau di rumah dia hanya solat berjemaah dengan umi atau Haqim. Dia hanya memandang ke luar tingkap dan menghembus nafas perlahan.

Melihat pemandangan luar lagi bagus.

"kau tengok apa je dalam phone kau? sampai tak perasan kereta depan kau?" soal Emir buat Jade tersentak.

"takde benda pun. I tengok tutorial shawl kat YouTube"

"tutorial shawl?" Soal Haqim. kepalanya di tolehkan sedikit kebelakang. Tidak tahu pulak dia sampai Jade senekad itu.

"cit kau sarung je la tu tudung tu kat atas kepala. tak payah susah-susah tengok tutorial bagai" Ujar Naz.

"Alaa Jade nak tahu jugak macam mana nak pakai ala mende ni semua. Jade tak reti lah. By the way umi ada banyak belikan Jade shawl dan tudung bawal. so, nak jugak tahu macam nak lilit shawl tu atas kepala"

"pakai tudung bukan sebab nak lawa Jaddy. lelaki bukan suka sangat tengok perempuan yang kuat melaram ni" Haqim berkata perlahan sebab tanak patahkan semangat Jade.

"hahahahahhaha kan?" Sokong Naz yang tengah memandu.

Haqim bukan apa, tapi ye la dia takut gadis itu terikut-ikut dengan budak perempuan sekolah mereka. Ada yang pakai tudung sebab nak lawa je. ada pulak yang kat kawasan sekolah je pakai, luar sekolah tudung terbang entah ke mana.

"Sorry, girls pakai bawal ke shawl ke tudung sarung ke bukan untuk impress lelaki. We don't really care about your opinion pakai apa lagi cantik. Kitorang pakai yang senang iron dan bentuk je" Balas Jade. Haqim ni kan selalu misunderstanding dengan ape aku buat.

Her (Completed) Where stories live. Discover now