Mood - Chapter 38

50 5 0
                                    

Suasana di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur itu kelihatan sangat sibuk. Orang ramai yang lalu lalang tanpa memikirkan sekeliling, seakan akan hidup di dunia mereka sendiri. Banyak orang asing berpusu-pusu mencari kaunter pertanyaan mungkin mereka ingin menanyakan sesuatu. Pintu cermin transparent itu terbuka dengan sendirinya. Haqim yang menolak troli luggage milik Jade itu melangkah masuk ke dalam. Jade dengan umi pergi ke tandas.

"Kat mana tempat check in?" Tanya Nad yang datang bersamanya.

"Aku rasa hujung sana kut. Kat kaunter baggage drop."

"Kita tunggu diorang kat sini je lah." Ujar Nad. Daniel meletakkan teddy bear gadis itu di atas kerusi yang di sediakan di Klia2 itu. Macam comel je kan lelaki bawak teddy bear? 

"Boarding dia pukul berapa?" 

"15:30 PM. Ada sejam lagi." Haqim menilik jam di tangannya.

Daniel memandang sekeliling, akhirnya umi dan Jade muncul. Kelihatan mereka sedang memasuki pintu cermin itu. Abah mana? Melihat Haqim dan Daniel, Jade teruskan langkah ke arah mereka.

"ID card dan passport semua tu kau dah sedia kan?" Tanya Daniel sebaik sahaja Jade sampai ke tempat mereka.

"Dah."

"Before bertolak kita pergi makan dulu." Ujar umi.

"Tak lapar.." Jawab Jade sepatah. Dia memang macam tu kalau jalan jauh. Makanan apapun dia takkan makan. Bukan kenyang tapi dia tiada selera.

"Makan dulu Jaddy. Even kau tak lapar at lest perut kau ada isi dan ada tenaga. Perjalanan kau ni jauh tau." Kata Daniel memandang wajah kosong Jade itu. Budak ni dari rumah lagi dia tak jamah apa-apa. Puas umi pujuk makan dia kata dia tiada selera. 

"Roti nak?" Soal umi. Jade mengangguk sahaja. Makan je nanti umi risau. Kalau budak tiga ekor ni nanti akan bising hmpp.

"Kita tunggu Abah, pastu tu kita pergi kedai roti." Kata umi lalu menarik tangan Jade supaya gadis itu duduk di sebelahnya.


XXX


One week later...

"Rehat."

"Pergi je lah."

"Tak makan ke?"

"Malas."

"Kenapa malas?"

"Takde selera." Kau tanya lagi kenapa aku takde selera memang makan pemadam dan kasut aku bagi kau. 

"Jom lah Haqim.." Afiq menggerakkan bahu Haqim yang menyandar malas itu. Nad dari pagi tadi ada meeting. Sampai sekrang tak nampak batang hidung.

"Aku gemuk dah lah."

"Gemuk? Tulang ade lah."

"Kau tak nampak lemak aku ni? Toing toing." Haqim menunjukkan bahu dan bawa dagunya. Tak gemuk mana pun tapi dia malas sebenarnya turun makan ke cafe.

"Ye la, kitorang pergi dulu." Pamit Afiq yang sudah give up memujuk sahabatnya itu. Haqim mengangguk. Dia hanya menghantar bayangan Afiq dan Farid menggunakan pandangan matanya.

Setelah bayangan diorang hilang Haqim meletakkan kepalanya di atas meja. Hari ini sangat memenatkan baginya. Baru tiga jam kelasnya berlangsung badannya dia rasakan lemah. Kata lapar tak jugak, sakit tak jugak. Haqim melekapkan tapak tangannya di dahi dan lehernya. Tiada tanda-tanda dia nak sakit atau demam. Entahlah kenapa dia rasakan lemah sekarang ini. Dah seminggu Jade pergi. Ternyata ketiadaan gadis itu buat dunianya sunyi. Dulu kalau bosan boleh kacau budak tu but now? mengadap muka Daniel dan dinding tiap hari. Kalau makan umi selalu cakap dia rindu Jade. Semalam dia ada buat panggilan video dengan gadis itu. Setakat ni tiap malam diorang video call, tak malam petang balik sekolah. Perbezaan waktu Malaysia dan US adalah 13 jam. So, kalau kat sini pukul 1 PM kat us pukul 12 tengah malam. Jadi diorang selalu oncall antara pukul 9 or 8 malam kat sini which means kat sana pagi around pukul 11 0r 10 pagi. Kat sana tengah akhir summer break kata Jade, budak tu tengah tak sihat sekarang sebab perubahan cuaca. Walaupun tengah musim panas tapi cuacanya tetap sejuk. Comel je Jade pakai baju hoodie dengan tudung. Masih ingat lagi, hoodie tu Jade beli masa kat IKEA sebelum program pimpin haritu. Alhamdulillah dia masih kenakan tudung. Aku takut dia pakai sebab aku suruh je.

Her (Completed) Where stories live. Discover now