Di Pagi Raya - chapter 32

148 7 1
                                    

Malam raya orang selalunya main bunga api, main mercun, macam tu jugak dengan Haqim dan budak-budak lain di kampung itu. Haqim dan Daniel sangat gembira merayakan syawal tahun ni. Macam meriah je. Mungkin sebab ada Jade dan juga anak-anak Mak long kut. Meriah rumah Tok Ma dengan kedatangan sanak saudara yang datang dari bandar itu. Tok Ma apa lagi, bukan main seronok lagi dia. Sampai nak buat dodol, ketupat semua tu. Biasanya dodol kalau raya memang Tok Ma selalu beli je, entah kenapa raya tahun ni tergerak hati pulak Tok Ma nak buat dodol. Bukan selalu berkumpul ramai-ramai macam ni. Malam ni malam takbir, macam sedih je nak tinggalkan ramadhan.

Dengar bunyi takbir yang berkumandang tu buat hati syahdu dan pilu. Teringat keluarga yang jauh nun di sana. Tadi lepas berbuka Jade ada buat panggilan video dengan ibunya, sedih ibunya dia tiada di sisih. Pasal masalahnya dengan ibunya dia ketepikan dan malas mahu membahasnya, dia sudah malas mahu bertanya itu ini kepada ibu. Ibunya itu seakan faham dan menjelaskan perkara yang sebenarnya pada Jade. Jade sudah lupa pun sebenarnya. Kelihatan cengkung sedikit pipi ibunya itu. Risau jadinya hmpp.. Mommy, wish you be happy and healthy without me there.

"Tolong Tok Ma pasang langsir. Tak ada orang nak tolong panjat kerusi." Pinta Tok Ma lembut.
Haqim mengangguk sambil tersenyum kecil.

"Yelah, nanti Haqim pergi. Nak masuk bilik tukar baju kejap ni." Haqim terus berlalu ke biliknya.

Haqim memanjat kerusi yang dibawa dari meja makan itu dengan berhati-hati. Langsir yang berwarna coklat muda yang telah dipasangkan dawai itu dipegang dengan tangan kiri. Sudah bersedia untuk memasang ke tingkap. Kala itulah dia terdengar bunyi enjin motorsikal serta salam dari luar rumah.

Tok Ma serta Puan Enaida yang sedang menonton tv di ruang tamu itu memanjangkan lehernya ke pintu. Sementara Jade dan Ila yang sedang berdiri berhampiran dengan tingkap itu menjengukkan kepalanya. Kelibat seseorang yang sedang menaiki tangga itu membuatkan bibirnya sedikit melemparkan senyum. Dengan kain langsir di tangan dia menuju ke pintu.

"Woah meriah je rumah Tok Ma.." Muncul Harith dimuka pintu bersama senyuman manisnya.

"Harith ke?" Soalnya pada Harit yang baru saja sampai di muka pintu. Macam kenal tapi... Hmp, samar-samar diingatannya. Harit yang masih berbaju Melayu biru muda serta berkain pelekat kotak-kotak kecil itu tersengih.

"Yelah. Aku lah ni. Kau masih cam aku? Hensem tak aku?" Balasnya sambil ketawa kecil. Ila pula menjegilkan matanya. Kenapa semua sepupu lelakinya ini kuat perah santan sendiri erk?

"I think i know you but.. Bayangan dalam kepala samar-samar hehe" Jade tersengih sambil mengurut pelepisnya.

"You buat apa kat sini?" Bukan biasanya kalau malam-malam raya masing-masing sibuk membuat persiapan? Macam apa yang tengah dia buat sekarang. Tengah sibuk memasang langsir.

"Alah kau ni Jade. Aku memang macam ni. Malam-malam raya memang aku biasa datang sini. Kut-kut boleh tolong-tolong apa yang patut. Kat rumah aku tu, si Laila dah ada. Biar aje lah budak tu tolong mak aku." Balas Harit lagi.

"Apa hal yang duk berbual kat muka pintu tu Harit? Masuk berbual kat dalam lah." Tegur Tok Ma yang berada di ruang tamu.

Harith tersenyum dan sedikit menapak masuk ke dalam rumah.

"Yelah Tok Ma. Dah masuk lah ni." Jawab Harit. Matanya sempat menangkap renungan tajam dari Haqim yang sedang berdiri di kerusi itu. Namun dia hanya buat-buat tidak tahu dan melabuhkan duduk berhampiran dengan Jade yang masih sibuk mencucuk dawai ke langsir itu. Entah apa lah si Haqim tu? Ada aje yang tak kena kalau aku datang sini, keluh Harit dalam hati mengenangkan perangai adik sepupunya itu.

"Ha Harith. Mak kamu tengah buat apa kat rumah tu?" Soal Puan Enaida yang lama berdiam sejak tadi. Matanya sesekali memandang ke arah anak saudaranya itu.

Her (Completed) Where stories live. Discover now