Hari-Hari Terakhir - Chapter 37

52 3 0
                                    

"Jade, Emir bagitau aku bulan depan kau nak pindah US balik. Betul ke?" Tanya Najwa sebaik sahaja duduk di kerusinya. Pagi-pagi macam ni orang yang paling awal datang sekolah Jade dan Anep ketua kelas diorang je ni. 

"Bila dia bagitau Naj?" Kening coklat Jade itu bertaut.

"Kemarin, habis meeting pengawas tu kitorang ada borak kejap." 

"Kenapa?" Sedari Jade hanya diam buat Najwa pelik dan sakit hati. Kawannya itu bila ada apa-apa tak pernah pun dia tahu melalui mulutnya mesti melalui orang lain. Suka sangat pendam aihh. Jade menghembus nafas berat.

"Bukan I, parents I yang nak I pindah balik US."

"At lest bagi kau habis spm lah, lepas tu baru kau balik sana." Najwa sedih.

"I already told my mom, I bantah sekalipun my parent tetap dengan keputusan diorang. I tak boleh buat keputusan Naj." Jade tunduk mengurut perlahan dahinya.

"Kau okay?" Najwa tahu itu bukan soalan yang sesuai sekarang.

"Tipu lah if i kata i okay.." Jade hanya senyum segaris.

"Kau sabar ok?" Najwa mengusap lembut belakang Jade. Dia tahu Jade sedih sekarang ni. Patutlah sejak kebelakangan ini sahabatnya itu tiada mood dan asyik termenung sahaja. Bukan dia tak nampak minggu lepas Jade menangis teresak-esak di dakapannya. Dia juga terkejut melihat Jade yang tiba-tiba menangis itu. 

"You wanna hug?" Najwa mendepakan tangannya. Dengan lemah Jade mendakapnya dan meletakkan dagunya di bahu Najwa.

Sometimes, there is more power in a good strong hug than in a thousand meaningful words.

"I don't know how Naj. I don't know... I still want to stay here.." 

"You have to Jade. Diorang syurga kau. Diorang buat semua ni untuk kau jugak."

"I really want to stay here.. Selamanya.."

"Semua parents dalam dunia ni nakkan yang terbaik untuk anaknya, dan your parents do what their supposed to do. Diorang nakkan yang terbaik untuk kau Jade. Maybe ni yang terbaik untuk kau." Najwa meletakkan tangannya di belakang Jade. Dia menikmati pelukan itu. Gonna miss this hug.

"Thank you Naj.." Jade mengeratkan perlukannya. Ya Allah tenangnya..

"Sokay Jade, aku faham. Kau sabar ya. Aku tahu kau kuat." Najwa menepuk-nepuk perlahan belakang gadis itu.

"Nanti nak bagitau diorang Iman tak pasal ni?" Soal Najwa. Dia risau sahabat-sahabatnya itu terkejut dan tak terima kenyataan je. US kut, bukan macam kl ke melaka or Cheras ke Gombak. Beribu batu and tak boleh naik kereta.

"Not now." Jade menggeleng.

"So? kau nak bagitau bila?"

"Esoknya boarding baru i bagitau diorang." Ujar Jade. Najwa berkerut.

"Whuts? wehh janganlah macam tu.. Aku takut diorang meroyan je." Najwa meleraikan pelukan itu dan menatap muka Jade yang tersengih-sengih tu. Eh budak ni cepat sangat bertukar mood. Kejap happy, in three second moody pulak, pastu boleh gelak-gelak pulak. Alahai Jade...

Meletus ketawa Jade.

"Mana dah lah. Hari ni i bagitau." Jade senyum, lesung pipit dalam dia muncul.

"Ermmm.." Najwa menghela nafas perlahan. Eyy ingat betul-betul nak bagitau last-last minutes. Kalau tak aku yang rasa bersalah dengan diorang si Iman tu.

Her (Completed) Where stories live. Discover now