Pantai - chapter 18

79 14 0
                                    

Nad 4USM
esok buat kat pantai kan?

Emirhaqim
Haah. Lepas asar kita gerak.

Nad USM
Woahh bab bab prank ni ak suka hahahaha

Nad 4USM
Kita mandikan dia tepung gaggaa

Emirhaqim
Tak yah nk over eh.

Nad 4USM
Kau nk buat prank cane?

Emirhaqim
Kita bawak dia pergi pantai, kita celebrate kt sana lah. Before tht, kita acah lah sambut befday member aku. Kita bawak dia prgi beli kek hahha biar dia terasa hati gaaga.

Nad 4USM
Kita acah tak payah layan dia. Kau jgn layan dia teruk sgt. Kesian budak tu.

Emirhaqim
Nnti esok kita set up cane. K nak chio! Assalammualaikum.

Nad 4USM
K wassalam.

Haqim menutup aplikasi Whatsapnya dengan senyuman jahat terukir di bibir. Tak sabar dengan hari esok. Data di matikan. Surah Al-Mulk di hidupkan lalu Iphonenya dia letakkan di sebelahnya. Sepotong ayat dibaca sebelum haqim melelapkan matanya.

Esok lepas asar kita on!

XXX

Jade mengeluarkan sardin dari peti sejuk dan memanaskannya supaya sardin itu mudah disapukan di atas roti. Dia mengambil roti dan menyapukan sedikit buttercup. Timun yang sudah sedia dikupas kulitnya dia potong. Begitu juga dengan tomato. Dia terpikir sejenak. Macam tak complete la!

Jade membuka peti sejuk lagi dan mencari-cari sesuatu. Ahh! Nasib baik kau ada dalam peti sejuk ni. Salad dikeluarkan dan di suci.

Dia buat sandwich ni sebab Haqim yang paksa dia buat. Mamat tu tak sah kalau tak arah orang. Dia yang beria-ia bawak aku pergi pantai. Katanya nak sambut ulang tahun kawan dia konon. Ntah siapa pun aku tak tahu. Kalau bukan sebab aku bosan takde kawan kat rumah ni dah lama aku bantah ni. Umi hari ini pergi join usrah kat Majlis Wilayah. Itu sudah aktiviti wajib pada hari sabtu umi pergi join usrah dengan sahabat. Jade nak join jugak tapi memandangkan hari ini dia ikut Haqim pergi sambut befday kawan dia so dia tak pergi plus dia malas. Naz pun ada sekali. Lepas zuhur tadi kereta dia dah terpacak kat garaj depan rumah.

Jade memotong sikit salad itu supaya tidak terlalu besar. Kang susah pulak nak makan.

Setelah selesai menyediakan sandwich, Jade sengaja menyapu sardin untuk umi dan abah. Bolehlah diorang merasa air tangan aku walaupun tak seberapa tapi kira okay jugak lah.

Seperti yang diarahkan Haqim, Jade memasukkan Tupperware berisi sandwich ke dalam bakul yang diperbuat rotan. Cantik! Satu botol coke dan dua 100 plus dia capai bersama lima cawan dan memasukkan ke dalam bakul. Why lima cawan? Mamat tu lah tak lain dan tak bukan yang arahkan. Untuk member-member yang lain katanya.

Begitu jugak dengan keropok dan buah epal serta strawberry. Dia menganggkat bakul itu dan memasukkannya ke dalam kereta Naz. Jade meletakkannya di seat belakang. Tak payah masuk bonet. Bukan ade orang yang nak tumpang duduk belakang ni. Aku jer lah. Jade berseloroh sendiri.

"Dah siap?" Soal Haqim yang baru tiba bersama tikar ditangannya.

"Dah. Amek barang kejap" Jawab Jade. Lantas berlari anak ke atas untuk mengambil tas tangan. Handphone? Tisu basah? Bedak? Oh noo seyya tak pakai bedak. Lipstik? Pelembab bibir di masukkan ke dalam tas tangannya. Charger? Eh tak payahlah. Cas phone masih penuh. Apa lagi? Jam? Check! Okay bebeb! Semua siap.

Jade membelek wajahnya sebelum turun. Baju labuh berwarna pink lembut yang tersarung ditubuhnya itu di tepuk sedikit bagi menghilangkan kotoran. Kut kut ade ke. Tudung labuh di betulkan sedikit. Stokin hitam yang sudah sedia tersarung dengan perasaan puas. Lengkap. Alhamdulillah yang selalu Haqim ingatkan diucap lalu Jade menuruni satu persatu anak tangga.

Her (Completed) Where stories live. Discover now