Propose - Chapter 55

58 3 0
                                    

Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa itu menampar lembut pipi Jade. Walaupun wajahnya ditutupi oleh niqab tetapi tetap terasa angin itu menyentuh kulit wajahnya. Jade duduk termenung sambil menongkat dagu di atas pangkin di bawah pokok mangga sambil menikmati pemandangan petang itu. Burung-burung berterbangan di atas awan mencantikkan lagi pemandangan.

"Termenung jauh nampak.." Jade sedikit terperanjat dengan sergahan itu lalu menoleh ke belakang lantas bibir mengentumkan senyuman kecil.

"Eh, Umi.." Jade membetulkan sedikit duduknya.

"Umi rindu sangat dengan Jade." Puan Enaida memeluk Jade dari belakang. Eh? Kenapa umi cakap macam tu pulak?

"Me too umi.. Jade rindu masakan umi." Jade membalas pelukan itu. Dia letakkan tangnnya di atas tangan umi yang melingkar di bahu dan dadanya itu.

"Kalau rindu kenapa Jade tak pernah call Umi? banyak kali umi call tapi mommy Jade yang jawab." Ujar umi sayu. Kenapa aku rasa sebak tiba-tiba pulak ni? panas dia rasakan bawah matanya.

Jade meleraikan pelukan itu dan mengadap Puan Enaida. Dia dirundum rasa bersalah.

"Only God know how much i miss u Umi and.." Jade tidak dapat menghabiskan kata-katanya akibat terlampau sebak.

"And everyday i pray to God supaya dapat jumpa umi but.. But i just can't." Jade menggeleng perlahan sambil mengusap airmatanya di tubir matanya.

"Umi pun sama.. Banyak kali umi doa pada Allah supaya dapat jumpa dengan anak umi ni. Sekali pun tak pe. Umi sampai terfikir Jade tak sayangkan Umi dah. Pasal kemalangan tu lagilah umi nak jumpa Jade. Tapi, mommy Jade menghalang. Kata mommy, Jade tak nak jumpa dengan siapa-siapa. Tambahlah buat umi sedih" Ujar Puan Enaida lirih sambil mengusap pipi Jade.

Jade pantas memeluk Puan Enaida.

"Umi.." Jade teresak-esak kecil dalam pelukan wanita itu. Basah purdah dan baju wanita itu dek kerana airmatanya.

"Umi tahu betapa susahnya Jade hadap semua ni, dengan keadaan Jade yang tak sempurna. Sembuh dari trauma bukan senang. Hilang semangat nak teruskan hidup. Tapi, umi doa setiap hari, supaya dapat jumpa Jade dan  Umi harap juga supayah Jade dapat terima cincin yang Haqim beri tiga tahun lepas." Jade hanya mendengar luahan hati umi. 

"Kalau Jade kahwin dengan Haqim, umi dapat jaga Jade macam dulu.." Air mata wanita itu bergenang.

Jade diam. Aku kahwin dengan Haqim? Aku takut dia menyesal je nanti.

"Jade tak layak umi.. Jade memang tak layak untuk dia." Jade menggeleng laju.

"Haqim terima Jade seadanya. Dia tak kisah pun pasal semua tu, tinggal tunggu keputusan dari Jade je."

"He deserve better umi." Jade berbisik.

"Perkahwinan ni Jade, bukan untuk kita melihat kesempurnaan pasangan kita. Tapi, perkahwinan ni adalah satu ibadah dan juga tanggungjawab. Perkahwinan ni bukan hanya sekadar untuk suka-suka saja. Tetapi dalam perkahwinan ini kita sama-sama mencari kesempurnaan itu. Saling melengkapi antara satu sama lain. Terima seadanya pasangan dan perkahwinan kita akan diredhai Allah." Puan Enaida menepuk-nepuk belakang Jade.

"Haqim terima Jade? Tapi kenapa?" Soalnya. Tiba-tiba rasa nak tahu.

"Sebab Jadelah cinta pertama Haqim. Dia tak pernah sayang perempuan bukan mahramnya macam mana dia sayang Jade. Dia ikhlas sayang dan cintakan Jade. Sangat-sangat sayang. Jade cinta pertama Haqim. Dia takkan tinggalkan Jade sebabkan hal tu je. Dia orang yang berpegang pada janji. Dan umi tahu pasal janji lapan tahun lepas. Haqim ada cerita dengan umi." Jade terkeduh. Mukanya panas dia rasakan. Pehal Haqim bagitau umi? Malulah aku!

Her (Completed) Where stories live. Discover now