The Truth - Chapter 47

68 7 1
                                    

Haqim memarkirkan keretanya di hadapan rumah agam itu. Kelihatan sunyi dan macam tiada berpenguni. Dia mematikan enjin keretanya lalu keluar dari perut kereta.

"Assalammualaikum." Dia memberi salam. Butang loceng di tekan sebanyak dua kali. Setelah beberapa kali memberikan salam pintu rumah itu terbuka.

"Walaikumsalam.. Haa Haqim." Haqim tunduk memberi salam kepada wanita separuh abad itu.

"Aunty sihat?"

"Sihat alhamdulillah. Haqim? Umi tak ikut sekali?" Soal wanita itu sambil menyapu lembut kepala Haqim yang sedang tunduk menyalamnya.

Sopan dan lembut sahaja anak saudara lelakinya itu. Hormat orang tua, lemah lembut dan sangat sopan sekali perwatakannya.

"Umi tak ikut sekali, sebenarnya Haqim baru balik dari kerja. Tak balik rumah lagi, terus ke sini."

"Ouhh, masuklah. Aunty ada buat kuih ni, untuk minum petang." Pelawanya.

Haqim mula melangkah masuk ke dalam rumah agam itu. Dia memerhati sekeliling. Sunyi dan sepi saja rumah itu. Mana Jade?

"Husband Aunty belum balik kerja, kejap lagi balik lah kut."

Haqim hanya mengangguk sahaja. Dia sudah pun melabuhkan punggungnya si kerusi yang berada di balkoni itu. Memandangkan rumah banglo ini terletak di atas bukit, pemandangan petang bandar Kuala Lumpur dapat dilihat dari situ dan pemandangan bandar metrolitan itu kelihatan sangat cantik petang itu.

"Umi cakap minggu depan Aunty nak balik kampung, betul ke?"

"Haah, nak melawat Tok Ma.. Lama tak balik kampung. Satu kali Aunty nak buat majlis doa selamat."

"Nak join boleh?" Soal Haqim yang memindahkan kuih donat itu ke pinggan kecil lalu menyusun satu persatu kuih tersebut.

"Heh apa pulak tak boleh? Kampung Haqim jugak kan? Aunty lagi suka Haqim ikut kitorang balik kampung."

Haqim hanya ketawa perlahan. Bibirnya tersenyum malu. Bukan malu, dia memang macam tu perwatakan soft dan sopan.

"Rasalah kuih donat buatan Aunty ni.." Puan Nur menuang air tea ke dalam cawan untuk Haqim.

"Aunty buat sendiri? Sedap sangat.." Haqim mengunyah perlahan menikmati kelembutan donat tersebut.

"Jade yang tolong adunkan, Aunty just bentukkan dia jadi donat je." Mendengar nama Jade saja, Haqim terus teringat agenda utamanya datang ke rumah Aunty Nur.

"Jade mana? Tak nampak pun." Soalnya.

"Jade keluar."

"Aunty..." Haqim memulakan bicaranya.

"Apa yang jadi sebenarnya?" Soalan itu sebenarnya agak berat untuk dia ungkapkan. Tapi, dia juga perlu tahu hal yang sebenar.

"Sebenarnya.." Aunty Nur berjedah.

"Berat Aunty nak bagitau," Dia tunduk memegang jari jemarinya.

"Kenapa Aunty? Cerita dengan Haqim."

"Ini berkaitan dengan kejadian tujuh tahun lepas.."

"Mengapa dengan tujuh tahun lepas? Apa yang terjadi?" Haqim mendesaknya lembut. Dalam hatinya hanya tuhan saja tahu. Degupan jantungnya laju dan tidak sekata.

Aunty Nur mula bercerita tentang hal yang sebenar..

Innalillah..

Jantungnya berhenti laju.

Wh..what?

Terkeduh.

Ya Allah.. Hanya itu yang mampu Haqim ucapkan. Dari permulaan cerita sampai ke penghujung Haqim tidak berhenti mengucap.

Her (Completed) Where stories live. Discover now