Let It Go - Chapter 51

68 6 0
                                    

Kepalanya ditekup pada bantal. Matanya yang sembab itu dia tenyeh. Kejap mengadap ke kiri, kejap ke kanan. Huh serabutnya! Mata pulak tak boleh nak tutup.

Jade menarik nafasnya dalam. Dia cuba tenangkan fikirannya yang serabut itu. Dia bangun dan melangkah kearah pintu dan turun ke bawah untuk membasahkan tekaknya yang kering.

Tiba di dapur, dia membuka peti sejuk dan mengambil kotak susu Dutch Lady lalu menuangnya ke dalam gelas.

Dia meneguk rakus. Tekaknya tiba-tiba dahaga sangat dia rasakan.

Seusai itu, dia naik semula tapi tidak masuk ke dalam biliknya, dia pergi ke balkoni untuk menghirup udara malam.

Cantiknya langit malam ni, bintang-bintang bertaburan di langit. Bulan muncul dengan setengah bentuknya.

Indahnya ciptaanmu Tuhan.

Tenang tidak setenang fikirannya.

Melihat keindahan alam itu buat fikiran sedikit tenang. 

SubhanaAllah..

Tersedar perkataan yang baru saja diucap mengingatkan dia tentang sesuatu.

"Haqim, Najwa told me yang Allah sangat dekat dengan kita. But, why im always tak rasa Dia dekat?" Soal Jade.

Haqim senyum dan membetulkan duduknya.

"Kita nampak bulan sedangkan bulan sangat jauh dari kita. Kita tak nampak Allah, sedangkan Dia sangat dekat dengan kita. Dalam Quran di surah Qaf ayat 16 kata, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya."

"Sesungguhnya kata-kata 'Kami lebih dekat' pada ayat itu terkait dengan sesuatu yang membuktikan bahwa maksudnya adalah 'malaikat yang lebih dekat' sebabnya ayat tersebut bersambung dengan sami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. Yang bermaksud, ketika dua orang Malaikat mencatat amal perbuatannya. Seorang duduk disebelah kanan dan yang lain duduk disebelah kiri. Tiada suatu ucapan pun yang diucapkan melainkan ada di dekatnya Malaikat pengawas yang selalu ada dengan kita."

"Ouh. So, sekarang Allah ada lah dengan kita right?" Soalnya lagi.

"Yups, dan ungkapan lembut Allah 'Sesungguhnya Aku dekat' merupakan komitmen Allah untuk senantiasa dekat dengan hambaNya, bila dan dimana pun mereka berada." Ujar Haqim lagi.

"He always with us.." Jade meletakkan tangannya di dada.

"Bila kau rasa nak mengadu meluahkan rasa, Allah ada dan setia untuk mendengar luahkan kau. Bila kau rasa kekurangan, Allah itu sudah lebih daripada cukup. Dan bila kau rasa semuanya menjauhkan diri darimu, Allah tidah pernah menjauhi apa lagi meninggalkan kau Jaddy. Dia kan tetap di sisi, setia menemani. Tapi kau je tak sedar akan kehadiran dan keberadaannya."

"How?"

"Aku teringat Ustad Azmi pernah bagi kuliah maghrib and dia cakap kalau nak rasa Tuhan tu dekat dengan kita, cuba tengok alam dan keindahan sesuatu kejadian tu. Yang macam kita tengok sekarang ni.Thats why, kalau kita tengok pemandangan yang cantik ke, bulan or whatever kita di galakkan ucap SubhanaAllah. Yang bermaksud segala puji bagiNya. Dan kita akan memikirkan siapa yang menciptakan keindahan itu dan merasakan Tuhan tu wujud." Jade hanya mengangguk dengan penerangkan daripada Haqim. Benda baru yang dia belajar hari ini. Jarak diantara Tuhan dan hambahnya sangat dekat seperti kematian.

"Ujian selalu datang bila diri ni tak kuat." Jade tunduk. Dia muram dan kelihatan kusut.

"Kau diuji untuk dibawa kembali... kembali pada Allah. Kerana ujian itu hadiah daripada Tuhan, Penguji kekuatan iman, sebagai medan mentarbiah diri, jua tanda cinta dan kasih daripada Illahi." Ujar Haqim lembut cuba mengembalikan mood Jade yang tengah sedih dan tengah down.

Her (Completed) Where stories live. Discover now