Mimpi - Chapter 42

63 7 1
                                    

"Kalau aku tak pergi, tak boleh ke?" Haqim mengambil tempat duduk di tepi Nad.

"Nope. Kau kena datang jugak. Ni masjlis perpisahan kita ni, lepas ni kita tak tahu boleh jumpa ke tak."

"Penatlah, aku nak rehat." Ujar Haqim lagi. Dia baru balik dari lawatan. Memang betul sekarang ni dia penat sangat sebab hampir empat jam berada di dalam kereta dan sekarang kena datang dinner perpisahan pulak. Adoii.

"Hey cik abang, bukan kau je yang penat tau. Aku pun penat jugak. Kau kena datang, biar sama-sama penat."

"Alaaaa." Haqim meramas rambutnya kasar. Messy hair sambil mukanya monyok memandang Nad.

"No. Kau dah siap dan kau dah janji. So kena ikut, jom pergi." Kata Nad sambil bangun dari tempat duduknya.

Haqim mengeluh perlahan.

"Ye lah, ye lah encik Nadzreen Zaini." Haqim memutarkan bebola matanya ke atas. Menyesal pulak aku cakap aku join malam tadi aihhh.


XXX

Nad dengan Haqim berjalan masuk ke lobi hotel dan segera menujuh ke ballroom yang sudah di penuhi dengan kehadiran pelajar-pelajar accounting dan juga tetamu yang di jemput hadir dalam majlis perpisahan ini.

Haqim hanya mengikut sahaja langkah Nad dari belakang kerana dia tiada mood malam ini dan belum menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya, nanti kang sesat pulak.

"You look great tonight." Tiba-tiba satu suara menyapanya. Suara itu datang dari sebelah Nad menarik perhatiannya Haqim.

"Thank you Faz." Haqim hanya tersenyum tawar kepada gadis itu.

Kelihatan manis gadis itu bertudung dan berjubah maroon menyentuh lantai. 

"Haqim je ke? Aku?" Nad mencelah.

"You too." Faz ketawa senang. Dia ni suka sangat senyum. Ayu dan manis sahaja perwatakannya.

"Awak practical kat mana? Dah jumpa tempat dah?" Soal Faz ingin berbual mesra dengannya.

"Area area kl je."

"Sekali dengan Nad?"

"Nope. Nad company lain." Balas Haqim basah-basi. Sebenarnya dia tiada mood sekarang plus dia memang penat. Tadi Nad dah janji diorang datang kejap je tunjuk muka and now tengok mamat tu makin galak pulak bercerita dengan rakan sekelasnya yang lain.

Setelah beberapa minit berbual-bual kosong dengan Faz dan kawan-kawan yang lain, Haqim membisikkan sesuatu pada Nad.

"Balik jom." Ajak Haqim yang sudah menguap itu.

"Kejap lah."

"Laa tadi janji kejap je. Sekarang ni dah lebih sejam cik Nadzreen." Haqim menjelingnya tajam sambil menunjukkan jam yang berada dipergelangan tangannya ke wajah Nad.

"Another five minutes. Jom, shake hand dengan member yang lain pastu kita balik." Nad menariknya Haqim ke tempat meja yang di pemuhi dengan kawan sekelas mereka.

"Haqim, awak nak pergi mana?" Soal Faz.

"Saya nak balik. Rasa macam tak sihat pulak. Maybe sebab tak rehat lagi, Nad terus ajak datang sini.." Haqim mencipta alasan. Rasa tidak sihat tiba-tiba.

"Korang baru je sampai. Makan pun belum lagi."

"Minum pun dah cukup." Haqim tersenyum kekok sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"I need to go. Bye faz Assalammualaikum." Haqim terus beredar dari situ tanpa menghiraukan reaksi wajah Faz yang tiada senyum seperti tadi.

Jelas riak mukanya berubah muram. Sekejap je dapat bersembang, ingatkan nak sembang lama-lama. Bersiap cantik-cantik malam ni pun sebab dia tahu ada Haqim. Sia-sia pergi spa dan berhias berjam-jam. Sejam je dapat berbual hmpp..



Her (Completed) Where stories live. Discover now