Our Memories - chapter 35

46 8 0
                                    

Lepas je uminya bagitau dia pasal Jade nak balik ke US terus dia meluruh masuk ke dalam bilik gadis itu. Dia agak terkejut dan agak terkesan dengan apa yang di dengarnya itu. Sunyi sahaja keadaan bilik itu. Kipas tertutup dan langsir pun tidak di buka. Ke mana pulak minah ni?

"Jade.." Panggil Haqim. Dia menjenguk-jenguk kepalanya ke arah toilet yang agak sedikit terbuka pintunya.

Kelihatan sepi dan hanya bunyi detikan air sahaja kedengaran. Dia keluar dari bilik itu.

"Umi, Jade mana?" Soalnya sebaik sahaja menuruni tangga dan keluar mencari kelibat uminya.

"Jade keluar." Balas umi yang sedang menyiram bunga itu.

"Keluar? Keluar ke mana?" Bertaut keningnya. Heh tak pernah-pernah dia keluar budak tu.

"Ke rumah Najwa katanya." Ujar Puan Enaida.

"Ouhhh okay." Haqim kembali masuk ke dalam rumah.

Kenapa Jade tak bagitau eh pasal ni? Ke dia pun tak tahu? sebab umi cakap aunty Nur yang bagitau umi bukan Jade. Kalau dia nak pergi pun biar je lah. Kenapa aku pulak yang sedih. Bukan tu ke yang aku nak? nak tengok Jade happy. Jade mesti happy kalau tahu benda ni. kalau itu yang buat dia happy, kau pun mesti happy kan? tapi kenapa aku tidak rasa macam tu? sedih? ye aku sedih. US jauh kut, jarak pun bukan macam Johor ke kl dan bukan pula kelantan ke kl. Boleh naik bas.

Banyak persoalan yang ada di kepalanya. Haqim melangkah lemah masuk ke biliknya.

XXX

"Rasa dia best enn?"

"Best eh? Kenapa Jade rasa benda tu tak sedap langsung."

"HAHAHA kau bawang pun tak makan. Memang lah tak sedap."

Kedengaran riuh diorang bercerita. Belum masuk rumah lagi tu. Haqim yang sedang menonton tv itu menoleh kearah mereka yang sedang asyik berbual.

"Korang dari mana?" Soal Haqim. Kenapa aku tak tahu pun diorang outing ni?! hari ini memang semua orang outing tak ajak aku eh? Nad pergi genting dengan family, Afiq hiking pun dia tak di ajak. Sampai hati kan korang? Sedihnya hidup kalau macam ni.

"Aku pick up Jade dari rumah kawan dia tadi."

"Bukan kau ada kelas ke harini?"

"Sekali lah. Satu arah kan emirhaqim azahari?" Jawap Daniel. Kenapa adiknya hari ini? Soalan pun takde yang lebih bijak lagi ke?

"Ouhh." Haqim mengangguk seraya itu kepalanya kembali menatap screen tv. Entah kenapa dia tiba-tiba berjauh hati dengan Jade. Dia terasa hati sebenarnya. Geram dengan diorang ni.

"You tengok cerita apa?" Tanya Jade yang sudah melabuhkan punggungnya di sebelahnya. Soalannya di biarkan sepi oleh Haqim. Jade berkerut. Kelihatan dingin sahaja wajah Haqim.

"Tengok cerita apa tu?" Sekali lagi Jade menyoal. Kali ini dengan suara yang agak kuat. Mungkin tadi Haqim tidak dengar kut dia tanya.

Haqim melirik matanya ke Jade. Gadis itu sedang melihat wajah menanti jawapan dari bibirnya. Haqim tunduk dan menggeleng perlahan kepalanya. Hampir tidak kelihatan oleh Jade. Dia mengeluh bperlahan.

Kenapa aku pulak yang marah? Budak ni tak tahu apa-apa pun. Dia takde salah pun Emirhaqim.

"Tak tahu pun tajuk drama ni.." Jawabnya mendatar. Jujur dia pun tidak tahu cerita apa yang dia tengok sekarang. Dari tadi asyik tukar-tukar siaran. Bosan seharian di rumah jadi dia tengok tv lah, walaupun sebenarnya dia kurang gemar menonton tv.

Jade diam tidak menjawab. Haqim teragak-agak menanyakan soalan pada gadis itu.

"Jade.." haqim berjeda.

Her (Completed) Where stories live. Discover now