Kak Fyn - Chapter 22

76 10 2
                                    

"Jade, kau dah ganti puasa ke belum?"

Uhuks uhuks! Hampir nak tersembur air milo ais dalam mulut Jade. Laju Jade memandang Haqim yang melangkah lemah ke arah meja makan. Terkejut wehh. Mamat ni selalu buat aku sakit jantung.

"Ganti puasa? What do you means?" berkerut kening Jade dengan soalan itu.

"Ganti puasa. Bila kau datang haid pada bulan ramadhan then kau kena ganti puasa yang kau tertinggal tu" kata Haqim. Pfttt! Tak suka lah orang lelaki Tanya soalan macam ni. Sebok je lah nak tahu mamat ni.

"Macam mana nak ganti? Lusa dah nak start puasa?" soal Jade. Dia meneguk semula air milo aisnya.

"Kau boleh je ganti dengan bayar fidyah. Tak pun buat puasa enam time syawal. Tapi sekarang dah tak sempat dah. So kau bayar fidyah je lah"

"Reti-retilah I tanya Naj nanti. Tak pun dengan iman." Dia malu sebenarnya.

Jade jongket kening seraya menyambung menyopek ikan bilis dan memotong bawang. Kupas kulit bawang besar dah dia bereskan tadi. Sekarang dia nak kopek ikan bilis pulak. Buat stok lusa nak start puasa ni. Tak lah time dah kebulur macam mayat hidup baru nak sibuk nak kopek ikan bilis ni. Umi ada kat belakang tengah sidai baju. Lepas tolong Umi basuh baju tadi terus dia ke dapur carik kerja yang boleh dikerjakan. Bosan katanya. Kalau cuti hujung minggu biasanya Jade hanya duduk di rumah sahaja tak ke mana mana. Ade je diorang Naj dengan Iman ajak keluar tapi Jade jer yang tanak. Dia kata lebih baik spent time dengan family sebab kalau hari persekolahan dia agak busy dan Jade selalu tak dapat tolong Umi. So, time cuti ni lah ada masa nak tolong Umi. Kesian Umi buat kerja rumah sorang-sorang.

"meh nak tolong" Haqim menarik besen berisi ikan bilis lalu dia mula mengopek sama.

"nah, you ammek separuh ni. Kopek bagus-bagus tau"

"ye tahu lahh" jawab Haqim mendatar. Ingat aku naif sangat ke benda-benda macam ni? Heh aku pembantu Umi kot kalau kat dapur.

"I bagitau je pun." Soal Jade meliarkan pandangan ke ruang tamu.

Haqim mula focus dengan mengopek ikan bilis itu.

Daniel muncul dimuka pintu dengan mukanya yang masam. Dia berjalan ke arah mereka. Rambut diserabaikan jadik messy hair. Ingat comel? Tahu lah hensem. Heh?

"korang buat apa?" soalnya. Dia mengambil milo ais Jade yang kat atas meja itu lalu menenguknya habis. Jade dah terkejut habis. Mata bulatnya  membesar.

"Heh abang tu air orang lah!!" Jade pukul perlahan belakang Daniel guna belakang pisau.

"Wooo woo sorry k sorry. Pisau tu letak tepi boleh tak?" Kecut perut Daniel bila Jade memukul bahunya guna pisau yang berada di tangannya. Walau belakang pisau jer tapi tetap seriauu wehhh.

"Tu air kat jug kenapa tak tuang pakai gelas sendiri? Air orang jugak nak rembat" muka Jade sudah cemberut. Dia dengan Haqim memang dua kali lima sepuluh! Sukaaa macam tu. Muka Jade mula cemberut.

"Ye la. Ye la. Lain kali tak buat. Sorry" ujar Daniel. Budak Jade ni memang tak suka kongsi minuman.

"Korang buat apa?" Daniel meliar pandangan ke basen yang Haqim pegang.

"Buat kuih" jawab Haqim sarcasm. Dah tengok lagi nak tanya.

"ouhh jual kuih ni singgit berapa mak jah?" Daniel buat loyar buruk.

"tiga singgit mak Senah tapi kalau mak Senah saya kasih free free je lah " Haqim layankan saja loyar buruk abangnya sambil memegang basen dengan buat gaya lembut.

"hahahaha sengal Haqim" meletus tawa Daniel.

"heh kau tipah, suka eh? i serious ni. Nak ke tanak?" Haqim cekak pinggang buat gaya ala ala makcik bawang. Daniel dan Jade makin galak ketawa.

Her (Completed) Where stories live. Discover now