Solat 2 - chapter 20

78 12 0
                                    

Jade fokus membaca satu persatu ayat terjemahan itu. Rehat kejap sementara tunggu azan isyak. Harini memang penat. Penat dengan kejutan hahaha! Tak sangka semua kawan-kawan classmate celebrates birthday Jade. Rasa macam terharu sangat.

Cakap pasal sambut birthday tadi Haqim ada bagi hadiah untuk birthday Jade. Jade belum bukak lagi hadiah tu. Kata Haqim dia tanak bukak depan dia. Dia suruh bukak kat rumah. Nanti lah lepas ni bukak. Curios ni.

"Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah)"

Kakinya terasa lenguh sedikit itu dia luruskan ke hadapan sambil membaca satu persatu ayat terjemahan itu. Berkerut kerut keningnya untuk memahami perkataan-perkataan yang terdapat dalam tafsir Quran tersebut.

Tanpa dia sedar Haqim telah pun duduk di sebelahnya. Laptop di bawa bersama.

Fokus sangat sampai Haqim duduk pun dia tidak perasan.

"Kau baca apa?"

Jade sedikit tersentak lalu menoleh ke tepi. mamat ni lah kan suka sangat datang tanpa mukadimah tau. At least bagi lah salam dulu ke? eyy terkejut aku di buatnya.

"Tengah baca newspaper ni haa" dah tahu aku tengah baca tafsir quran tanya lagi.

Haqim menaikkan sebelah keningnya.

"Tak, maksud aku surah apa?" Ujar Haqim.

Aiii sejak bila pandai buat loyar buruk minah ni?

Jade membelek muka surat tafsir tersebut.

"Errr yang ni" Jade menujukkan muka surat yang dia baca tadi kepada Haqim.

"Ouhh yang ni. Surah al-baqarah" Haqim mengangguk faham. Sambil itu dia menatap screen laptopnya. Dahi Jade bertaut.

"Baqarah tu apa maksud dia?"

"Surah Al-Baqrah adalah perkataan arab iaitu سورة البقرة‎ yang bermaksud '​lembu betina'. Surah ini merupakan surah kedua dan terpanjang dalam Al-Quran yang mengandungi 286 ayat"

Jade dari tadi hanya menggangguk kan saja kepalanya. Macam burung belatuk pun ada.

Mereka diam seketika. Jade menyambung semula bacaan yang tergendala tadi. Haqim pulak kembali fokus dengan laptopnya.

"Haqim" Jade menutup buku tafsir Quran ditangannya lalu di bawa ke dada memeluknya.

"Ye?" Pandangan Haqim masih fokus di screen laptopnya.

"Apa maksud solat? And why must we take a pray?" Soal Jade ingin tahu.

Haqim yang tadinya fokus dengan laptopnya itu berhenti lalu memandang muka Jade.

Innocent like always.

Haqim tersenyum dan menjawab.

"Solat ni dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan. Dari segi syara, solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang di mulai dengan takbir berserta niat dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat tertentu" Jade fokus memandang Haqim yang menerangkan pasal solat itu.

" solat adalah bukti kehambahan manusia dan ketuhanan Allah.
Firman Allah yang bermaksud sesungguhnya Akulah (Allah) tiada tuhan melainkan Aku. oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku (Taha [20:14])"

"Islam ditegakkan dengan konsep Tawhid (Tuhan yang satu), konsep ini dicernakan dalam bacaan al-Fatihah (ayat 5). Oleh itu, orang yang tidak mendirikan solat sebenarnya tidak mengiktiraf ketuhanan Allah. Sebab tu kita kena solat. Dalam surah Al-Maa Ida cakap
sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah)" panjang lebar Haqim menerangkan.

Her (Completed) Where stories live. Discover now