Our First Night- Chapter 58

154 6 0
                                    

Haqim mendaki satu persatu anak tangga menujuh ke bilik Jade. Haqim masih memakai baju nikahnya, Samping dan songkoknya sudah dia bukak dan hilang entah ke mana. Habis je akad nikah tadi Jade mintak izin naik ke atas untuk solat asar sementara dia pula mahu solat asar di masjid bersama kawan-kawan yang lain. Last spent time sama lepas ni dia akan spent time dengan Jade je. Lepas daripada itu dia tidak sudah tidak nampak bayang isterinya i

"Tak tukar baju lagi?" Dia terserempak dengan mommy.

"Belum lagi. Tadi tolong diorang kat belakang basuh periuk belanga." Haqim tersengih memandang ibu mertuanya itu. Wanita itu senyum sekilas.

"Susah-susah je. Abang Su dan diorang Daniel kan ada?" Menantunya itu rajin sangat.

"Tak pelah mommy. Ini kan majlis Haqim jugak." Haqim menggaru kepalanya yang tidak gatal.

" Pergilah rehat.. Kamu mesti penat kan? Pergilah masuk bilik.."

"Okay mommy, Haqim masuk dalam dulu ya." Pamitnya dan daun pintu bilik Jade ditolak perlahan. Puan Nur hanya mengganguk.

Haqim menutup semula pintu bilik tersebut dan memandang suasana bilik itu. Kelibat Jade tidak kelihatan. Haqim menangkap bunyi air di bilik mandi, tahulah dia yang isterinya itu sedang mandi. Dia menilik bilik tersebut yang bertemakan fres flower dan putih cream. Terdapat gambar yang tergantung di kepala katil. Dia agak terkejut dengan gambar bersize 60 cm x 90 cm itu. Gambar dia dan Jade waktu sekolah dulu. Muka mereka berdua sangat innocent dalam gambar itu, dan terdapat juga gambar-gambar Jade dan juga semasa dia di US. Bilik pengantin sepatutnya dihiasi dengan bunga tapi bilik itu hanya kosong dan gambar sahaja. Gambar dia, Nad, Daniel dan kawan-kawan yang lain. Simple tapi menarik, kreatif jugak bini aku ni.

Jade keluar bersama tuala di kepala dan pijama sudah pun tersarung di tubuhnya. Dia tidak perasan akan kehadiran Haqim di situ lantas dia menujuh ke almari. Jade membuka perlahan pintu almari bajunya sebelum matanya menangkap figura seseorang di berdiri memerhatikan dia. Terhenti perbuatannya dan matanya membesar. Dia terjerit kecil lantas Haqim tersentak dengan lamunannya.

"Sejak bila you ada kat situ?" Apehal aku tak perasan?! Dia menarik-narik pijamanya yang singkat itu.

Haqim memandang wajah isterinya itu tanpa solekan. Sungguh cantik walaupun ada terdapat parut di sebelah kiri pipinya.

"Se-sejak tadi." Dia pun ikut kekok.

"Saya mandi dululah.." Haqim terus melangkah menujuh ke bilik mandi.

"Towel ada kat dalam I dah sediakan.." Ujarnya perlahan Haqim hanya menggumam sahaja.

Haqim menutup pintu bilik air itu dan menyandar di belakang pintu. Dia menghela nafas perlahan. Fuh! Dia hanya pakai pijama singkat je. Isterinya itu cuba nak goda dia ke apa?

XXX

Selesai mandi Haqim keluar hanya bersama tuala di paras pinggangnya. Dia menujuh ke beg bagasinya yang semalam Nad kemaskan baju untuknya. Umi pergi rumah Jade malam tadi, tolong-tolong apa yang patut. Jadi, yang kemaskan bajunya terpaksalah Nad sahabatnya itu. Haqim boleh saja kemas baju sendiri tapi ditegah oleh umi dan akhirnya dia mengalah dan menyuruh Nad kemas dan masukkan bajunya ke dalam bagasinya.

Haqim membuka zip begnya dan dia mengambil baju dan kain pelikat. Pandai Nad kemas bajunya. Tersusun rapi dan  macam tahu-tahu saja dia yang Haqim akan perlukan kain pelikat. Sahabatnya tu dah hadam sangat keperluannya.

Haqim menyarung baju t-shirt pendek lengan di tubuhnya. Dia menggosok kepalanya lembut menggunakan tuala kecil yang Jade sediakan di bilik mandi. Bercakap pasal Jade, mana bininya itu? Haqim meliar pandang ke seluruh ruang bilik itu. Matanya terhenti melihat Jade sedang berbaring di atas katil. Dia sudah pun memakai baju tidurnya dan tuala masih di kepalanya tetapi tidak berbalut. Cuma dia meletakkan di kepala. Jade mengiring menghadap kearahnya dan memegang hujung tuala tersebut. Comel je dia tidur. Tenang dan terserlah kelembutan di wajahnya.

Her (Completed) Where stories live. Discover now